Jumaat, 27 November 2009
Mysterious interrupted (Revo pecah dara)
Petang khamis, kira-kira pukul 2.30 pm,aku turun casting di Lubuk sampah.Keadaan agak terik dan tenang tidak berangin.Air sungai agak kehitaman dan pasang pada paras 1.1m. Aku bersenjatakan Abu Garcia Reco Salty Stage mula menghayunkan gewang Halco cina.Ketika sedang leka menggewang, aku segera perasan sebatang ranting kayu yang bercabang 3 jatuh behampiran disebelah kiriku. Apa hal ni?siapa punya angkara?toleh belakang,kiri,kanan tiada sebarang makhluk kasar.Aku buat tak tahu namun bulu roma ku serta merta berdiri semahu-mahunya.Aku teringat kata ustaz Nazri bahawa makhluk tu suka kawasan kotor dan bersampah.Ia ada berdekatan jika bulu meremang secara tiba-tiba.Rasa cuak dan galat tiba-tiba menyebabkan aku pindah ke hujung berdekatan kereta.Hampir pukul 4 pm, Tay datang,namun aku tidak buka cerita,risau juga dia serik datang..hehehe.Aku mula bermain dengan baitcaster dalam tahun 2002,apabila aku meminjam baitcaster Gadafi dari jenis Shimano Calcutta. Tidak lama untuk memahirkan diri,namun bekalan gewang yang kurang dan mahal menyebabkan aku lebih kepada focus kepada bottom fishing. Untuk kaedah ini, spinning reel adalah lebih convenience.Baru ni aku kembali kepada baitcaster untuk lebih enjoy fight.Abu Garcia Salty Stage disambar sebagai beginning. Penggunaan braided 15 lb dari jenama Powerpro sementara sahaja sebelum braided khas yang ditempah tiba. Joran Fenwick juga untuk sementara kerana joran yang ku tempah juga belum lagi tiba.Hanya perlu 10 kali lontaran untuk mendapatkan semula rentak lama..hehehe..alhamdulillah, kini aku amat selesa menggunakannya2 mangsa awal Revo ku adalah mascot KeruakPatinAfrika. Bolehlah sebagai karan.Akhirnya petang khamis tu, Revoku pecah dara dengan Ungah skala hampir sekilo. Larian padu dapat dikawal dengan drag Revo yang mantap dan stabil. Tay segera merakamkan saat-saat istimewa tersebut. Nampak gayanya, kekili sasaranku selepas ini adalah dari jenis baitcaster. Marilah rakan-rakan TeamLempayun, dapatkan baitcaster dalam koleksi pancing anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Salam..nk tnye ni bro..pasal reel revos VS ni..ok sgt2 ke performance dia? jarak cast leh jauh mcm reel lain? aku berkenan jugak tp ingt nk amik VS-1..tombol besar tu..hehehe..cadangnye..
BalasPadam