Petang tadi Team Lempayun beraksi di UNP.Trip disertai oleh Sudin dari KeruakPatinAfrika.Sebelum beliau sampai, aku berjaya mendaratkan seekor Ungah menggunakan produk murah yang ku posting baru-baru ini.Renangannya cantik amat serupa dengan Rapala Shad Rap minnow dan..yang bestnya..floating bro!!..seolah-olah kayu Balsa..hehehe..hanya beberapa kali lontaran,gewang bersambut. Memang best..dapatkanlah segera di pasaran sebelum dipajak habis!
Seekor lagi Ungah untuk hari ini.Seekor lagi rabut dengan tarikan yang agak kasar.Mungkin tancapan yang kurang kemas memudahkan Ungah melepaskan diri.Ungah yang menyambar gewang tumpuk Juan.Disebut gewang tumpuk kerana dijual tumpuk dengan harga RM 7 seekor.Boleh tahan juga penangannya.Perlawanan secara maximum drag loosen benar-benar menuntut kemahirannya untuk menewaskan Ungah dewasa ini.
Jumaat, 11 Disember 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan