Sabtu, 14 November 2009
Bot teamlempayun
Sebagai pemancing pengilat, penggunaan bot adalah amat penting sebagai tool yang dapat meluaskan arena casting.Untuk membelinya agak mahal kecuali jika berkemampuan.Oleh itu,membina sendiri adalah jauh lebih murah berbanding membeli.Memang tidak cantik laa,tapi kualiti tidak boleh dipertikaikan.Tebal dan ngam campuran.Faham-faham sajalah jika bot kilang ani.pengeluaran bot adalah dengan penggunaan kos yang minimum dengan keuntungan yang maksimum..hehehe..nasib laa kepada pembeli.Projek pembinaan bot lempayun diselia oleh lempayun sendiri dan tenaga kerja terdiri daripada Juan dan Nurjaini.sehingga proses ini,modal yang kami guna tidak sampai RM 500..sekali lagi..RM 500.dijangka siap dengan modal terpakai berjumlah RM 900 hingga RM 1000.Berbaloi laa..sebab panjang bot 18 setengah dengan lebar hampir 4 kaki.mana mau cari bot semurah ini?lagi satu, terimakasih tak terhingga kepada cikgu Jais kerana sudi meminjamkan bengkel dan peralatannya.malahan,beliau ringan tangan dengan selalu menghulur pertolongan dan memberi khidmat nasihatnya.tengkiu dan tengkiu.Projek ini dijalankan selepas waktu persekolahan. Mula-mula,Gam diratakan di atas badan bot untuk melekatkan aluminium foil.tujuannya,fibermat tidak akan melekat ke badan bot apabila ditanggalkan dalam proses akhir.aluminium foil diratakan diatas badan bot menggunakan roller agar lekapan setiap inci akan sekata.Fiber mat diletak di atas badan bot yang telah disalut dengan aluminium foil dan dipotong mengikut ukuran.Proses menekap mengggunakan fiber mat dan resin.bahagian ini adalah kritikal kerana campuran mesti ngam,kalau tidak..sure tak jadi punyaaa.Tak sia-sia aku berguru dengan Ag Pelilah.Boat yang belum lagi dikemaskan setakat ini menggunakan tidak sampai RM 500 modal dipakai.Hanya perlu pasang penara dari PVC,kerusi dan kundang tempat sangkut enjin.final touching would be painted as well.memang tak lawa..tapi puas hati bro!nilai sentimental tinggi wooo.Aktiviti ini sebenarnya dapat mengukuhkan ikatan persahabatan dikalangan ahli teamlempayun agar sentiasa bersatu hati dan berkerjasama.kepada ahli teamlempayun,bila la mau rasmi ini bot?hehehehe
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya nk jual boat bots fiber 12 kaki..
BalasPadamnk beli x?
harga nego..
u letk harga...
tapi bots cat dye dh tertaggal....but u boleh cat balik kn.. :)