12/07/15(Ahad): Setelah beberapa kali bumi Bengawan dilanda angin kencang dan beberapa minggu juga amaran angin kencang berterusan dari jabatan Meterologi, akhirnya ia reda juga. Petang sabtu, rakan telah mengongsi maklumat langsung dari pantai Kenangan yang menyatakan keadaan laut amat teduh dan banyak bagang mula beroperasi. Setelah sekian lama memendam rasa, aku bercadang hari ahad dipilih sebagai hari penutup Ramadan untuk edisi pancingan bagang.
Aku segera menghubungi rakan lama iaitu Adam@Grukul jika sudi bersama-sama melaksanakan trip penutup ini. Tanpa banyak songeh, beliau terus memberikan persetujuan. Esok jam 5:30 am, jumpa di Petronas Bengawan. Aku yang terus memantau keadaan cuaca mulai yakin cuaca adalah bagus setelah menyaksikan ribuan bintang memunculkan diri di langit malam Bengawan. Laporan dari skuad peninjau di Kg Seri Serbang juga menyatakan tiada langsung bunyi deruan angin dan ombak dari muara sungai.
Antara ikan Kelapa-Kelapa yang menghiasi trip ini. Ikan ini juga dikenali sebagai ikan Mentua versi tepi laut. |
King of Umpak!pertama kali menyertai trip teamlempayun dalam aksi pancingan bagang. Kasi lengkap set bagang mu atu grukul. Pakai jenis yang murah saja pun memadai. |
Nampaknya, muara sungai tidaklah setenang seperti yang dikehendaki. Alun-alun besar mula meninggi sejauh 50 meter dari muara. Mujurlah alun-alun tersebut tidak terlalu rapat. Aku yakin boleh melepasi muara dengan membuat kiraan alun yang datang. Ketika ia reda, aku akan memecut bot selaju yang boleh keluar dari muara. lagipun, keadaan air pasang ketika itu menidakkan risiko bot tersangkut dibeting. Inilah modus operandi yang aku akan laksanakan. Apalagi rakan-rakan…Buckle up!hehehe
Hasil tangkapan seorang yang amat segar untuk juadah sungkai nanti. Meminjam ungkapan dari seorang rakan yang gemar mengatakan 'Segar dari ladang', berbaloi walaupun berjemur di bawah terik matahari. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan