23/07/15(Khamis): Setelah berjaya melalui ujian tahap
kecergasan dalam trip pertama dulu, tidak disangka beliau join lagi dalam trip
seterusnya. Bezanya dalam trip ini, penyertaan beliau kali ini adalah secara sah berlesen yang dikeluarkan sendiri oleh menteri hal ehwal dalam rumah..hehehe..Kali ini, trip pancing bagang disertai juga oleh Grukul. Seperti
biasa, jam 5:30 am kami bertemu di Petronas Bengawan untuk menambah bekalan
gas.
|
tugas 'anchorman' macam biasa laa. Selain dari menambat bot ke bagang, beliau juga perlu memanjat bagang yang tinggi untuk mendapatkan umpan Pusu. Sesuatu yang agak sukar untuk orang yang berpenyakit gayat.hehehe |
Jam 6:05 am, kami melepasi muara sungai dengan
amat mudah. Hujan selebat-lebatnya petang rabu, menyebabkan laut teduh-seteduhnya
ketika kami menuju ke bagang terdekat untuk mendapatkan bekalan umpan pusu.
Macam cermin bro..teduh lantai. Namun, umpan Pusu agak sukar diperolehi
disebabkan hujan lebat telah menyebabkan permukaan laut sejuk dan Pusu kurang
timbul di permukaan
|
Posing dulu Grukul |
Di bagang ke 5, aku merasakan bekalan umpan pusu agak mencukupi untuk kami bertiga dalam pancingan setengah hari ini. Ketika ini, suhu air laut agak
sejuk dan pergerakan arus juga amat perlahan. Berdasarkan pengalaman, pasti ikan kurang
mematuk. Setelah sunyi sepi tanpa sebarang getuan dalam tempoh 10 minit, selepas itu, "Mari
Grukul..pindah"!.
|
Teduhnya laut tu bro…enjoy memancing tapi sayang ikan di dasar agak culas |
Kami bergerak ke bagang pertengahan dan mula
melabuh pancing masing-masing. Tidak disangka, kami menerima sambutan yang agak
meriah dari pelbagai spesis ikan seperti Umpak, Jarang gigi, Kirung-kirung,
Temenung, Kekapas dan lain-lain lagi. Namun, populasi kirung-kirung bersaiz ibu jari yang terlalu banyak menyebabkan umpan pusu tidak sempat dijamah oleh ikan
yang lain..tidak tahan bro turun naik pasang umpan..pindah laaa..
|
rakan sepancingan yang mencuba nasib di bagang yang sama |
Beberapa bagang seterusnya menemukan kami dengan kerancakan
ikan Temenung dan Umpak yang sesekali melarikan umpan. Ikan Temenung
berkumpulan naik ke permukaan air mengejar sisa umpan menandakan suhu air yang
sejuk. Bukan petanda yang bagus sebenarnya..pindah lagi. Perlu rajin pindah bro..mana laa tau terjumpa dengan 'honey hole'.
|
Lesen Umpak beliau |
Hampir jam 11:00 am asyik berpindah, kami akhirnya kembali
ke bagang-bagang di sebelah Hulu(Membakut). Ketika ini, hanya ikan Temenung dan
Kerisi menjamah umpan. Bole laa dilayan dan ini lebih baik dari tiada. Layan
saja bro..
|
bekal makanan yang lazat..ikan goreng Jarang gigi dan telur masin..pergghhhhh!!! |
Jam 12:30 pm, keadaan laut yang masih teduh memberikan
keselesaan acara memancing buat kami bertiga. Malangnya, sambutan yang kurang
dari penghuni dasar agak menjengkelkan kami. Nasib baik angin laut mula bertiup
dan menyejukan kami dari cahaya terik matahari.
|
Acara wajib dalam arena pancingan bagang. Berulang kali aku menyatakan..makan dalan situasi begini memang akan meningkatkan selera makan anda. |
Kami bertiga sepakat untuk menamatkan trip ini
memandangkan tidak berbaloi menunggu ikan yang tidak kunjung tiba. Jika ikan rajin mematuk, sampai pukul 3 petang pun ok ni bro.. Untuk rekod,
kelmarin acara soloku, tong 35 liter hampir penuh dengan pelbagai jenis
ikan..hari ini..ke mana pula pergi mereka ya?
|
Grukul juga sedang berusaha menambah ukur lilit pinggangnya |
Pancingan bagang tidak menjanjikan tangkapan yang mewah setiap kali turun memancing. Oleh itu, setiap pemancing bagang perlu bersedia menerima apa saja keputusan pancingan hari itu. Kerana, adakalanya meriah dan ada kalanya kumpau berjemaah. Hasil pancingan hari ini tidak akan sama dengan hasil pancingan esok hari. Apapun, kena cuba dan tawakkal kepadaNya.syukuri apa saja hasil tangkapan hari itu.
|
rezeki untuk pancingan setengah hari. Percuma dan segar dari ladang! |
Kesimpulannya, persembahan mentua yang nampak
agak menyakinkan membolehkannya untuk menyertai trip yang akan datang.
Keceriaan dan kesihatannya nampak semakin bagus. Betul laa kata
seseorang..memancing ini satu terapi….salam ikhlas dari lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan