KEBUN LEMPAYUN
Sayur yang kelihatan segar amat menyelerakan dan lazat jika dimasak dengan cara apa pun. aku sendiri lebih suka jika dimasak SEPOHON..memang lazat. Ia juga boleh dimakan tanpa was-was kerana terhindar dari sebarang penggunaan racun ataupun baja. Tanah yang dicampur dengan hampas sawit menjadi kompos semulajadi dan amat subur.
Hobi menanam sayur, selain dapat menjimatkan perbelanjaan, ia juga amat berfaedah dari segi penjagaan kesihatan. Aku dapat maklumat bahawa, 80 % racun yang digunakan oleh penanam sayur komersil tidak pernah didaftarkan di Jabatan Pertanian Sabah. Maknanya, racun tersebut diperolehi secara haram(seludup). Oleh itu, penggunaan racun tersebut adalah salah dan terlarang. Tapi, siapa peduli, asalkan daun nampak cantik, gemuk dan segar. Kesannya?anda fikirkan.Buah Tembikai terutamanya...jangan main-main..nampak sedap..TAPI..mempunyai kadar racun yang amat tinggi.faham-faham sajalah, Tembikai ani banyak musuh.Kalau sayur, paling merbahaya adalah KOBIS...ingat..KOBIS.Memang sedap, tapi sayur ni paling susah mau jadi jika tak cukup racun dan baja.satu hari lupa diracun, abis daunnya..ni paling banyak musuh.Musuh pun dah lali dengan racun lama, so, digunakanlah racun paling power.Maklumat ni dari Juan yang tamat belajar di UPM.Pelajar UMS pernah membuat kajian, kebanyakkan bakteria yang dijumpai di gulayan Kobis adalah E COLI. Bakteria ini hanya terdapat dalam najis manusia. Maksudnya, mereka GUNA BAJA NAJIS MANUSIA LAH...ringkasnya..TAHI..hehehe.Mbari kambang liur!Bertanam sayur juga merupakan satu terapi. Jiwa dan minda rasa tenang ketika bertanam sayur. Anda boleh berkomunikasi dengan sayur yang anda tanam. Luahkan perasaan kecewa anda kepada sayur kerana terlepas Selungsung Bagak ataupun kena kunyanyang bini pasal malar casting saja, pasti anda akan rasa lega.tidak hairanlah, sami-sami shoalin suka bertanam sayur daripada menternak ngok2..hehehe..vegetarian bah diorang atu.Disamping itu, aktiviti ini dapat menguatkan lagi ikatan kekeluargaan.Kadang-kadang mun ku lambat balik dari casting,mentuaku jua yang nyiramkan gulayanku.Sayur yang aku tanam terdiri daripada Bayam Taiwan,Kai Choy, Sayur Pahit, Kailan( 2 ani favourite ku!)sayur Bunga Besar, Sayur Daun, Sawi dan lain-lain. Selain dari itu, aku juga menanam Terung, Kacang Bendi dan Tomato.Menurut kajian, lelaki Spanyol adalah penghidap barah Prostat paling sedikit dimuka bumi ini. Sebabnya? diorang suka makan TOMATO begitu sahaja. So, kalau tanam Tomato, makanlah sebiji dua sementara menunggu enjin kereta panas.!Oleh kerana mentuaku ani campin men sup(maklumlah...Jawa),biniku menanamkan daun sup dalam pasu. So, tak payah ke kedai membeli, turun saja ke kebun Lempayun, ambilah secukup rasa. nanti tah mun ada peluang, aku jamu rakan-rakan semua makan sup ekor dan tulang di rumah.Penggiliran tanaman juga perlu dilakukan agar bekalan gulayan tidak berputusan.Lain sayur yang dituai, lain benih yang dicambah.biasanya, 2 hari selepas dicambah, ia mula berputik.tiga minggu selepas itu, bolehlah dituai sambil menyanyikan lagu tuai padi antara masak dengan bini ataupun mentua bini.berikut adalah sebahagian dari panorama kabunku. Tomato tu merupakan buah pertama yang masak dan berakhir riwayat hidupnya dalam mulutku.Bendi tu, rendah pun dah mula berbunga..nde batah lagi berbuah tah tu.antam dengan sambal belacans..mentua bini mengurabat di dapur pun buat-buat inde nampak.Bertanam sayur organik tidak memerlukan modal besar. Jika tidak mahu pasu, gunakanlah plastik bayung saiz 12. Tanah sekarung harga Rm 2.50 jika ambil sendiri.Kalau minta orang ambil, harga meningkat kepada RM 6.Biasalah, Kos pengangkutan dan man power.ini anak kailan yang baru ku pindah dari tapak semaian dan anak sayur pahit rendahku yang berusia tidak sampai 2 minggu.Bendiku pun berbunga,cantik bunganya.
Sekarung tu boleh dapat 20 hingga 25 bayung. Tanah boleh pakai 2 kali dan seterusnya boleh dicampur baja tahi ayam..jangan tahi Ngok2..ingat tu!Satu bayung, satu pohon...tak lumayan kah tu?fikir-fikirkan...dan lagi, hargai kesihatan diri dan keluarga.terutamanya anak-anak.DITAKUTI...umur baru 40an, mula dah sakit-sakit tulang dan sendi..ni kesan sayur beracun lah ni..kesan jangka panjang bah...jika begini...AMACAM MAU CASTING???JAWAB AHHH!!!ikhlas...lempayun
Khamis, 5 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan