21/07/15(Selasa):Setelah 8 tahun tidak bermain ombak, akhirnya beliau kembali menghirup segar bayu laut. Usia remaja diwarnai dengan kehidupan nelayan yang bergelmumang di takat-takat W.P Labuan, dilambung ombak untuk mendapatkan ikan yang hanya dijual 80 sen sekati(600 gm), kini kembali mengimbau nostalgia.
|
Sendakau/jaul handmade. pattern tahun 70an kini kembali dengan material baru. |
Kesibukan mencari rezeki untuk keluarga dengan pekerjaan sebagai despatch Sabah Cement selama berpuluh tahun menyebabkan hobi ke lautnya dipendam buat sementara. Kerja dari isnin hingga sabtu petang memandu ulang-alik dari rumah di Bengawan ke Sepanggar amat memenatkan dan tidak mengizinkan aktiviti lain selain berehat pada hari ahad.
|
Banyak kisah silam diungkit sambil menyiapkan sendakau ini |
Setelah pencen pada usia 56 tahun, beliau tercari-cari arah untuk memenuhi masa lapangnya. Selain dari melakukan kerja harian di rumah, bertukang dan lain-lain lagi masih belum dapat mengisi kembali ruang yang telah ditinggalkan sekian lama. Hobi memancing sudah terlalu lama ditinggalkannya. Kini, tiba masa untuk menuntut masa silam yang telah hilang itu.
|
sinker Jaul yang diusahakannya. Pengetahuan lama ini masih belum hilang sepenuhnya dari dirinya. |
Entah mengapa tetiba beliau ini menyatakan keinginannya untuk ikut sama ke laut. Aku agak terkejut kerana selama hampir 10 tahun ini sering menyaksikan aku ke laut, belum pernah beliau menyuarakan keinginannya. Aku agak ragu-ragu kerana tidak pasti dengan tahap kecergasannya. Apapun, cuba dulu laa..tengok amacam.boleh kaa tidak..
|
Pertama kali turun setelah 8 tahun tidak ke laut dan berpuluh tahun tidak memancing, disambut dengan keadaan laut yang agak berombak dan angin kencang. |
Selasa itu, kami bertiga melepasi muara sungai kira-kira jam 6:05 am, angin bertiup dari selatan agak kencang menyebakan permukaan laut agak berombak. Perjalanan mengharungi ombak dengan tiupan angin dari tepi menyebabkan air memercik setiap kali bot menghempas alun..apa lagi bro..basah kuyup. Namun, perjalanan tetap diteruskan.
|
Permukaan laut Yang tidak mesra ditambah lagi dengan sambutan penghuni yang zero sehingga hampir jam 10 pagi, menyebabkan kami 'kumpau berjemaah'..hehehe..kali pertama turun beliau hanya berjaya mendaratkan 2 ekor ikan Temenung sahaja..yang baring di depan tu dapat sekor Kerisi saja. |
Dalam keadaan laut sebegitu, umpan Pusu masih banyak diperolehi..mewah bro!..semangat sungguh kami mencari spot berbekalkan umpan Pusu yang banyak dan cantik. Mula dari 6:30 am, kami berpindah randah hampir ke semua bagang dari Membakut hingga ke Mandahan, namun tiada sambutan dari penghuni dasar. Kami merasa pelik dengan keadaan ini. Agaknya air terlalu jernih dan arus yang agak lemah menyebabkan ikan tidak aktif. Ataupun berlaku gempa bumi yang menakutkan ikan.
|
Ungah Juvenile dari aksi membottom di muara sungai sebelum pulang ke rumah. |
Setelah 'jarih'(jenuh)menunggu sehingga jam 10:00 am tanpa aksi memberangsangkan, kami mengambil keputusan masuk ke muara untuk mencuba aksi bottom sebelum pulang. Tidak perlu membuang masa jika begitu sudah keadaannya bro. Kesimpulannya, beliau ini nampak cergas untuk melakukan aktiviti ini dan semangatnya untuk menyertai trip yang akan datang agak mengujakan. Semoga aktiviti ini akan menyihatkan fizikal dan mental beliau ini. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan