Selasa, 26 Ogos 2014

NANGNAK PART 2: NANGNAK MURAHAN

Jualan yang amat menggalakkan Nangnak dari jenama Zerek telah mendorong syarikat-syarikat lain berusaha mengeluarkan Nangnak yang boleh bersaing di pasaran. Seperti yang saya telah sebut tadi, kini terdapat jenama-jenama Nangnak yang lain seperti Kimkass, Hinomiya, Anyfish dan Starlit, telah mengeluarkan Nangnak sendiri setelah gewang hardbody mereka juga telah mula menempa nama. Suasana ini amat sihat dan digalakkan kerana ia memberi pilihan kepada para pengilat untuk mendapatkan Nangnak yang jauh lebih murah. Persoalan yang berlegar, adakah Nangnak pesaing ini juga mampu memberikan impak sama seperti yang telah dibuktikan oleh Zerek?
deretan Nangnak dari jenama Anyfish yang menunggu masa untuk dijadikan juadah
Atau adakah ia hanya sekadar getah sekerap? Sekadar perhiasan kotak pancing? sebagai cendera hati?hadiah perkahwinan kawan sepancingan? atau saja untuk memeriahkan rak pameran di kedai-kedai pancing..hehehe.. Tidak ada cara lain untuk mengetahuinya selain dari turun ke lapangan.(dalam post yang akan datang). Kerana hanya para Ungah, Selungsung, Kerapu dan apa sahaja spesis yang punya jawapan untuk persoalan ini!..hehehe
Scheme warna yang agak menonjol dan 'tipis' memberikan persembahan yang agak baik. Ini lah aspek yang saya sentiasa sebut, jerat mata pemancing terlebih dahulu.hehehe 
Ada tak mana-mana product tester yang sudi menbuktikan keberkesanan Nangnak murah ini di lapangan? Jika ada, pengeluar jenama ini perlu menyediakan produk mereka secara percuma dan memberikan sedikit imbuhan jika sessi lapangan membuahkan hasil. Nampak gaya, teamlempayun juga yang akan melakukan eksperimen Nangnak Murahan dengan harapan sebarang keputusan positif secara tidak langsung mengizinkan para pemancing lain memiliki para Nangnak ini tanpa rasa terkilan.hehehehe..
Kimkass telah berjaya mengeluarkan gewang hardbody yang berkesan..untuk softlure ini..belum tau lagi bro. Perlu cuba juga ni.
Pandangan pertama saya apabila memiliki para Nangnak dari jenama pesaing ini amat jelas iaitu mereka juga boleh memberikan keputusan positif di lapangan jika kena caranya. Elemen-elemen lain seperti yang saya telah ungkapkan dalam post terdahulu juga pastinya akan membantu kejayaan sessi lapangan Nangnak murahan. Seperkara lagi, kemahiran mengaksikan Nangnak murahan ini perlu diasah agar dapat menyembunyikan kelemahan struktur badannya yang tidak lah selembut dan se 'natural' Zerek.
Jenama yang berjaya menghampiri fizikal Zerek. Siiiiikkkkkkkiiitttttt lagggiiii!!!!!
Menjadi tanggungjawab para syarikat pesaing supaya sentiasa berusaha meningkatkan kualiti keluaran Nangnak masing-masing dan sebaiknya boleh mengatasi kemampuan Nangnak yang sedia tersohor. Kadar kebergantungan kepada jenama tersohor ini juga pasti akan semakin mengurang. Realitinya, mata pemancing perlu dijerat terlebih dahulu sebelum menjerat Ikan dan lebih bagus jika kedua-duanya terjerat. Hehehe..apabila ini berlaku, Nangnak tersohor tersebut mungkin akan turun harga apabila ramai pemancing beralih arah kepada Nangnak murahan semata-mata kerana keberkesanannya ataupun save budget!....hehehehe..fikirkanlah..buat apa beli yang mahal jika yang murah juga mampu menjerat Ungah dan Selungsung!
Murah aja bro..beli dan cuba..tak rugi sebenarnya. Selain menjimatkan wang, anggap saja sebgai satu cabaran
Justeru itu, lubuk sesuai sudah pun dikenal pasti untuk eksperimen Nangnak murahan. Hanya perlu bersabar menanti keadaan cuaca yang mengizinkan bagi acara casting Nangnak..ada siapa-siapa berminat untuk join?..bersambung lah lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan