Rabu, 6 Ogos 2014

TANGGULIAN REVISITED pt 1:Menyelongkar Lubuk

03/08/2014 (ahad): Kami telah mengadakan trip penutup minggu raya di lokasi yang pernah memberikan kegemilangan kepada teamlempayun satu ketika dulu. Spot ini juga pernah diterbitkan dalam majalah sebuah majalah berkaitan aktiviti pancingan. Memang ketika itu, sambutan penghuni lubuk amat galak.
Kemahiran berdayung yang sudah dimiliki sejak kecil lagi diturunkan oleh beliaunya yang berkongsi minat yang sama…sungai!
Kami tiba di lokasi iaitu jeti Kg Kitang, Kuala Penyu seawal jam 6:00 am. Keadaan air ketika itu mulai turun surut sehingga ia mati kira-kira pukul 9:00 am. Selepas itu, air akan bergerak pasang sehingga ke pukul 2:00 pm. Pergerakan perlahan air yang menyongsong pasang pastinya akan memberi peluang kepada aksi udang getah dari pelbagai jenama.

Strike pertama oleh anak Kerapu yang mendiami bangkar tenggelam berhampiran pondok Nelayan. Kami menggunakan udang getah seberat 12 gram ketika arus bergerak sangat perlahan.
Tanpa membuang masa, kami memecut bot sewa dengan kadar RM 50 seharian ke sungai Tanggulian yang berjiran dengan sungai Bundu. Air agak jernih dan suhu air pun tidak terlalu sejuk. Lontaran pertama udang getah 12 gram ke timbunan bangkar kayu serta merta bersambut. Selanjutnya, lontaran udang getah diperhebatkan ke bangkar banat tersebut..hasilnya..hanya anak-anak Kerapu.

gewang selaman sedarhana jenama Surecatch tidak disangka berjaya memperdaya Kerapu yang selalunya mendiami struktur kayu di dasar sungai. 
Kami bergerak ke hulu sungai sambil menduga setiap spot lubuk yang dipenuhi oleh bangkar kayu. Boleh dikatakan setiap lontaran udang getah tepat ke sasaran iaitu dicelah-celah kayu dan tebingan. Malangnya, tiada strike berlaku dan kebanyakan lubuk-lubuk tersebut sunyi sepi. Kemana la pergi penghuninya..

sifat udang getah yang dibiarkan tenggelam ke kawasan bangkar pastinya mengundang serbuan Kerapu. Drag kekili perlu ketat untuk tidak memberi ruang kepada Kerapu menyelinap ke dalam bangkar
Air mula bergerak pasang perlahan apabila kami semakin menghulu sungai. Semakin ke hulu, semakin banyak bangkar tenggelam. Hati berbunga-bunga dan berharap setiap bangkar ada penghuninya. Sayangnya, hanya spesis Kerapu sahaja yang mendiami bangkar. Kami mengambil keputusan untuk berpindah ke sungai Bundu dengan harapan penghuni di sana tidak lah kedekut seperti penghuni di SungaiTanggulian.

bekal yang dibawa dari rumah. Simple saja, tapi kalau dah kebulur..belasah sampai licin.
Dalam perjalanan ke sungai Bundu, kami melakukan tundaan gewang dengan mensasarkan apa saja spesis yang berminat..janji strike! Tundaan gewang selaman dalam dan sedarhana dilakukan secara amat perlahan menghampiri tebingan sungai. Drag kekili dilonggarkan sedikit dan gewang dilepaskan kira-kira 20 meter di belakang bot.

Suasana alam semulajadi disekeliling kami membantu menyedapkan juadah yang dibawa. Memang diakui, suasana persekitaran juga membantu meningkatkan selera makan.
Sejurus memasuki sistem muara sungai Bundu, gewang Juan ditekan hebat secara tiba-tiba. Dia segera mengetatkan drag kekili dan mula mengawal arah larian ikan yang jelas menuju ke bangkar tebing sungai. Tekanan demi tekanan ikan mudah diserap dengan joran Lemax Pokta berkekuatan 6lb-12lb. Tidak lama kemudian, seekor Kerapu cantik bersaiz besar berjaya didaratkan.
Khusyuk menjamu selera ketika angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Kami meneruskan tundaan tanpa sebarang strike oleh itu kami segera bertukar ke acara casting dengan mengekalkan teknik yang sama. Kaedah penggunaan udang getah sebaik-baiknya akan saya jelaskan dalam keluaran akan datang. Lazimnya, lubuk yang berpenghuni pastinya akan memberi sambutan terhadap setiap udang getah yang dihantar. Jika tiada sambutan, pastinya lubuk tersebut tidak berpenghuni. Boleh dikatakan bahawa udang getah sebagai fish detector untuk setiap lubuk yang dilawati.

Tension tanpa sebarang strike dalam sessi pagi. Memang risau apabila dikelubungi oleh aura kumpau dari awal pagi lagi. Mati la ni kali....tak apa. ada lagi sessi petang.
Hari mulai panas terik, perut sudah semakin berkeroncong sebagai isyarat kami sewajarnya beralih ke sessi menghabiskan bekal.hehehehe..Tanpa berlengah, kami bergerak ke pondok Nelayan yang disediakan di muara Sungai Tanggulian. Bekal yang dibawa dari rumah segera dikeluarkan..dan bon appetite!..Kami memutuskan masa rehat sehingga pukul 2:00 pm…artikel bersambung..hehehe


Tiada ulasan:

Catat Ulasan