16/01/2016(Jumaat):Petang jumaat ketika sedang berehat, adik dan rakannya mengajak ke satu sessi casting di sungai Bengawan yang telah agak lama dilupakan. Walaupun agak penat, namun panggilan casting itu memang agak payah untuk ditolak. Cuaca panas pun memang agak boleh tahan juga.Rugi wooo kalau tidak turun.
|
Lesen. Ungah Bengawan |
2:40 pm, Piee dan Zack menunggu aku di halaman rumah.Tanpa berlengah, kami segera bergerak ke Kg Biau, lokasi bot diparkir. Air sungai mulai bergerak pasang ketika itu. Kami tidak perlu bergegas kerana, sungai yang agak kurang penghuni ini telah dilupakan oleh ramai pemancing buat seketika.
|
Lesen Ungah Bengawan milik Piee |
Acara casting bermula di sepanjang tebingan sungai zon pertengahan. Hampir 20 minit tanpa sebarang strike, kami berpindah ke hilir sungai. Ketika itu, air mulai bergerak laju dan air masin dari laut meluru memasuki sistem muara. Kejernihan air ketika itu menjadi faktor yang menyebabkan ikan amat berwaspada dengan umpan tiruan yang kami hantar. Akibatnya...kumpau!
|
Zack dengan Kerapu Lumpur yang menghuni batang pokok nibung yang tenggelam |
Menyedari akan hal ini, kami bertukar kepada kaedah trolling.meunda/melundai gewang. Gewang selaman cetek menjadi pilihan bersesuaian dengan kedalaman sungai ini yang puratanya agak cetek. Tundaan gewang ini bermula dari zon hulu membawa terus ke muka kuala. Ketika bot baru sahaja meninggalkan zon muara, gewang Rapala shad rap yang berusia lebih 6 tahun milikku direntap ganas. Ungah Juvenile ini amat kuat melawan tetapi perjuangannya berakhir juga di dalam perut bot.
|
Trofi juara yang berjaya ditewaskan walaupun setelah menyelinap ke dalam bangkar |
Tundaan diteruskan dan tidak lama kemudiaan gewang Piee juga direntap ganas berhampiran zon hulu. Perjuangan Ungah bersaiz juvenile tersebut juga tidak lama apabila mudah menyerah diri. Kami berhenti menunda apabila jam melepasi angka 5:00 pm. Ada baiknya kami menduga kembali selekoh sungai zon pertengahan ini.
|
Hasil casting sepetang |
Sebelum menamatkan trip ini, kami mencuba casting di zon hulu sungai. Enjin bot segera dimatikan dan kami hanya menggunakan pendayung untuk bergerak sambil melontar Nangnak. Aksi Nangnak selama 15 minit itu menghasilkan satu strike kuat. Walaupun pemangsa berjaya menyusup ke dalam bangkar tenggelam, berkat kesabaran memujuk, akhirnya ia keluar juga ke permukaan air. Seekor Ikan Kerapu menjadi trofi juara petang itu.salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan