Setelah sekian lama berhujan dan berpanas, akhirnya rumah bot teamlempayun siap juga. 07-09/07/2015, Aku telah meminta khidmat rakan baik untuk menyiapkan garaj ini. Beliau tidak mengambil masa lama untuk mendapatkan material.
|
Kerja-kerja dilakukan pada waktu air pasang besar. Senang untuk mengangkat tiang gelegar ke atas. |
Masa sehari digunakan untuk mendapatkan material seperti kayu Bakau untuk dijadikan gelegar. Spandec pula used dibawa dari rumah.Walaupun usang, janji masih boleh dipakai.
|
Pemasangan atap Spandec. Satu-satunya garaj bot yang menggunakan atap jenis ini. |
Sehari selepas itu, Becky mula beroperasi memasang gelegar dan atap. Masa yang diguna tidak sampai setengah hari. Aku kagum dengan usaha gigih beliau. Hasil kerja pun kemas dan kukuh.
|
menyiapkan kemasan atap agar tidak berlaku sebarang kebocoran |
Igauan setiap hari menimba air dari dalam bot kini berakhir. Kini, hujan lebat macam mana pun, aku sudah tidak hirau.
Jumaat petang angin bertiup amat kencang. Beberapa buah rumah dilaporkan mengalami kerosakkan tercabut atap. Malahan ada rumah yang kehilangan hampir semua atap. Garaj bot teamlempayun, sedikitpun tidak terjejas. Ia masih berdiri kukuh dan tegap
|
Bot kayu adalah milik Becky..sapa-sapa berminat untuk memgikuti pakej memancing bersama dengannya, aku rasa boleh runding tu. |
Aku harap garaj bot ini akan bertahan lebih lama. Sekurang-kurangnya ia menjadi buah tangan untuk ku dari salah seorang bakal orang besar dan penting suatu masa nanti. Thank u Becky.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan