Jumaat, 4 Disember 2009
aing sajuk baaaa...
Sessi mengilat di Kuala Penyu terganggu dengan hujan lebat yang melanda seluruh daerah.Kerana dah gian,trip diteruskan juga tanpa sebarang sasaran ditetapkan.Hujan yang turun sepanjang minggu akan menyebabkan kejatuhan suhu air sekaligus membuatkan ikan pasif.Satu-satunya Kerapu yang membaham Rapala Tail Dancer fire tiger.CNR laa broo...satu-satunya Mangrove Jack yang tewas pagi itu.Memang mengilat ketika suhu air yang sejuk dan diluar musim tidak akan menghasilkan keputusan baik.Kena akur laa..namun hasil bukanlah motif utama. Perkara yang penting, melihat renangan gewang dan keindahan persekitaran dapat membantu menyihatkan minda.Hujan yang amat lebat turun disebelah tengahari menghentikan sessi mengilat kami.sambil berteduh dan mengimbau kenangan lama.kalaulah ada kopi pekat kaw,ubi rabus dan gula masin..edehhh..cakap pun taraa gunaaa..Nasib baik laaa ada pondok berteduh untuk nelayan ni.Memang selesa.ada dapur dan lubang untuk membuang hajat.ada tikar lagi tuu..sempat juga tidur bekuruh disini sementara menanti hujan teduh.namun sudah lewat petang.Docking kapal.tebingnya berpotensi untuk aktiviti mengilat.hambur2 wooo...next time boleh try dari tebing nih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan