Selasa, 13 Julai 2010

Trip sukaria takat 350 part 1

Jumaat 09.07.2010: Aku mengikuti trip memancing yang berpangkalan di Kota kinabalu dengan menggunakan khidmat kapal pancing Seastar 1 yang dikemudikan oleh tekong Masdin.Aku adalah peserta yang paling lewat tiba di jeti kerana masalah ketiadaan kenderaan yang terpaksa diselesaikan terlebih dahulu. Akibatnya, Aku tiba lewat kira-kira pukul 3:25 pm setelah jenuh menunggu brader yang terpaksa menyelesaikan urusan keluarganya terlebih dahulu sebelum menghantar aku ke jeti KK. So, mohon maaf seikhlas hati dari Lempayun kepada semua rakan pemancing dalam trip itu.
Seastar 1 yang menjadi Floating house kami untuk 2 hari dan 2 malam.

Keadaan hujan lebat ketika aku tiba dan air yang agak surut menyukarkan aku untuk akses secara langsung ke kapal. Oleh itu, tekong dan anak kapal terpaksa sedikit berkerja keras memindahkan baranganku ke dalam kapal, manakala aku terpaksa melalui 5 buah kapal untuk tiba ke Seastar 1. Perjalanan diteruskan ke takat 350 dalam keadaan hujan lebat.Dalam perjalanan, aku menggunakan sedikit masa untuk menyediakan set pancingku dan perambut agar tidak hura-hara apabila tiba di lokasi. Perjalanan bot yang agak perlahan dan jarak ke lokasi sudah pasti akan mengambil masa yang agak lama. Oleh itu, peralatan perlu disediakan untuk menjimatkan masa persediaan ketika di lokasi nanti. Selepas itu, masa akan diisi dengan borak kosong ataupun layan mata di kabin untuk mengumpul tenaga. Kesilapan ramai para pemancing adalah, sejurus bot tiba di lokasi, barulah mereka mula bergagau menyediakan pancing dan perambut. Malahan, ikan pertama didaratkan, dia baru mau ikat matakail..alahai.
Sessi berborak menjadi pengerat tali silaturrahim apabila sekian lama tidak bertemu.

Jam menghampiri pukul 8 malam ketika kami tiba di takat pertama. Keadaan laut bergelora dengan deruan angin yang agak kencang. Kapal beroleng menyukarkan aktiviti pancingan. Tambah memburukkan keadaan apabila generator mengalami kerosakkan yang memerlukan masa untuk dibaiki. Keadaan bergelap di dalam kapal menyebabkan ramai di antara kami mengalami mabuk sedarhana. Aku merasa mabuk ringan, pening dan sakit kepala. Keadaan ini mendorong aku untuk berbaring tidur untuk merehatkan kepala. Lagipun, mau mancing apa dalam keadaan gelap. Beberapa jam kemudian, generator berjaya dihidupkan dan kapal mula terang benderang dengan lampu. Namun,keadaan laut yang masih bergelora dan perasaan mabuk yang masih terasa menyebabkan mata di layan hingga ke pagi..hehehehe..ikuti kisah selanjutnya dengan aksi yang lebih menarik.

1 ulasan: