Selasa, 24 Ogos 2010

projek tukun 1

Hapuskan tempat pembiakkan nyamuk Aedes!

Melihat tayar-tayar yang terbuang di sebuah bengkel tayar Membakut, teamlempayun mengambil inisiatif untuk memanafaatkan tayar terbuang ini. Selain dijadikan pasu bunga, ia sepatutnya dijadikan sesuatu yang lebih berguna kepada para pemancing seperti kita.Oleh itu, tanpa berlengah kami memulakannya. Terimakasih kepada tauke kedai kerana memberikan tayar ini secara percuma.
Kereta Juan yang sarat dengan tayar terbuang.Apa guna pick up kalau bukan untuk pemancing!


Seperti kata pepatah, hendak seribu daya, dengan sedikit kos dan keringat,usaha berterusan ini akan menjadikan tayar-tayar terbuang sebagai rumah ikan atau FAD fish aggregation devices di tiga buah sungai iaitu sungai Bongawan, sungai Membakut dan sungai Kimanis.Ketiga-tiganya memang telah terbukti dihuni oleh Ungah dan Selungsung.
Aku pun sarat woooo!bersusah-susah dahulu, berenjoy-enjoy casting kemudian.hehehe

Tayar-tayar ini diangkut ke sekolah, khasnya ke bilik kemahiran hidup yang penuh dengan peralatan untuk mengerjakannya. Lagipun, bekalan sumber manusia juga berlimpahan dan boleh digunakan bila-bila masa.Hehehehe
Budak-budak sedang menunggu pintu dibuka untuk tayar dipunggah ke dalam bilik

Pembinaan tukun tiruan ini sebenarnya menggalakkan kita untuk mengaktifkan aktiviti casting. Janganlah kita terlalu berharap kepada FAD semulajadi kerana ianya agak terhad di beberapa lokasi. Oleh itu, tidak salah untuk kita membina rebannya.Saya tidak setuju dengan kaedah penebangan pokok bakau untuk dijadikan rumah ikan sepertimana yang dilaporkan dalam majalah pancing keluaran julai kalau tidak silap.Perlu diingat, hutan bakau adalah nurseri ikan, so,jika ditebang kita secara tidak langsung membantu mempercepatkan kepupusan hutan bakau ini.Begitulah terdesaknya mereka di sana untuk mencari lubuk terbaik. saya harap, kita tidak mengikuti contoh yang tidak sepatutnya itu di sini.
kelas kemahiran mengikat yang dikendalikan oleh salah seorang ahli teamlempayun.Korang kalau tak belajar rajin-rajin, beginilah nanti kejadian korang.jadi kulikang!!ada mau??hehehehe

Untuk membinanya, kami mengikat 8 biji tayar untuk membentuk satu bulatan dalam keadaan ia berdiri.Setakat ini, kami telah memiliki 4 buah set tukun tayar yang bersedia untuk dibuang dalam masa terdekat ini.Lokasinya?hehehehe...penat woooo buat.
Beginilah sepatutnya nanti di dasar sungai.alahai, kalau ada 30 hingga 40 set begini, banyaknya lubuk..hehehe

bata dijadikan sebagai sauh dikiri dan kanannya untuk mengelakknya dihanyutkan oleh arus deras. Ianya bersifat sementara kerana, apabila ruang bawah tayar dipenuhi oleh lumpur, ia akan melekat kukuh ke dasar sungai. Untuk lubuk yang dalam, kami akan membuang set tayar secara bertindih.Ia boleh menjadi apartment Ungah.hehehe

Kesimpulannya, teamlempayun menyeru kepada semua para pengilat agar mengikuti jejak langkah kami. Disamping dapat membantu kerajaan dalam usaha memerangi demam Denggi, ia juga menjadi aset kita untuk aktiviti mengilat yang lebih menyeronokkan. Kepada team-team lain, usaha murni ini boleh dijadikan contoh. kami sedia membantu anda dalam mana-mana hal yang kami mampu. Semoga, dimasa hadapan, selain dari kita berkongsi ilmu, kita juga boleh berkongsi lubuk.Nantikan sambungannya. salam ikhlas dari lempayun.

3 ulasan:

  1. NDA CUKUP BATANYA ATU NGAH...kalau rajin dan ada modal,separuh tayar tu simen,nda pun sebiji tayar 6biji bata.kalau mau jimat kos.pakai tiang nibung,tali dbwah jd sauh,ikat tayar kemudian hujung baatu..mun miatu nganya,hanyut oleh arus...mcam teknologi bagang bah tiangnya..selamat betukun tiruan..kerapu tetap port...insyaallah

    BalasPadam
  2. aku ani nda jua terrer la dlm tukun menukun ani tapi melihat dari cara kamu membuat tukun dari tayar atu memang sah lah...... nda salah.... atau nya bahasa cina 'ngam' wooo.... tapi kalau berani jgn kasi rahsia lubuk tempat tuan2 menaruh tukun atu.... ada berani ka..... (hi hi hi... pok silap bah ani...)

    NK

    BalasPadam
  3. best juga la mo belajar la buat tukun ni....

    BalasPadam