Pagi tadi,aku dan Juan ke bagang Bongawan.Kami hanya berdua apabila Tay saat-saat akhir menarik diri kerana urusan yang tidak boleh dielakkan.Cuaca baik, laut teduh dan pusu pun tip top.Lempayun dengan tangkapan ikan putih yang berselera dengan pusu segar di awal pagi.Boleh tahan juga fight dengan appolo saiz 12 dan braided 12 lb.hehehe..memang karan.
Juan dengan ikan putih yang menyambar umpan pusunya.
Nak amat, Ke Talip dan Tekong Bongsu Manan beraksi sebagang dengan kami.
Uwa Nawi sedang fight dengan pemangsa yang agak liat ditewaskan.Setelah hampir 25 minit,mangsa tewas iaitu seekor pari anggaran berat 4 kg hingga 5 kg.Malangnya, Pari tidak berjaya didaratkan apabila rontaannya dibibir bot berjaya memutuskan appolo bersaiz 12 nya.katanya,kempunan kan ngibar-ngibar petang ni.hehehehe
hasil tangkapan kami kurang memberangsangkan memandangkan pergerakkan arus tidak begitu kuat.maklumlah,air alan menyebabkan ikan kurang aktif.hanya lauk putih,kirung-kirung,kurisi,jarang gigi,rumahan,titir dan pilajau besar antara spesis yang kami naikkan.walau bagaimanapun, sedap juga makan segar yang dirabus..hehehe.
Sabtu, 14 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan