Isnin, 25 Ogos 2014

NANGNAK PART 1: EVOLUSI MANTAP DUNIA PANCINGAN

Kali pertama saya melihat dan menyentuh umpan Soft Plastic/SP adalah dalam tahun 1985. Ketika itu, abang sulung saya telah menamatkan pelajaran di USA dan pulang dengan membawa banyak barangan. Minat beliau dalam bidang pancing di tanah air, dibawa ke negara itu. Di sana, beliau tetap aktif memancing di beberapa buah sungai. Seminggu selepas beliau kembali ke tanah air, saya menolong mengemas barangan yang di bawa pulang. Selain dari pelbagai produk coklat, saya terjumpa sebuah kotak pancing yang penuh dengan umpan-umpan plastik pelbagai bentuk dan warna yang saya tidak pernah lihat sebelum ini. Memang pelik dan kebanyakan softplastik itu menyerupai cacing, ulat dan cicak
Koleksi peribadi terkini. Banyak sudah yang menjadi korban taring Ungah, Selunsung dan Titir. Tidak kurang juga yang menjadi korban rimba bangkar di dasar sungai. Koleksi ini akan sentiasa bertambah dari masa ke semasa
Jika tidak silap, saya terserempak dengan udang getah/live shrimp softlure awal tahun lepas dipasarkan di beberapa buah kedai pancing di Kota Kinabalu. Ketika itu, harga untuk udang getah bersaiz besar adalah RM 12.90 dan bersaiz kecil hanya RM 8.90. Kini, RM 12.90 hanya untuk bersaiz kecil..makin mahal laaaa..Hanya satu jenama sahaja yang ada iaitu jenama Zerek yang pernah dinobatkan sebagai winner best soft lure tahun 2012 .
Untuk spesis Snakehead sahaja…juga dari getah. Saya belum pernah cuba lagi di muara sungai untuk sebarang spesis  muara..Jika mau try..sila kan.
Tahun-tahun sebelum itu, selain menggunakan gewang hardbody, saya juga telah bermain SP atau soft Plastic dari pelbagai jenama seperti Storm, Berkley dan lain-lain yang seumpamanya di kawasan Muara Sungai hingga ke paya-paya liar untuk menjerat spesis snakehead.
Bujuk atau nama tempatan 'Badus' amat rakus apabila terserempak Sp Berkley
Ketika itu, saya tidak mengendahkan sangat udang-udang plastik yang bergantungan di kedai-kedai pancing kerana gewang hardbody juga telah memberikan keputusan amat positif. Namun, tidak lama kemudian, saya juga telah terdorong untuk membeli beberapa ekor udang Plastik tersebut dari jenama Zerek untuk bereksperimen di muara-muara sungai berhampiran (cerita Nangnak dalam post oktober,2013 bertajuk riang ria Nangnak Mandahan). Setelah menikmati keberkesanannya, masing-masing telah menyediakan Nangnak ruangan khas dalam kotak pancing sendiri. Akhirnya, kami menggelar semula udang getah ini sebagai NANGNAK..sebabnya?hehehe
Jalak juga meminati SP ini.
Kebanyakan softlure Zerek yang terdapat dipasaran sekarang adalah seberat 7gm untuk saiz 3.5” dan 15.5 gm untuk saiz  5”. Saya memiliki kedua saiz ini untuk persediaan dalam setiap trip memancing. Kedua-dua saiz ini adalah persediaan untuk kesesuaian keadaan arus sungai semasa. Saiz yang lebih berat digunakan jika arus agak deras dan sebaliknya untuk zerek seberat 7 gram.
warna killer
Diperbuat dari getah khas, binaan udang getah ini dengan kaki depan yang lembut menyebabkannya seolah-olah berenang di dalam air. Badannya yang terdiri dari beberapa bahagian akan membongkok dan lurus jika diaksikan secara sentapan pendek. Paling penting, matanya jenis fluoresen akan menyala di dalam air (glow in the dark) benar-benar menyerupai udang Sebenar.

udang 'steam' juga amat killer 
di kalangan penghuni lubuk
warna kegemaran untuk memperdaya Ungah
 disebabkan fizikalnya yang
amat menyerupai udang sebenar. Selungsung juga

pernah ditewaskan oleh Nangnak scheme warna ini
Terkini, terdapat keluaran baru Nangnak di pasaran dari pelbagai jenama seperti Kimkass, Anyfish, Starlit dan Hinomiya. Kesemua jenama ini juga telah berusaha menampilkan inovasi yang diketengahkan oleh Zerek sebelum ini. Walaupun, binaan getah jenama-jenama ini belum menyamai atau mengatasi Zerek, namun jenama ini telah memberi pilihan kepada pengguna dengan harga yang jauh lebih murah. Persoalannya, adakah prestasi softlure murah ini boleh menyaingi prestasi Zerek yang memang sudah terbukti kejayaannya…semuanya pasti terjawab dalam post yang akan datang.
warna scheme baru yang turut menjadi
kegilaan Ungah
Beberapa tahun lepas, saya pernah melakukan perbandingan prestasi
The most lethal weapon
warna top untuk Kerapu dan Ungah




Bestnya kalau memiliki 2 ekor scheme warna ini
gewang mahal dan gewang murah di muara-muara sungai. Keputusan dari perbandingan tersebut, gewang-gewang murah juga telah menunjukkan prestasi yang menakjubkan dari segi jumlah tangkapan. Kos sebiji gewang setelah dilakukan sedikit improvasi seperti menukar treble hook kepada jenis yang lebih kukuh masih lagi murah berbanding gewang yang sedia mahal (sila rujuk dalam post yang lepas). Ketika itu, saya berpendapat bahawa fizikal gewang tersebut hanya sebahagian faktor yang menyumbang kepada berlakunya strike. Saya percaya bahawa persembahan gewang, mengenali lubuk, pasang-surut, keadaan cuaca dan yang paling penting 'Rezeki' juga adalah elemen penting.
Oleh itu, keadaan yang sama mungkin berlaku kepada para Nangnak ini. Bukan jenama yang menjamin berlakunya strike tetapi faktor-faktor yang telah disebutkan tadi. Justeru itu, keputusan percubaan Nangnak murahan di masa hadapan pasti akan memberi impak terhadap view dan keinginan pemancing untuk beralih kepada Nangnak yang lebih murah. Dalam era serba mahal ini, para pemancing pasti akan berusaha menjimatkan perbelanjaan dalam bidang ini. Jika terlalu melayan nafsu membeli, belum sampai hujung bulan poket dah rabak.hehehe..bersambung








Tiada ulasan:

Catat Ulasan