Ahad, 17 Januari 2016

TRIO NGUDANG KLIAS finale

Perjalanan kami ke lokasi pertama menyaksikan banyak bot-bot memancing udang berlabuh di sepanjang sungai. Wow!..hari ini amat meriah seolah-olah berlangsung pesta memancing udang. Kaedah melabuh bot secara bersauh/berjangkar amat sesuai dimana bot akan  bersauh ditengah sungai dengan hujungnya diikat dengan tali panjang ke tepi sungai untuk menetapkan kedudukkannnya. Kaedah ini memastikan semua pemancing berpeluang melabuhkan pancing di dalam spot yang sama.
perambut bersaiz 8 yang digunakan berwarna hitam dan matakail saiz 6 atau 8  menjadi senjata terbaik untuk menewaskan Sang Sado
Air sungai masih berada di bawah paras rendah ketika itu dan labuhan bot ditengah sungai agak efektif. ketika itu, gerombolan udang pasti akan menghuni sebarang struktur yang berada di dasar sungai. Hasilnya, memang agak rancak mendaratkan udang, namun rancak juga memasang perambut baru apabila sering tersangkut d dasar dan putus dalam usaha melepaskannya.
Nanggalah pembuka hari memancing terbaik digenggam erat agar tidak terlepas..hehehehe
Air mula bergerak pasang ketika jarum jam menginjak ke tengah hari. Pergerakkan air naik pasang ini merangsang keaktifan udang mencari makan. Ketika itu laa, aksi ‘berbalas pantun’ di antara Pie dan Adam berlangsung. Perghhh betul-betul panas melihat gelagat mereka..hehehehe. Suasana sibuk ini memang biasa apabila air bergerak pasang dan udang mulai aktif mengeledah makanan.
udang bersaiz biasa yang banyak didaratkan
Hampir 15 minit aksi tersebut, penghuni dasar mulai senyap. Kami tidak akan menunggu lama di lokasi sama dan Adam segera memacu bot ke lubuk seterusnya. Aksi taruk makan taruk makan udang berlangsung di setiap lubuk yang baru kami singgahi. Ini bermakna, ketika air bergerak pasang, udang juga akan turut bergerak bersama arus. Oleh itu, kami perlu sentiasa mengejarnya.
Suasana makan tengahari yang damai dan nyaman di Saratok. Umpan hanya dilabuhkan di bawah bot
Udang tidak perlu banyak berenang ketika arus bergerak dan ia lebih kepada mengapungkan diri berhampiran permukaan dasar. Pergerakan bersama arus dapat menjimatkan tenaga udang disamping boleh mendapatkan makanan dengan mudah..terutamanya Ramen segar yang berada dimatakail bersaiz 6 milik kami..hehehe..Lai laa lai laa..hehehe
Udang bawah kolong di Saratok
Adam dan Pie akhirnya tewas dengan sinaran terik matahari yang pijar mengigit kulit. Justeru itu, Adam mengajak kami berpindah ke spot udang yang lebih redup iaitu rimbunan pokok muara ‘short cut’. Hampir 30 minit berehat tanpa getuan udang, kami berpindah lagi ke lubuk redup seterusnya iaitu ‘Saratok”(bunyi macam di Sarawak ye bro..hehehe). Lubuk yang agak dalam ini dipayungi oleh Pokok Ara yang tumbuh ditebing sungai.
Sado yang mengendap di bawah kolong terperangkap juga dengan Ramen segar yang ku hulurkan
Kami menyusup masuk ke dalam pokok ara yang rendang, rimbun dan tebal yang memayungi lubuk ini. Memancing di bawah rimbunan ini memang amat selesa. Lagipun, lubuknya yang agak dalam memang berpotensi melindungi udang-udang bersaiz sado. Umpan cacing hanya dihulurkan ke bawah bot yang biasa kami sebut ‘bawah kolong’. Kemudian kami hanya perlu menanti dan ketika itu, makan tengahari adalah yang terbaik disamping menanti getuan udang. Akan datang, bagus bawa dapur ni bro..boleh merebus udang di dalam bot.
Lagi penghuni dasar lubuk Saratok yang berjaya didaratkan
Kami meghabiskan petang itu dengan memancing sambil bergerak menghulu mengikut pergerakkan air naik pasang. Kelihatan susunan bot-bot para pemancing lain sedang  mencuba nasib di sepanjang hulunya. Kami berjaya mendaratkan beberapa ekor udang dalam setiap labuhan bot. Hingga kami beraksi dilubuk terakhir dalam perjalanan pulang ke pangkalan pun kami masih berupaya mendaratkan udang-udang bersaiz besar. Alangkah bagusnya jika kami menghulu lebih awal lagi.
Memancing udang adalah satu seni yang sentiasa menerbitkan ukiran ceria di wajah setiap pemancing
Memancing udang dalam tahun-tahun 60 hingga 90 an di sungai Klias ini seolah-olah mitos apabila mentua Adam berhikayat senang-senang mendapatkan 10 kg udang dengan hanya memancing dari tepi sungai. Malahan, perolehan udang mampu mencapai belasan kilo seorang jika memancing dengan sampan kecil. Tahun 2003, aku mula bergiat aktif memancing udang di sungai Klias dengan Adam. Hasil tangkapan 4 hingga 6 kilo seorang adalah lumrah ketika itu. Kini, angka itu jauh menurun kepada 1 hingga 3 kg, itupun jika amat bernasib baik. Jelasnya, sungai ini perlu pemulihan secara drastik dengan pengamalan etika-etika yang boleh menjamin kewujudan udang ini sentiasa berterusan hingga ke anak cucu!Selamat memancing,,ikhlas dari Lempayun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan