Ahad, 19 Disember 2010

MJ yang MENGELEPAR..hehehehe.

Sabtu 18.12.2010: Aku, Tay dan cikgu Faizal, beraksi menduga muara Bongawan setelah agak lama ia sepi diselubungi kekeruhan. Ketidak sabaran untuk casting sentiasa melonjak dalam diri. Memandangkan hujan telah tidak turun beberapa hari yang lepas,kualiti air semakin baik.
MJ yang sempat mengelepar setelah menyambar gewang patut sedar di mana ia berada. Sebaiknya, ia harus duduk di dalam lubuk ketika suhu sejuk begini daripada menunjukkan kesamsengannya yang bila-bila masa boleh lenyap dek keceluparan mulutnya mengerkah gewang.

Perkara yang saya amat pasti akan menjejaskan jumlah strike adalah, suhu air yang sejuk dan kapasiti air paya yang pekat kemerahan dari kawasan tadahan Desa Hatchery. Kira-kira pukul 6:30 am kami mula casting di lubuk Kerapu.gewang storm bersilih ganti dihantar ke lubuk. Sambutan tetap sepi disebabkan jelas suhu air amat sejuk ketika merendam kaki awal pagi tadi.
Sempat melatih jari jemari membuat ikatan FG sebelum pulang ke rumah

Ombak amat kuat menutup muara sungai menyebabkan ramai kaki pancing bagang terkandas di muara. Kami masih tetap setia casting tanpa henti di beberapa buah lubuk.apabila air semakin berwarna merah, kami menamatkan trip kira2 pukul 9:00 am dengan acara trolling. Tanpa disangka, gewang storm clown ku disambar oleh MJ MENGELEPAR dipertengahan sungai.hanya sekejap sahaja, ia berjaya ditewaskan untuk acara penutupan.
Secara keseluruhan, suhu air yang amat sejuk dan air paya yang tawar mengganggu keaktifan Ungah. Namun begitu, gian telah terubat dengan acara yang telah mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami.salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan