16/01/16(sabtu):Plan memancing udang hanya dibuat sehari
sebelum trip ini. Jumat tengah hari, aku segera menghubungi Adam yang memiliki
sebuah bot yang berpangkalan di Klias Kecil sejak tahun 2003 lagi. Tanpa banyak
soal, beliau terus menyatakan ‘trip on’!..yesss..begitu laa bro. Cuaca pun
sedang panas sekarang ni, pasti udang di dasar sungai juga sedang kepanasan
sekarang..hehehe..
|
Acara paling leceh tapi penting ini mesti dilakukan sebelum cahaya matahari memanaskan pemukaan tanah. Jika itu berlaku, cacing pasti akan bergerak lebih jauh ke dalam tanah |
Kira-kira jam 5:30 am, aku dan Pie singgah di
stesen minyak Petronas Bengawan untuk menambah bekalan petrol, membeli ais, minuman
dan makanan untuk sepanjang hari memancing. Khidmat enjin tohatsu 8hp digunakan
untuk menjana pergerakkan bot sepanjang 14 kaki milik Adam. 100 plus juga perlu dibawa untuk cepat menggantikan kehilangan cecair dalam badan.
|
Ramen Padas yang segar menjadi juadah kegemaran Udang. Sebagai pemancing udang, anda tidak boleh jijik memegangnya. Penggunaan umpan lain juga boleh..cuma..slow laa bro! |
Kami singgah di tebingan sungai Padas Beaufort
untuk mendapatkan bekalan umpan. Cacing yang mudah diperolehi di tebing sungai
ini telah menjadi pilihan ramai pemancing sejak dahulu lagi. Tanpa sebarang
bayaran, hanya perlu sedikit tenaga untuk mendapatkannya. Badan pun rasa sihat setelah puas bermandi peluh.
|
Udang galah sungai Padas bersaiz boleh tahan ini diperolehi oleh pemancing tempatan yang memancing disebelah kami yang sibuk mengeledah Ramen. Perhatikan aras sungai Padas yang rendah mendedahkan banyak lubuk dalam yang berpotensi. |
Hujan yang tidak turun agak lama menyebabkan kapasiti air
sungai Padas merosot jauh. Tebing sungai jelas kelihatan dan air yang mengalir
lesu memberi peluang kepada para pemancing tempatan untuk memancing udang
galah. Udang galah pun lebih suka berada di tepi sungai yang lebih dalam berbanding ditengahnya.
|
Halangan besar apabil Pokok Rumbia ini rebah merentangi anak sungai..alahaiiii..kerja keras laa nampaknya ni! |
Setelah memperolehi secukupnya Ramen Padas ini,
kami bergerak ke Klias Kecil. Adam sudah pun menunggu di pangkalannya. Apa
tunggu lagi bro, segala kelengkapan pancing segera dipunggah ke dalam bot.
Keadaan air yang sedang surut tapi masih agak tinggi, tidak memerlukan kami
menyorong bot seperti dalam trip minggu lepas. Namun, halangan tetap menanti…
|
Pangkal pokok Rumbia yang terdedah ini menunjukkan ia tidak lagi mampu berdiri |
Pokok Rumbia yang telah tua rebah dan sekaligus
menutup laluan anak sungai ini. Alahai..kerja keras lagi laa nampaknya. Setelah
usaha menarik batang ini tidak berjaya, tidak ada cara lain lagi selain dari
memotongnya menggunakan kapak. Terpaksa laa Pie kembali ke rumah mentua Adam
untuk meminjam kapak. Hehehe..kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat
sagunya..agaknya laa..
|
Bot yang lebih kecil dan ringan masih berupaya melepasi halangan ini |
Beruntungnya, pokok rumbia bukanlah dari spesis
yang solid/keras. Oleh itu, kerja memotongnya dengan kapak agak mudah. Aku
hanya memerlukan tidak sampai10 minit untuk memotongnya. Setelah ia patah dan
tenggelam, bot kami mudah bergerak melaluinya.
|
Halangan ini juga adalah salah satu keseronokkan aktiviti memancing |
Fenomena ini adalah biasa berlaku di kawasan berpaya begini. Pokok rumbia adalah spesis utama yang mendiami daratan ini. Ianya mempunyai pelbagai kegunaan kepada masyarakat tempatan. Tidak hairanlah apabila kawasan ini adalah antara pengeluar Sagu yang utama. Sagu yang telah diproses bersih ini akan menjadi Ambuyat apabila dimasak dengan air panas. Ambuyat menjadi antara makanan kegemaran pelbagai suku kaum di Sabah ini.
|
Sesekali memang seronok juga aksi begini bro. Apabila segala kelengkapan telah berada di dalam bot dan mood memancing juga amat tinggi. Tiada alasan untuk berpatah balik. Apapun yang menghalang, pasti akan ditempuhi juga. |
Ketika itu, air mula bergerak turun dengan agak
deras. Kami mendengar khabar akan tahap kemasinan air di Kota Klias yang agak
tinggi menyebabkan udang bergerak semakin ke hulu sungai. Perjalanan kami dari
hulu sungai dapat menjimatkan masa kerana kami tidak perlu bergerak jauh ke
Kota Klias. Apa lagi bro…fish on!..bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan