Isnin, 2 November 2009

Barra Tewas Lagi


Rentetan kejayaan Team Lempayun apabila Lempayun sendiri mencatat sejarah peribadi tadi di Muara Membakut. Air cun pada 1.5 m dan agak jernih.Seekor Selungsung seberat cun 3 kg berjaya didaratkan. Gewang Hinomiya Hitam Gold benar-benar killer. Sambaran kali pertama terlepas setelah Selungsung melakukan lompatan. Peristiwa ini menyebabkan perutnya sakit. Semak berhampiran menjadi tempat buangan sisa toksid. Cast disambung kembali dan sambaran padu berlaku pada cast ke 4..hook up!!. Perlawanan agak lama dengan drag yang amat longgar. Tidak sampai 10 minit, Selungsung berjaya disauk oleh Juan. Rekod team lempayun di Muara Membakut;
1. Selungsung 2.5 kg oleh Juan
2. Selungsung 10.5 kg juga oleh Juan
3. Selungsung 3 kg oleh Lempayun
Yang terlepas tu jangan cerita laa…ber ekor-ekor!so..jangan lupa intai air cun di Muara Membakut jika mau lesen Selungsung.

Kejayaan petang tadi bertambah manis apabila Selungsung berjaya ditewaskan di hadapan founder gilakail.Beliau dijemput datang pukul 3.00 pm untuk sama-sama casting.Awal lagi beliau mengatakan kedatangannya hanya sebagai saksi dan di hujung sessi, memang benar beliau menjadi saksi..hehehe..terimakasih lah belacans.Lain kali, kita turun lagi. mana tau giliran mu pula.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan