Khamis, 31 Disember 2015

Sukses penutup tahun 2015 edisi casting VS Ngudang

30/12/15(Rabu):Setelah selesai semua urusan peribadi, kami bergerak ke sungai Membakut kira-kira jam 10.40 am.Strategi kali ini adalah serampang dua mata iaitu casting Ungah dan memancing udang galah.Sementara menantikan air naik pasang agak tinggi, kami mengempur sebarang ranggas yang berkubur di dasar sepanjang sungai hingga ke muara sungai Membakut. Untuk itu, Nangnak tetap menjadi pilihan kerana sifat kalis sangkutnya.
Ungah Sado yang menjadi lesen penutup Ungah tahun 2015 kepada empunya Bleeding Nangnak ini
Keadaan air sungai yang cantik, jernih yang sesuai, suhu yang agak suam cuma arus yang lemah tidak menghalang kami dari melakukan strike. Menggempur ranggas dan lubuk di muara sungai ketika air agak rendah memberi kelebihan atas andaian ikan akan berkumpul di sekitar ranggas dan lubuk. Kerja casting pun agak mudah ketika ini kerana tidak perlu blind cast.
Kerapu Lumpur untuk stim malam tahun baru...memang saiz yang amat cantik
Gerakan senyap ketika menghampiri lubuk atau ranggas amat penting untuk tidak mengejutkan lena penghuninya. 30 meter sebelum sampai ke spot casting, aku telah mematikan enjin Tohatsu 8 hp. Pergerakan bot menghampiri spot kini diambil alih oleh enjin 2 kuasa kuda. Apalagi bro..berkayuh laaa..hehehehe..
Memang nikmat memancing udang di bawah rimbunan pokok nipah. Sejuk dan berangin. apa l;agi yang lebih enjoy ketika memancing dalam cuaca panas ini?
Kami tidak perlu menunggu lama apabila Nangnak yang dihantar oleh Pie ditekan hebat sejurus melepasi kayu tenggelam. Perlawanan hebat seketika hampir berakhir apabila Ungah berjaya menyelit ke dalam ranggas. Mujurlah, matakail telah melekat kukuh disudut mulutnya. Ungah berjaya diheret keluar dari ranggas secara paksa. Kalau dah rezeki, memang tidak ke mana.
Ikan ada, udang pun ada..perghhh..memang hasil trip ini amat lumayan
Kami meneruskan sessi casting Nangnak di bangkar berikutnya. Tanpa dijangka, sekali lagi bleeding Nangnak Pie di rembat rakus di bawah teduhan nipah yang memayungi ranggas dan bangkar tenggelam. Kali ini teknik keras lawan keras menjadi pilihan. Joran sentiasa ditegakkan dan drag kekili diketatkan untuk tidak memberi peluang kepada pemangsa menyelinap.Sejurus kemudian, seekor Kerapu Lumpur menjadi trofi hari itu.
Udang terakhir di lubuk terakhir sebelum bergerak pulang
Apabila penghuni bangkar tidak lagi memberi sebarang respon, kami mula bergerak ke hulu sungai untuk sessi seterusnya iaiatu memancing udang. Lagipun, hari pun amat panas terik. Tidak tahan berjemur bro. Perlu berteduh dibawah rimbunan pokok nipah sambil itu melabuh pancing mensasarkan sang perayap dasar.
Joran dihenjut kuat oleh udang ketika berposing dengan udang ini.hehehe..sabar bro..gambar dulu
Kira-kira pukul 3 petang, arus bergerak pasang sambil membawa sang perayap melilau mencari makan di dasar sungai. 4 batang joran hampir tidak terlayan ketika itu. Ketiga-tiga kami benar-benar menikmati suasana udang galah sedang frenzy menggutis umpan. Saiz udang pun agak sado. Asyik melayan udang, masa berjalan begitu pantas. Tanpa disedari, angka 5:40 pm tertera di sebalik skrin jam Casio illuminator milik ku. Aduii..semakin matahari bergerak turun, udang semakin rancak menggasak umpan.
Udang sado penutup tahun 2015
Pergerakkan air turun juga mengaktifkan sang udang menjamah umpan. Kami tidak perlu menghantar umpan jauh ke tengah sungai. umpan hanya perlu dilabuh di bawah bot, pasti ada udang yang akan mengerjakan umpan cacing yang dihulur. Kira-kira jam 6:17 pm, kami menamatkan trip ini dengan perasaan puas. Rasa macam tidak mau pulang bro.hehehe..gembiranya apabila ada ikan dan udang dibawa pulang untuk juadah sekeluarga.Trip penutup tahun 2015 ini amat sukses dan pastinya akan menjadi kenangan manis kepada kami. Salam ikhlas dari teamlempayun. Selamat tahun baru!



Selasa, 29 Disember 2015

Nanggalah Sado Membakut

28/12/15(Isnin): Trip mengudang diteruskan bersama Bajin dan Piee. Keadaan air surut besar pada 0.4m menyebabkan air sungai bergerak turun dengan amat deras. Akibatnya, kelodak dasar sungai digodak oleh arus yang turun dan menyebabkan keruh di permukaan air. Kami terpaksa bergerak hingga menghampiri zon muara sungai untuk mencari lubuk yang kurang pergerakkan arus.
awal lagi Bajin berjaya mendaratkan 2 ekor udang sekaligus
8:30 am, kami jauh ke muara sungai untuk mencari sang perayap. Namun, setelah 2 kali berpindah lubuk tanpa sebarang tangkapan, kami kembali ke lubuk Pasir Panjang. Di sini, beberapa ekor udang dewasa berjaya didaratkan. Ini menyebabkan kami bertahan lebih lama sementara menantikan air naik pasang.
Udang lesen Piee yang dilepaskan semula
Air mulai naik pasang perlahan pada pukul 10:00 am,Namun, pergerakan air yang terlalu perlahan mengurangkan keaktifan udang.Nampaknya, udang yang menggutis umpan tidaklah serancak mana. Apabila jam menghampiri angka 11:00 am, air lebih stagnant dengan pergerakkan arus yang amat lemah. Sambutan udang pun kurang bro!
Sado di bawah rimbunan daun nipah..tidak sangka, bawah kolong saja bro.hehehe
Sinar matahari yang semakin terik menyebabkan kami beralih ke bawah teduhan daun-daun pokok nipah..Perghhh..nyaman bro. Ketika ini, pergerakan udang  lebih menghimpit tebing sungai. Umpan yang dilabuh berhampiran pohon-pohon bakau dengan mudah menjerat beberapa ekor udang galah dewasa bersaiz sado.
Berehat seketika untuk menambah bekalan umpan
Bajin terpaksa menamatkan trip lebih awal disebabkan shift kerja pada jam 2. Beliau wajib pulang awal untuk berehat dan bersedia. Kesempatan ini kami ambil untuk menambahkan jumlah umpan yang sedia ada. Kerancakan anak-anak udang menggutis umpan menyebabkan kami kehabisan umpan agak awal.
Hasil ku sorang bro..hehehe..segar dari ladang untuk famili
Kira-kira pukul 12:45 pm, sessi ngudang kami bersambung kembali. Kali ini hanya aku dan Piee sahaja yang meneruskan perjuangan. Kami kembali ke hilir sungai untuk mencuba nasib. Keadaan air yang mulai besar menyebabkan kami mula mencuba lubuk-lubuk di hulu sungai. Di lubuk selekoh sungai sahaja kami berjaya mendaratkan beberapa ekor sado. Nampaknya, kebanyakan udang sudah mula menghilir ke hulu sungai disebabkan tahap kemasinan air sungai di hilir semakin tinggi.
Hasil tangkapan Pie juga tidak mengecewakan
Angin petang bertiup agak kencang apabila jam melepas angka 4:00. Kedudukan bot yang mudah bergerak ditiup oleh angin menyebabkan kesukaran memerhatikan hujung joran. Setelah hanya beberapa ekor berjaya didaratkan, kami menamatkan trip pada jam 4:30 pm. Kalau lah udang semakin rancak, pasti trip ini akan delay lagi sampai malam.heheheeh..lusa lagi turun bro.

Sabtu, 26 Disember 2015

Ngudang edisi Christmas



25/12/15(Jumaat): Seperti yang telah dirancang kelmarin, aktiviti ngudang diteruskan lagi. Kali ini, trip ngudang bersama Bajin dan Asan. Sebelum jam 6 pagi, kami sudah menghampiri sungai Membakut, Itupun setelah Asan berusaha keras mencari bekalan umpan udang beras. Air sungai masih turun agak laju ketika kami tiba..so,..pelan-pelan laa bro.
Pemancing dari shift malam bru pulang. Kesemuanya kumpau kerana air turun surut seperti air terjun..hehehe..tu laa bro..tengok dulu carta pasang dan surut
Kami terus bergerak ke hilir sungai ketika ini. Air surut besar pada 0.4 meter dan lubuk-lubuk di hilir sungai menjadi pilihan terbaik. Tidak sampai sejam, pergerakan air surut mulai perlahan. Ketika itulah, udang-udang mulai memunculkan diri. apa lagi bro..taruk makan taruk makan laaa.

sigup sigup dulu San.
Ketika air balas pasang, kami mulai bergerak kembali ke hulu sungai. Ke mana lagi kalau bukan ke Pasir Panjang. Lokasi kegemaran ini sering menjanjikan kehadiran udang-udang dewasa dalam kuantiti banyak. Walaupun dasar sungai agak berceranggah dengan dahan dan ranting yang telah lama tenggelam, ia tetap menjadi pilihan kerana lokasi ini telah diketahui menjadi syurga udang.
Ini la saiz udang yang aku maksudkan..hehehe
Udang-udang galah meningkat dewasa lebih banyak bermain di tepi sungai dan udang dewasa pula gemar merayap di tengah sungai. Apabila rahsia ini diketahui, semua sasaran pancing bertumpu ke tengah sungai. Memang betul bro...
Agaknya ada pemancing yang terjatuh coklat kissesnya..hehe..boleh tersangkut dimata kail udang bro!
Masa memancing telah ditetapkan sehingga jam 11.30 am  untuk memberi laluan kepada sholat jumaat. Oleh itu, kami hanya ada beberapa jam untuk memunggah hasil. Setiap detik tidak dibazirkan begitu sahaja.Kali ini lubuk tidak kira panas atau redup tetap diredah, janji ada sambutan pasti bertahan.
Asan yang berjaya memikat udang mengandung
Pergerakan lokasi pancing kami semakin menghulu mengikut keadaan air yang bergerak pasang. Ketika itu, ramai pemancing lain juga berlabuh di bawah redup pokok-pokok nipah. seperti kelmarin, air yang mulai tidak bergerak tidak membantu mengaktifkan udang-udang galah di dasar.
Lebih separuh udang mengandung telah dilepaskan semula khas untuk reproduction bro. Diharap semua pemancing mengamalkan kaedah ini

Apabila udang berhenti menggutis umpan, lebih baik angkat kaki bro.jika 30 minit sebelum jam 11.30 itu udang rancak memakan umpan, berbaloi untuk terus bertahan. Jikia sebaliknya..sung tah mulih bro. Jumaat kita ani. Esok-esok lagi kita ngudang!

Ngudang lagi


24/12/2015(Khamis): Hujan yang tidak turun selama beberapa hari sedikit sebanyak membantu memulihkan keadaan sungai Membakut. Air sungai tidak terlalu jernih dan tidak juga kabut mengizinkan aktiviti mengudang dilakukan.
Nanggalah dewasa yang sentiasa menjadi idaman
Umpan cacing masih menjadi taruhan terbaik untuk menjerat Nanggalah/Udang galah. Umpan cacing telah lama menjadi pilihan terbaik selain dari udang beras.Air mulai surut perlahan ketika kami tiba. Memang cantik untuk melabuh umpan. Kira-kira jam 8.30 am, joran pertama yang diturunkan mula dihenjut sang udang di dasar sungai.
Hasil tangkapan tidam sampai setengah hari..memang puas hati!
Selepas itu, apa lagi bro..pesta tarik udang tanpa henti. Aksi taruk makan taruk makan berlangsung selama hampir sejam di lubuk pasir panjang.Aku mulai perasan akan kecekapan yang semakin berkurang seiring dengan meningkatnya usia. Ditambah lagi dengan mata yang rabun dekat..perghhh memang lembap ketika mengenakan umpan dan melepaskan udang dari matakail.Agak puas juga disepit oleh udang yang marah!hehehe
Juadah segar untuk seisi keluarga.

Kami hanya berpindah lubuk sebanyak 2 kali. Arus sungai mulai tidak bergerak ketika jarum jam menghampiri angka 11:00 am. Ketika itu, aktiviti udang di dasar sungai juga mulai berkurang. Agak lama menanti, kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip ngudang ini..tapi..esok turun lagi.hehehe..sebelum jam 6:00 am, terpacak di tebing sungai.


Selasa, 22 Disember 2015

PENABUR MEGA DIY untuk 2016


Tahun 2016 akan menjelang tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, musim laut teduh hanya akan bermula seawalnya bulan Mac nanti. Persiapan untuk menghadapi musim tersebut perlu dipelbagaikan kaedah dan tekniknya. Hasilnya, mentua menghasilkan penabur hand made yang nampak mengerunkan..hehehe

Penabur ini telah pun hanya sempat sekali diaplikasikan dalam tahun 2015. Ianya memang berhasil apabila segala spesis ikan di dasar enggan berganjak lari. Diperbuat dari batang PVC, ianya dihasilkan tidak sampai setengah hari. Cuma, umpan yang banyak diperlukan kali ini apabila sama ada beraksi pancingan dasar bagang ataupun jigging,
Musim memancing tahun 2016 sememangnya perlu diaktifkan memandangkan harga sumber protein ini di pasaran amat mahal. Keperluan untuk memenuhkan freezer di rumah dengan ikan akan menjadi target pancingan hujung minggu.Usaha ini dapat menjimat banyak wang di kala harga barang semakin tidak terkawal sekarang bro.

Isnin, 14 Disember 2015

Ngudang Nanggalah Membakut


07/12/15(Isnin): Sungai Membakut adalah sungai yang paling sensitif dan mudah kabut apabila dilanda hujan lebat di sebelah hulu. Penebangan hutan dan aktiviti menggondol bukit bukau untuk tanaman kelapa sawit di bahagian hulunya menjadikan sungai ini sering dilanda banjir lumpur atau keruh sekian lama. Tidak seperti sungai Bengawan yang hanya perlu beberapa hari untuk kembali jernih, sungai Membakut perlukan berminggu-minggu untuk memendapkan lumpur liatnya.
Kalau mau makan udang, rajin sahaja memancing. Tidak perlu meracun yang hanya untuk makan sekali.
Memang ada kebaikan dan keburukannya apabila sungai kerap dilanda banjir dengan lumpur dari sebelah hulunya. Selain menyuburkan tanah ditebingnya yang amat sesuai untuk pertanian, masa banjir dan kabut ini memberi peluang kepada spesis udang untuk membiak. Ketika itu, tiada aktiviti mengail, merambat mahupun memukat dilakukan.
Ngam lubuknya, pasti ada udang menjamah umpan
Oleh itu, mengail di sungai Membakut tidak perlu menantikan kondisi airnya sejernih kristal. Cukuplah apabila air agak kelam kuning dan pergerakkan air mengikut kelaziman pasang surut lautan, boleh laa menurunkan joran. Sungai yang masih panjang dan berliku ini masih menyimpan banyak spot mengail udang galah. Apa yang penting adalah rajin mencari spot-spot ini.
Mengail udang adalah satu seni yang hanya boleh dinikmati ketika bertarung dengannya. Nikmatnya tidak mampu diceritakan...rasa laa sendiri bro..baru la tau.
Mengail udang bersama pengail-pengail muda memang banyak kelebihan. Selain dari kesungguhan dan minat, mereka ini juga amat rajin dalam semua perkara terutamanya dalam aspek persediaan bot di air dan paling kritikal adalah persediaan umpan. Penggunaan umpan anak udang beras/Tanjipun amat digemari kerana biasa mengundang kehadiran udang-udang bersaiz bagak. Kekurangannya pula, ia mudah tertanggal dari matakail apabila digutis oleh anak-anak udang dan ikan.
Udang remaja amat banyak merayap di dasar sungai
Cacing adalah umpan paling digemari setakat ini. Selain dari mudah diperolehi, ia juga amat tahan apabila berada di dasar sungai. Lagipun, penggunaan cacing memudahkan matakail tercangkuk di dalam mulut udang. Walaupun agak lecah ketika sessi makan tengahari apabila bau cacing masih melekat di jari jemari walaupun setelah dibasuh berulang-kali. Tapi, kalau dah kebulur, usah peduli bro...belasah saja!hehehe
suasana redup memancing udang dibawah rimbunan daun-daun pokok nipah amat menyelesakan.
Pergerakkan arus mempengaruhi keaktifan udang menjamah umpan. Arus perlu bergerak perlahan untuk merangsang keaktifan udang menjamah umpan. Ketika air mati tidak bergerak langsung, kelibat udang juga akan menghilang walau dilubuk mana pun.Keika itu, sessi makan bekal sebaiknya dilangsungkan kerana ketika udang sedang frenzy, rokok pun tidak sempat dinyalakan.
Amat segar untuk santapan keluarga
Sungai Membakut masih berpotensi menjadi lokasi stok simpanan udang galah yang memberangsangkan jika ia dijaga sebaiknya. Malangnya, kegiatan meracun sungai agak lumrah di sungai itu terutamanya ketika air jernih dan surut besar. Para penjenayah ini selain dari menzalimi makhluk Allah yang lain, mereka juga tidak menyedari bahawa mereka menzalimi diri dan keluarga sendiri. Nanti jumpa dengan pencipta mu, tanggung laaa kau bro!

Jumaat, 11 Disember 2015

Tanggulian dan Bundu revisited edisi cuti sekolah 2015

09/12/15(Rabu): Setelah lebih setahun, akhirnya aku datang kembali ke Tanggulian Kuala Penyu. Aku agak teruja apabila melihat keadaan jernih air Si sungai Sitompok. Begitu juga dengan keadaan air pasang surut yang sedarhana. Cuma pergerakkan air alan/banir mungkin boleh mempengaruhi keaktifan ikan terutamanya disebelah petang ketika air mati. Apapun, turun dulu aksi bro!


Cikgu Sulaiman selaku pemilik bot sewa amat mesra dan sentiasa memudahkan penyewa bot. Terimakasih cikgu!Semoga sentiasa dikurnia kesihatan yang baik dan murah rezeki

Kami singgah sekejap di Tamu Membakut untuk membeli bekal makanan. Wajib bro..nanti kebulur.Casting pun tidak bertenaga tu.hehehe..Selepas itu kami segera memecut ke Kg Kitang Kuala Penyu. Air sungai menyongsong pasang ketika kami tiba. Tanpa berlengah, kami segera memunggah peralatan ke dalam bot sewa. Sungai masih cetek lagi bro..terpaksalah berusaha keras sikit...
Nasib baik air mula menyongsong pasang. Ketika surut besar, bot terpaksa ditolak lebih kurang 80 meter ke tebing sungai Sitompok.
Destinasi pertama adalah takat-takat di sungai besar yang memang telah ditanda dalam GPS original kami.hehehe. Air masih lagi kecil ketika itu dan selekoh-selekoh dalam sungai Sitompok perlu diuji terlebih dahulu. Aku terlepas seekor Selungsung anggaran 2.5 kg hingga  3 kg di lubuk pertama. Selungsung tersebut sempat memecutkan Nangnak dan hanya sekali melakukan lompatan akrobatik sebelum melontar Nangnak kembali kepada ku..perghhh..Seekor sahaja Kerapu bunga di sini bro..hehehe
Memecut ke sungai Tanggulian untuk aksi casting sepenuhnya
Setelah hampir 30 minit beraksi di lubuk luar, kami segera pindah ke Sungai Tanggulian dan Bundu yang merupakan anak-anak sungai dalam sistem sungai Sitompok yang besar. Anak-anak sungai ini adalah saliran air dalam hutan bakau yang amat luas berhulukan lembangan Klias. Sungai ini juga mempunyai banyak spot casting yang nampak 'cantik'.
Ungah di selekoh sungai Sitompok
Kami casting secara berhanyut di sepanjang tebingan sungai Tangguian dan Bundu yang dipenuhi dengan bangkar-bangkar pokok bakau yang telah lama tumbang menyelur ke dalam air. Sauh hanya diturunkan jika berada di lubuk kegemaran untuk casting statik. Lebih setengah hari bermain di sungai-sungai ini, kami hanya strike Ungah-Ungah kecil dan Kerapu. Beberapa kali Selungsung berjaya melepaskan diri dan sesekali strike misteri yang agak kasar.
Ungah lagi broo.Mana laa agaknya Ungah-Ungah Bagak ni yaa..
Kami menutup trip casting ini di lubuk-lubuk luar ketika jam menghampiri angka 3 petang. Sambutan dari penghuni akuatik juga suram memandangkan keadaan air sungai yang langsung tidak bergerak. Air pasang mati biasanya akan menyebabkan ikan dan udang menjadi pasif. Setelah berulangkali menguap ketika casting dan trolling, trip ditamatkan ketika langit agak gelap. Menurut cikgu Sulaiman, hujan turun lebat seketika semalam..alahai..patut pun kurang strike. Hujan turun dengan lebat ketika kami dalam perjalanan pulang. Jelasnya,tuaian melampau oleh penduduk tempatan menyebabkan Sungai Tanggulian dan Bundu ketandusan stok ikan angkara aktiviti agresif mengepung lubuk dan bangkar dengan menggunakan pukat dan apa sahaja saiz ikan akan dibawa pulang.Janji ada sirip...tanggung laa bro!!Salam ikhlas dari Lempayun.


