Trip sukses Kuala Abai tahun 2015 telah diberi ruang dalam majalah SIRIP januari, 2016. Ianya juga menjadi isyarat bahawa Lempayun kini telah kembali menulis untuk majalah Sirip. Kepuasan sesebuah trip memancing akan diabadikan di halaman majalah ini untuk dikongsi bersama.
Dah masuk list kembali |
Untuk itu, aku akan sentiasa mencari lokasi dan aplikasi kaedah baru untuk dijadikan bahan penulisan. Kepada para pemancing yang sangat bermurah hati untuk berkongsi lubuk dan teknik, amat digalakkan untuk mengajak aku sekali..hehehe...tiada aral aku tatap datang!
Segala perkongsian dari para pembaca amat dihargai dan akan didokumentasikan sebaiknya untuk menjadi tatapan dan rujukan para pemancing kini dan generasi seterusnya.Kaedah light, microlight dan slow jigging menjadi pilihan utama ketika trip Kuala Abai ini dilakukan. Selain dari itu, penggunaan SM(sinking minnow) untuk kaedah jigcast juga didedahkan secara 'mencelah'. Akan datang, jigcast SM pasti akan menjadi pilihan utama sekurang-kurangnya untuk 1 atau 2 trip memancing.
Seperkara lagi, semoga pendedahan lokasi Kuala Abai ini akan membantu menaikkan rating pengusaha bot yang berpangkalan di sana.Oleh itu, pengusaha bot juga perlu berusaha memenuhi kehendak pelanggan dengan menyediakan lebih banyak pilihan takat sama ada takat asli mahupun membina lebih banyak FAD. Servis juga perlu dipertingkatkan dengan lebih rajin menyelidik penyediaan servis pengusaha bot di negara lain melalui internet.
Pengusaha bot perlu saling berhubung dengan pelbagai jabatan kerajaan berkaitan. Peningkatan jumlah pemancing ke Kuala Abai wajar seiring dengan perkembangan perkhidmatan bot sewanya. Dengan itu, industri ini akan bertambah rancak sekaligus membantu perkembangan ekonomi setempat.Selamat membaca dari Lempayun.