Kira-kira pukul 2:00 pm, kami memulakan sessi pancingan di dalam sistem sungai Tanggulian. Kami mengulangi lubuk-lubuk yang telah dijarah dalam sessi pancingan pagi untuk mengetahui sama ada ikan telah kembali mendiami lubuk ketika air pasang. Kami berhenti di setiap lubuk tanpa menurunkan sauh dan hanya berdayung menghampiri setiap lubuk. Pergerakkan senyap ini boleh mengelakkan kehadiran kami dikesan oleh ikan.
lubuk yang cantik dan dalam serta teduh dari terik matahari memberi keseronokkan ketika beraksi |
Kami mula bergerak semakin ke hulu mengikut keadaan air naik pasang yang juga membantu pergerakan bot. Bot digerakkan sepenuhnya dengan menggunakan pendayung. Kami mula menyerang setiap ceruk sungai dengan udang Getah. Udang-udang getah ini digilirkan perkhidmatan mereka untuk melihat jenama mana yang lebih berkesan. Persamaan adalah, semuanya hanya seberat 12 gram.
Ungah yang menyerbu keluar dari bangkar semata-mata untuk mendapatkan udang getah ini. Jelas kedengaran bunyi teriakkan kekili yang amat nyaring ketika ia melarikan diri |
Tiba di sebuah spot, udang getah Juan disentap sesuatu yang agak kasar. Permainan kasar lawan kasar memang menjadi pilihan dalam sessi ini. Kejayan diharapkan sepenuhnya ke atas joran dan kekili. Oleh itu, joran dan kekili perlu berada dalam keadaan tip-top agar tidak dikhianati oleh peralatan sendiri. Joran diangkat tinggi utntuk mencuri jarak larian pemangsa sambil itu siku dan lengan digunakan sebagai anchor dengan membiarkan joran bertindak seperti absorber.
Senyuman angkuh setelah berjaya menamatkan zaman kumpau. Kerapu ini telah menghilangkan kemurungan sejak awal pagi tadi.hehehehe. Apa saja spesis asal jangan kumpau. |
Tidak lama kemudian, seekor Ungah berjaya didaratkan. Kejayaan tersebut menambahkan semangat kami untuk terus menggiatkan lontaran udang getah. Tanpa disedari, kami semakin bergerak jauh ke hulu sungai yang semakin sempit dan dipenuhi oleh struktur kayu tumbang. Sepanjang pengalaman kami, lokasi berselirat dengan struktur kayu pastinya menjadi syurga pelbagai spesis seperti Kerapu dan Ungah.
Ungah juvenile yang turut sama berkongsi habitat di struktur kapal karam |
Jangkaan awal kami ternyata meleset dan hanya lenguh bahu dan lengan menceritakan betapa gersangnya setiap spot yang dilawati. Tanpa membuang masa, kami segera keluar dari sistem Sungai Tanggulian dan meneruskan sessi pancingan di sungai utama yang lebih luas. Sambil itu, kami melakukan tundaan perlahan disepanjang sungai dengan menggunakan gewang selaman dalam.
Lubuk kepala kapal yang telah menamatkan era kumpau pemancing muda. Dibawah permukaan air, sebuah kapal tunda yang besar sedang baring memberikan rumah kepada pelbagai spesis ikan |
Acara tundaan tanpa sebarang strike mendorong kami bergerak ke sebuah spot menarik iaitu kapal tenggelam berhampiran tebing sungai. Lokasi yang pernah saya kunjungi beberapa tahun lepas memang sesuai untuk diduga dengan udang getah. Tiba dilokasi, air masih bergerak pasang perlahan dan sauh diturunkan untuk mengekalkan kedudukan bot agar sentiasa berhadapan dengan lubuk.
Lagi spesis Ungah yang mendiami lubuk kepala kapal. |
Jika dahulu, banyak gewang kesayangan menjadi korban telah ditukunkan oleh struktur kapal tenggelam ini, kali ini buku bertemu ruas apabila udang getah yang memang kalis sangkut akan menjarah setiap inci struktur kapal ini. Hehehehe..ni kali laaa kau Kerapu dan Ungah!
Titir yang berminat dengan gewang ofmer ketika ditunda berhampiran muara sungai Kuala Penyu |
Ong semakin datang |
Kami tidak perlu menunggu lama apabila berlaku strike rabut dalam beberapa kali lontaran. Lontaran seterusnya bersambut dengan pemangsa tegar melarikan tali ke dalam struktur kapal. Persediaan rapi dan pertahanan kemas membantu kejayaan mendaratkan pemangsa. Selesai pertarungan, adalah satu kewajiban untuk memeriksa keadaan perambut fluorocarbon. Jika perambut mengalami calar, luka ataupun melecet, ia wajib ditukar untuk mengelakkan berputih mata.
Saya yang menggunakan udang getah bersaiz lebih besar hanya membiarkan ia tenggelam ke dalam struktur kapal dan mengarau kekili secara perlahan sejurus ia menyentuh dasar. Hanya berapa kali karauan, udang getah saya diterkam padu. Drag kekili yang memang sedia diketatkan membantu menahan larian pemangsa. Namun, beban tersebut dialihkan kepada joran Okuma Nemesis saya yang hanya berkekuatan 4lb-10lb. Nampak sangat penderitaan joran saya yang melengkung tersengguk-sengguk menahan junaman pemangsa. Biar patah janji strike!
tumpang gambar ni bro..hehehehe |
Sesekali pemangsa seolah-olah berjaya menyelinap ke dalam struktur tenggelam. Namun, ia berjaya saya keluarkan dengan melakukan sedikit angkatan dalam keadaan joran sentiasa berada dalam posisi mendatar 180 degree. Strategi kasar lawan kasar ini akhirnya membuahkan hasil apabila seekor Kerapu bagak yang cantik menjadi trofi sessi pancingan ini.
closed up beberapa ekor Kerapu yang menjadi mangsa udang getah |
Sessi selepas itu telah menyaksikan beberapa ekor Kerapu dan Ungah berjaya diperdayakan dengan menggunakan udang getah. Struktur kapal tenggelam ini benar-benar memberikan hiburan kepada kami dimana kami telah memberikan ruang masa yang banyak hanya untuk aksi di lubuk ini sahaja. Setelah berada terlalu lama di lubuk kepala kapal, kami mula bergerak ke hilir sungai untuk acara tundaan gewang dengan harapan 'jackpot' spesis-spesis bagak dari laut seperti GT, Lingkuh dan Selungsung. Namun, sessi tundaan hanya menyaksikan seekor anak ikan lingkuh berminat dengan tundaan gewang. So, tak payah tunggu lah.
hasil sessi pancingan dalam trip ini boleh dikatakan agak sedarhana. Apa yang penting, malam ni boleh makan ikan Kerapu steam ooooooo…hehehehe |
Jam menghampiri angka 5.30 pm apabila kami mengambil keputusan untuk mengakhiri trip ini. Kesimpulannya, sambutan penghuni lubuk sungai Tanggulian dan Sg Bundu tidaklah semeriah dahulu. Ada banyak faktor menyebabkan keadaan ini berlaku. Diantaranya adalah, aktiviti penangkapan ikan malampau tanpa kawalan seperti memukat, membubu, mengabat dan memancing tanpa had. Selain dari itu, sikap penggiat itu sendiri yang mengamalkan sikap ambil apa saja yang bernyawa telah menyumbang kepada kejatuhan mendadak stok ikan di kedua buah sistem sungai ini. Seperkara lagi, kami telah mendapat keputusan muktamad yang menunjukkan udang getah dari jenama mana paling effektif.hehehe…salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan