Sabtu, 2 Januari 2016

Malapetaka 1 januari 2016

01/01/16(Jumaat): Jumaat dikatakan penghulu segala hari. Para ulamak juga  menyatakan kiamat akan berlaku pada hari jumaat..tapi ntah jumaat bila. Pada hari jumaat yang mulia itu lah berlakunya kiamat  kepada semua penghuni sungai Membakut terutamanya udang galah. Memang benarlah sesungguhnya manusia itu sentiasa melakukan kerosakkan di muka bumi!1 januari juga menyaksikan sungai membakut telah diracun oleh individu tidak bertuhan dan beragama. Manusia bro..bukannya monyet ataupun babi hutan!
 
lebih sepuluh batang joran..kesemuanya kumpau
Sungai ini telah diracun pada waktu subuh ketika air sungai sedang surut besar. Keadaan surut ini akan memudahkannya mengutip udang galah yang keracunan dan menimbulkan diri ke tebing sungai. Meracun sungai hanya untuk mendapatkan udang galah disamping membunuh hampir kesemua makhluk akuatik tidak akan berlaku di negara-negara maju. Justeru itu, perbuatan tersebut adalah perbuatan yang tidak bertamadun. Sifat tamak dan rakus tersebut pastinya akan memakan diri sendiri. Semoga Allah juga yang akan membalas setimpal dengan perbuatan manusia tersebut. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan