Khamis, 10 Disember 2009
Unp's next ungah
aku bertolak sebelum pukul 5 petang.Aku agak lewat kerana ada hal yang perlu diselesaikan.Lokasi mengilat di sungai kecil UNP.Aku pergi keseorangan memandangkan tujuan hanya untuk mengurangkan rasa gian.Keadaan air pasang pada 1.5 m dan pergerakkan air pasang mula perlahan.Aku mula cast disebelah hulu jambatan keretapi dengan menggunakan gewang Hinomiya Premium warna hitam silver menyerupai anak kembura.Tidak lama untuk mendapatkan sambaran Ungah melebihi 700 gm. Satu lagi sambaran kasar, tetapi rabut.Lebihkurang pukul 5 30 pm,aku berpindah lokasi ke sungai Kimanis.Puncanya, aku tidak tahan dengan habuk tebal yang dihasilkan oleh lori besar yang masuk bersilih ganti.Menyesakkan nafas!.Air mula turun ketika aku tiba di lokasi.Aku mula cast berhampiran jambatan keretapi kg kuala Kimanis dengan menggunakan gewang matriks.Disini aku mendapat sekali sambaran rabut dan seeekor lagi berjaya memecutkan gewangku ke celah tiang jambatan lama.Sangkut yang agak kuat memaksaku menarik sahaja dan putus seraya azan berkumandang.Kalau tiada aral, esok petang turun lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan