Tidak lama dahulu, bot yang dalam proses pembuatan, terpaksa diberhentikan buat seketika disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Tahun 2011, nampaknya operasi pembuatan bot teamlempayun akan diteruskan di lokasi berbeza. Kira-kira pukul 1:30 pm, waktu rehat sebelum Latihan Dalam Perkhidmatan berkenaan perfailan disambung semula, kami telah ke Kg Talun untuk mengambil bot yang kira-kira 70 peratus siap. Kami telah menggunakan khidmat bekas pemain bolasepak negeri Sabah iaitu pertahanan kental, Jainin Tinin.
Bot yang telah nampak bentuknya diangkat ke atas lori.
Bot yang dianggarkan sepanjang hampir 17 kaki ini hanya perlukan beberapa bahagian yang perlu di buat seperti Kundang, Penara, tempat duduk, tulang lantai dan akhirnya finishing.
Siapa yang tidak kenal dengan Jainin Tinin. Beliau masih mampu mengekalkan bentuk badan unggul sebagai pemain bolasepak
Bot diletakkan dibelakang bengkel kemahiran hidup. Di sini, kami pasti akan menemui masa terluang di sebelah petang untuk mengerjakannya.Jika cukup bahan-bahannya, ia dijangka akan siap dalam tempoh 2 minggu.
Begini lah kedudukkannya. Rakan-rakan nampaknya sudah kelihatan bersemangat untuk menyiapkan bot ini. Di manakah bot ini bakal diletakkan?belum diputuskan.
Kepada rakan-rakan lain, jika berminat untuk berkongsi pengetahuan dalam aspek pembuatan bot fiber, kami sudi membantu tanpa sebarang bayaran. Sekian.
Sabtu, 22 Januari 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
saya berminat nak belajar samada melaui paper atau praktikal...email saya shahruligan@gmailcom.terima kasih
BalasPadam