Rabu, 16 Disember 2009
Rekod tercipta 1.75 kg
16 dec 09, aku dan brader mula beraksi di Sungai UNP seawal jam 1 pm. Aku setia dengan teknik casting manakala brader lebih konvensional dengan teknik rendamnya. Air agak keruh akibat hujan lebat petang kelmarin. Namun, kami tetap cekal meneruskan trip ringkas ini. Kesabaran berbaloi apabila brader berjaya mendaratkan Kerapu sungai ini selepas berulangkali lepas dan sangkut.Aku masih cekal casting tanpa henti menerima sambaran yang agak kuat.Seekor bapak bedukang menelan separuh gewang hinomiya premiumku.Rasa malas mau bergambar kerana dah berulangkali mendapat spesis ini, ia dilepaskan begitu sahaja. Kira2 pukul 3 pm, Tay dari Team Lempayun menyusul setelah agak lama tidak beraksi.Hampir setengah jam tanpa sambaran, dia berpindah ke seberang sejurus kehadiran Juan juga dari Team Lempayun. Ketika asyik bercerita dengan Juan, Tay diseberang menjerit dan melayan tarikan ganas dari air.Perlawanan agak lama dengan Juan bersedia berhampiran untuk menghulur bantuan.Tidak lama kemudian..Yehaaaaa!!predator bagak sungai UNP berjaya ditewaskan.Ungah Serta merta ditimbang oleh Juan dan berat 1.75 kg berjaya memberi gegaran kepada kedua belah tangan dan lutut Tay pada 8 skala richter...hehehehe..memang Ungah ini tegap dan besar...dan aku mula syak, ia mungkin salah seekor dari pemangsa misteri yang berulangkali menewaskanku..apalagi rakan2...maknanya..masih ada lagi Ungah bagak yang menunggu.Memang syok apabila melihat Ungah sebagak itu. Serta merta Tay menjadi popular dikalangan pekerja2 kontrak di kawasan itu apabila mereka tumpang berposing dengan Ungahnya.Apapun, Tahniah kepada Tay kerana dapat menyumbang kepada kejayaan Team Lempayun tahun 2009. Tahniah dan stim sedap oooo Ungah tu..heheheh
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan