Teknik
Kejayaan terbesar rekod peribadi setakat ini bermain Nangnak adalah Kanai/ Tembaring/Black Bass |
Penggunaan Nangnak ini sebenarnya amat sesuai untuk pemancing yang gemarkan teknik karauan perlahan dan penuh kesabaran ketika beraksi. Jika pemancing tersebut dari jenis yang menggemari aksi
pantas, hanya sedikit masa diperlukan untuk membiasakan diri dengan softlure
ini. Peniruan struktur badan dan saiz udang sebenar memberi cabaran kepada
pemancing untuk mempersembahkan aksi Nangnak agar menyerupai udang hidup. Teknik yang
sesuai adalah Nangnak perlu dikarau amat perlahan sama ada sesekali menyentap
ataupun karauan lurus sahaja tanpa henti. Lontar dan biar ia tenggelam sehingga ke dasar atau menghampiri dasar sungai. Seterusnya, cabaran sebenar adalah usaha menjadikan Nangnak seolah-olah hidup.
Lulus atau tidak persembahan anda bergantung kepada jika berlakunya strike!
Kaedah
Nangnak amat sesuai digunakan jika spot tersebut penuh
dengan jerumun kayu, bangkar tenggelam, struktur kapal tenggelam, kawasan
berbatu dan kawasan terbuka. Jangan risau, oleh kerana matakailnya yang
tersembunyi di dalam badan, ia adalah kalis sangkut. Oh ya, wajib gunakan
perambut fluorocarbon saiz kasar sekurang-kurangnya 40 lb ke atas agar Nangnak kelihatan bersendirian. Kaedah kasar
lawan kasar pastinya menjadi pilihan untuk bertarung dengan penghuni struktur di bawah permukaan air. Biar joran patah, biar kekili barai asal jangan sangkut!hehehehe.. Antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk aksi
Nangnak adalah,
Anak GT yang bermain di sungai juga terpedaya dengan Nangnak ini |
Kerapu sebagai pelanggan tetap kepada Nangnak yang suka berlegar di dasar sungai |
Pertama, hampiri lubuk dengan amat senyap. Saya akan behentikan enjin bot 50 meter sebelum tiba ke lubuk dan hanya menggunakan pengayuh untuk
bergerak menghampiri lubuk (thruster tak mampu beli lagi broo,.hehehe)..Sauh
tidak akan diturunkan sebelum lubuk diuji. Jika terdapat sebarang tanda awal kewujudan pemangsa, sauh akan diturunkan dengan amat perlahan. Kedudukan bot perlu berada seiring dengan spot dan jarak antara bot dan spot pula
sekurang-kurangnya 30 kaki. Rakan atau anchorman yang membuang sauh pasti akan dihumban ke
dalam sungai jika sauh yang dibuang secara semberono. Bunyi kocakan air dan
jatuhan kasar sauh ke dasar sungai pasti akan menakutkan ikan dan menyebabkan mereka bertempiaran lari meninggalkan lubuk. Buat penat aku
berkayuh sahaja!
Ungah adalah mangsa Nangnak yang amat lazim! |
Selungsung termasuk dalam senarai mangsa godaan Nangnak |
Nangnak amat sesuai dimainkan di dalam sungai berpaya bakau yang sempit dan dipenuhi dengan jerumun kayu |
kedua, drag kekili perlu diketatkan kerana
untuk bermain dengan pemangsa yang mengawal sarang, jangan benarkan ia
menyelinap ke dalam sarangnya. Kata Pak Wong satu ketika dahulu, ‘untuk
menangkap harimau, perlu masuk ke jerumunnya.’ Oleh itu, pastikan kekili dan
joran anda berada dalam keadaan tip top agar boleh menahan bebanan mendadak(strike). Kekuatan joran dan kekili bergantung kepada spesis yang anda
buru, Saya menggunakan joran berkekuatan Pe1-3 dan kekili spinning
Shimano Navi 4000 untuk memburu Kanai?Tembaring. Untuk set BC, Curado dipasangkan dengan joran 10-25 lb mungkin memadai. Saya tidak pasti apa akan terjadi jika terserempak dengan Kanai bagak!.Sekali lagi, pastikan joran
dan kekili dalam mod operasi jika tidak, anda pasti dikhianati oleh peralatan
sendiri.
Ketiga, Nangnak terus dihantar ke spot sasaran terutamanya spot yang ada struktur timbul seperti hujung bangkar kayu. Biarkan ia tenggelam dan sebaik sahaja ia mencecah ke dasar, karau Nangnak dengan perlahan dan sesekali melakukan sentapan pendek seolah-olah udang melenting. Sebaiknya biarkan Nangnak lama sikit bermain di radius sambaran pemangsa. Selalu sangat Nangnak di sambar ikan ketika ia jatuh ke dasar sungai dan sewaktu dikarau naik. Bersedia untuk strike! Jika terasa Nangnak melanggar sebarang struktur, berhenti dan biarkan ia turun semula, selepas itu karauan akan dimulakan semula.
Ketiga, Nangnak terus dihantar ke spot sasaran terutamanya spot yang ada struktur timbul seperti hujung bangkar kayu. Biarkan ia tenggelam dan sebaik sahaja ia mencecah ke dasar, karau Nangnak dengan perlahan dan sesekali melakukan sentapan pendek seolah-olah udang melenting. Sebaiknya biarkan Nangnak lama sikit bermain di radius sambaran pemangsa. Selalu sangat Nangnak di sambar ikan ketika ia jatuh ke dasar sungai dan sewaktu dikarau naik. Bersedia untuk strike! Jika terasa Nangnak melanggar sebarang struktur, berhenti dan biarkan ia turun semula, selepas itu karauan akan dimulakan semula.
Nangnak steam membuka selera Ungah juvenile |
Keempat, jika arus sungai agak kuat, gunakan Nangnak 15.5
gram dan boleh juga ditambah dengan pemberat. Lontaran Nangnak hendaklah jauh
ke atas arus dan karauan perlahan dilakukan serentak Nangnak dihanyutkan arus
dan bersedia apabila Nangnak menghampiri atau melintasi spot sasaran. Jika arus
sungai agak perlahan, amat sesuai jika menggunakan Nangnak 3.5 inci dan 2 inci.
Permainan Nangnak ketika itu lebih banyak tertumpu dalam perimeter reba/bangkar
atau jerumun.
Memang Nangnak steam ini menjadi item paling hot di lubuk Kerapu |
sungai cetek dan berbatu adalah spot terbaik untuk bermain dengan Nangnak |
Anda
hanya perlu mengawal larian pemangsa dan menghelanya keluar apabila peratus
kejayaan mula berpihak kepada anda. Jangan lupa untuk memeriksa perambut
selepas berjaya mendaratkan pemangsa. Jika keadaan perambut luka atau calar,
jangan teragak-agak untuk menukar kepada perambut baru. Jika anda tidak rajin sikit, pasti anda akan berputih mata!selalu sangat berlaku ni broo..trust me!
Pemberat 4 gram hingga 6 gram digunakan untuk membantu Nangnak tenggelam ketika dilanda arus deras. |
Mangsa-mangsa Nangnak yang bergelimpangan di belakang Pick-up. |
Bermain dengan Nangnak sebenarnya merupakan satu lagi cabang seni dalam dunia pengailan. Kemahiran anda meng'hidup'kan Nangnak menunjukkan aras kreativiti anda sebagai Pemancing. Kesabaran, ketekunan dan keyakinan anda mengaksikan Nangnak akan berbayar tunai apabila anda mendapat strike padu dari mangsa godaan Nangnak anda. Saat itu, anda mula bertekad untuk memikirkan kotak pancing yang lebih besar dan luas agar terdapat lebih ruang untuk Nangnak yang anda akan pajak di kedai-kedai pancing nanti..hehehehehehe..bersambung lagi bro...