Ahad, 6 Disember 2015

Akhirnya..aku dapat semula

27/11/2015(Jumaat):Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka membuka garaj miliku setelah selesai menyiapkan projek jeti mereka. Itupun setelah aku mendesak berulang kali. Setelah berbulan dijarah dan digunakan untuk menyiapkan projek mereka, komponen garaj ku pindah kan ke Biau dalam keadaan kekurangan beberapa komponen..tak apa lah..halalkan saja dunia dan akhirat.
Awal pagi kerja keras bro
Syukurlah projek memindahkan komponen garaj ini dibantu oleh beberapa orang pemuda kaki pancing yang ringan tangan. 3 orang di Serbang dan 4 orang lagi di Biau. Bantuan mereka ini telah memudahkan kerja-kerja memindahkan tiang belian, kayu bakau, Zink Span Dec dan lain-lain. Kalau bukan bantuan mereka, memang kerja-kerja memindahkan ini memeritkan.
Kami terpaksa melakukan 3 trip ulang alik dari Biau ke Serbang untuk memindahkan komponen tersebut untuk keselamatan. Trip pertama kami hanya mengangkat kayu bakau diikuti dengan Tiang kayu Belian. Manakala, zink Span dec diangkut dalam trip terakhir. Kesemuanya tidak boleh diangkut sekaligus.
Berat kayu-kayu bakau ni bro!
Aku akui memang ada perasaan sebak setelah sekian lama bergaraj di Serbang terpaksa berpindah ke lokasi lain. Apakan daya bro, dagang hamba mengkuang layu.hehehe..tak pun, kera di hutan disusui, anak di rumah kelaparan.hehehehe..dalam makna ni bro..
kumpulan pemuda yang menanti di Biau aka menyusun komponen-komponen tersebut dengan kemas agar tidak menghalang laluan orang lain
Tiang kayu Belian amat mahal di pasaran sekarang. Nasib baik tiang-tiang ini masih kukuh dan boleh digunakan semula
Perlu berhati-hati memegang kayu-kayu ini kerana paku-paku masih lagi berceracakkan. Memang semberono kerja mereka!
Air agak pasang ketika projek pemindahan ini. Bot boleh rapat sehingga ke tebing sungai
Orang kuat dalam projek ini.
Zink Span dec yang terdapat koyakan pada lubang paku. Nampak sangat paku dicabut dengan kasar.
Setelah kesemua komponen-komponen tersebut berjaya dipindahkan, tebingan Seri Serbang hanya tinggal dalam kenangan. Kenangan yang tidak akan dapat diulang kembali. Kenangan manis berjiran garaj dengan beberapa orang nelayan dan pemancing yang telah kembali ke alam Baqa. Kampung ini juga memang tidak akan ada lagi dalam diari masa hadapan teamlempayun. Selamat maju jaya. Salam dari Lempayun