)6 Dec,09:Team Lempayun sangat bertuah apabila diundang oleh editor utama majalah Kembara Kail Che Hasruddin Che Hassan untuk bersama-sama menguji barangan pancing yang dibekalkan dari jenama Rod Ford Creation.Lokasi ujian adalah Ecolake yang terletak di Membakut.Kami bertolak selepas sarapan pagi di pekan Membakut kira-kira pukul 7:00 am.Selepas membayar tiket masuk sebanyak RM 3 sekepala,kami memulakan acara casting tanpa henti. Juan dan Tay masing2 mendapat sambaran yang rabut disebelah pagi.Pukul 11.30 am, kami berehat dan ke Beaufort untuk makan tengahari. Acara disambung kembali pada pukul 2.00 pm.Hanya sekali sambaran yang miss oleh Juan disyaki perbuatan Toman. Pukul 4:30 pm, kami beralih ke Muara Mantabawan untuk menguji gewang muara yang dibekalkan.Namun nasib tidak menyebelahi kami dengan tiada sebarang sambaran.Objektif hampir tercapai.Aku yang menggunakan joran sidewinder mendapati ianya agak ringan dan memiliki dayalentur yang baik.Renangan gewang juga boleh tahan. Produk yang kami uji ini adalah mampu milik yang dapat memberikan kepuasan seperti peralatan yang mahal. Antara peralatan yang diuji adalah,joran spinning 10-25 lb sepanjang 6.6 kaki, pelbagai jenis selaman gewang,swivel dan flourocarbon line. Memang seronok membalun habis-habisan di tasik ini.
Biasalah sebagai kenangan.Mesti bergambar dengan barangan yang diuji.Bilik selesa juga disediakan agar pengunjung tidak membuang merata-rata.jambatan yang menghubungkan antara pondok ke pondok memang sesuai sebagai tempat melancarkan segala lures anda.Floating hut dan suspension bridge yang terdapat di tasik menjadi tarikan untuk berehat.Aturletak landskap tasik ini sangat bagus dari sudut Feng Shui dimana angin dari arah bukit sentiasa bertiup dan menyejukkan sebarang makhluk yang berehat di tengah tasik.Trip pagi diakhiri dengan acara makan durian yang disponsor oleh abang ramah dari selagon.Mengakhiri kata, kami dari Team Lempayun mengucapkan ribuan terimakasih kepada Kembara Kail, Che Hasruddin khasnya atas jemputan yang amat jarang diperolehi ini. Akan datang, jemputlah lagi..hehehehe
Ahad, 6 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan