Ahad 19.10.2010: sehari selepas mengelepar di muara Bongawan, kami mencuba nasib di muara Mandahan memandangkan keadaan air yang agak jernih. Keadaan air surut menyebabkan kami terpaksa mengheret bot ke gigi air. Setelah berhempas-pulas, akhirnya bot yang terapung di permukaan air menimbulkan kuntuman senyum. Seketika kemudian KOB datang dengan bekalan kuih-muihnya..hehehe..syukurlah, tidak lah naik dugal nanti.
Gewang yang sama hook up Ungah mengelepar kelmarin,kini hook up Kerapu pula.
Kami memulakan acara dengan kaedah trolling menggunakan gewang minnow memandangkan keadaan sungai yang agak cetek dan landai. Hanya satu pusingan, aku mendapat sambaran dari seekor Kerapu. Satu permulaan bagus..hehehe.
Membersihkan lubuk untuk memudahkan gewang dihantar ke spot yang dikehendaki.
Kami menghulu dengan kaedah trolling dan berhenti di lubuk pokok untuk cubaan mengilat. Keadaan air yang agak surut mendedahkan struktur lubuk yang telah agak kosong dengan bangkar. Atas sebab itu, ikan telah berpindah lubuk dan hasil casting adalah kosong.
Selungsung juvenile yang menyambar ketika aku berhenti untuk meleraikan tali yang berselirat.
Kami kembali ke muara dengan teknik trolling. Aku mendapat satu sambaran yang agak kuat namun rabut. Oleh itu, aku maneuver bot ke muara dan mengulangi tempat yang sama. Tanpa disangka, gewang ku yang berpeluk dengan gewang Pjal menyebabkan gewang KOB bersendirian ketika dihentam oleh seekor Selungsung Juvenile.
Selungkang yang meminati gewang abu tormentor
Perlawanan tidak lama tetapi nampak menyeronokkan. Setelah beberapa kali junaman, Selungsung akhirnya tewas. Ia juga merupakan Selungsung pertama KOB. Tahniah!
gewang yang sama.INGAT! 2 ekor ikan untuk satu gewang yang sama.BUKANNYA seekor ikan untuk 2 gewang yang berlainan seperti yang selalu dilakukan oleh kaki AUTA!!
Acara selepas itu lebih banyak kepada teknik casting di beberapa lokasi. Namun, suhu air sungai yang sejuk benar-benar menyebabkan Ungah lebih suka berselimut. Akhirnya, kami menamatkan trip kira-kira pukul 10:30 dalam keadaan cuaca mula mendung.
Boleh lah untuk trip yang hanya beberapa jam.
Kesimpulannya, keadaan suhu laut yang sejuk juga mempengaruhi suhu sungai akibat tiupan angin dan pasang surut. Memang harapan tidak diletakkan terlalu tinggi untuk kejayaan trip. Cukuplah sekadar melihat renangan gewang, perbualan dan gelak ketawa sudah boleh menghiburkan hujung minggu. Apapun akan datang, diharap musim kemarau akan menjanjikan trip casting yang meriah dengan strike.salam
Rabu, 22 Disember 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan