
Setiap kali aku kembali dari laut dalam,bukanlah kepuasan memancing yang diperolehi semata-mata.tetapi,apabila sampai di rumah, rasa tidak sabar melihat aksi beliau dan keluarga terhadap hasil yang dibawa balik.Semua jenis ikan boleh dibeli tetapi saat-saat begini tidak ternilai harganya.Syukur kerana aku dapat merakamkan saat-saat ini.

Selesai mencuci peralatan pancing,aku mandi dan bersedia menjamu hidangan segar dari laut yang dimasak oleh beliau.Aku tak akan temui perkara ini jika menginap di istana mahupun White House.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan