Salam semua rakan-rakan. Ini adalah respon terhadap pertanyaan rakan kita berkenaan gewang mujarab untuk pelbagai spesis ikan.Oleh itu, ingin aku berkongsi serba sedikit pengalaman yang cetek ni.
Berdasarkan pengalaman cetek ini, sebenarnya, tiada wujud secara spesifik tentang gewang yang mujarab untuk semua spesis. Segalanya adalah berdasarkan percaturan caster sendiri dengan melihat banyak elemen yang boleh memberikan kejayaan.Disamping itu, tuah, nasib dan rezeki juga adalah faktor penyumbang kejayaan.
Untuk memperolehi kejayaan, kita perlu banyak study terhadap habitat dan persekitaran sesuatu lokasi. Keadaan topografi sungai harus diberi perhatian untuk mengenalpasti kedudukkan dan potensi lubuk.Jadilah seorang pemerhati yang peka terhadap hal ini.Kedalaman lubuk perlu diketahui untuk pilihan gewang yang sesuai.Contohnya, jika kita memilih gewang selaman cetek untuk lubuk yang dalam, ia tidak akan mencapai radius permainan ikan seperti yang dikehendaki.begitu juga sebaliknya.
Kita juga perlu tahu kondisi air seperti kejernihan, suhu, tahap kemasinan, pencemaran dan pelbagai lagi.Elemen-elemen ini sudah tentu mempengaruhi respon penghuni di bawah air.
Faktor cuaca yang mendung dan panas terik juga perlu diambil kira. Ianya amat mempengaruhi aspek pemilihan gewang. Contohnya ketika cuaca mendung, gewang selaman dan warna apakah yang sesuai. Sebabnya, sinaran matahari yang menembusi permukaan air akan mempengaruhi warna gewang. Berdasarkan pembacaan, gewang berwarna hitam dan silver adalah yang paling menyerlah di dalam air.
Anatomi gewang juga perlu dipelajari. setiap gewang akan menampilkan aksi berlainan di dalam air. Sebaik-baiknya, pilihlah gewang yang amat menyerupai diet semulajadi pemangsa di lokasi.Sebab itu, aku mewajibkan kepada diriku dan rakan-rakan agar memiliki gewang yang menyerupai diet semulajadi ikan di lokasi. Contohnya, milikilah gewang yang menyerupai struktur badan dan warna ikan kembura atau anak belanak.
Kita juga perlu tahu akan kemampuan menyelam yang dimiliki oleh setiap gewang.Oleh itu, tidak rugi untuk memiliki gewang pelbagai selaman.
Setelah kita masak dengan elemen-elemen di atas, tibalah masanya kita perlu berfikir gewang manakah yang perlu dibawa dalam setiap sessi mengilat.Aku memiliki ratusan gewang pelbagai jenama dan selaman, tetapi tidak semuanya akan dibawa ke setiap lokasi. Apabila aku telah masak dengan keadaan sesebuah sungai, hanya gewang yang sesuai untuk sungai tersebut sahaja yang akan dibawa.Selebihnya adalah, bagaimana cara kita mempersembahkan gewang tersebut untuk menarik perhatian ikan.
Jangan ambilkira tentang gewang mahal dan murah. Ingatlah bahawa kebanyakan pengeluar gewang lebih memancing pembeli atau pengilat berbanding ikan.Jangan beli gewang kerana warnanya yang cantik, tetapi belilah mengikut kesesuaian lokasi yang anda telah study.Dalam blog ini, aku banyak menyentuh perihal keberkesanan gewang murah. Rekod selungsung seberat 10.5 kg oleh teamlempayun juga hanya menggunakan gewang Hinomiya selaman dalam berharga RM 7.50!Jadi, anda perlu yakin bahawa ikan tidak tahu harga sesebuah gewang.
Akhir kata, sebarang respon dari anda adalah amat dialu-alukan.Oh ya, kita buat lawak sedikit. sebenarnya gewang yang paling mujarab adalah gewang RM. Bawa aje ke pasar, pelbagai spesis ikan boleh kita bawa balik.hehehe..jangan marah..ikhlas dari lempayun.
Isnin, 16 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan