Sabtu 28, 2010: Seawal 5.25 am, Tay telah pun berada di jeti. Semangatnya yang tinggi ini didorong oleh keinginan untuk merasmikan joran baru Vengeance Abu Garcia yang dibeli di KBS. Cuaca amat baik dan keadaan sungai pun mengizinkan dengan air bergerak surut perlahan.Dalam trip ini, kami hanya berdua memandangkan rakan lain menolak kerana agak sibuk dengan kerja masing-masing.Tanpa membuang masa, kami memunggah peralatan ke dalam bot dan menuju terus ke lubuk Kerapu. Hampir setengah jam mengilat tanpa sebarang sambaran, kami menunda di sepanjang sungai namun tetap tiada sambaran. Akhirnya, kami kembali ke lubuk Kerapu untuk mencuba nasib. Namun, keadaan terus sunyi tanpa sebarang sambaran.
Boleh tahan juga strike Selungkang ini. Junamannya ke bawah perahu amat mendebarkan.Namun, bila ia menampilkan diri, terasa mau sungkai la pulak!hehehe..apapun..karan bro!
Oleh itu, kami memutuskan untuk trolling lagi bermula di bahagian hulu lubuk Short Cut. Aku berminat menggunakan khidmat gewang Bakau manakala Tay masih setia dengan gewang Surecatch Rainbow nya. Sejurus melepasi lubuk Short Cut, gewang ku ditekan secara tiba-tiba. Tali utamaku mencurah keluar dan serta merta aku maneuver bot ke tengah sungai.
Dengan seikhlas hati, ia dilepaskan kembali ke habitat asal.
Perlawanan dirasakan agak keras dengan keenganan penyerang menimbulkan diri. Junamannya yang sering menuju ke bawah bot memang agak mencemaskan. Enjin bot ku matikan agar braided tidak dibawa oleh ikan ke kipas. Kawalan kemas dapat mengawal lariannya dan akhirnya, seekor Selungkang bagak berjaya didaratkan..hehehehe..yang penting KARAN bro!!.
Memandangkan hari masih awal, kami meneruskan aktiviti trolling yang berakhir tanpa sebarang strike. Kami berlabuh di dalam sungai Padas dengan meminimakan sebarang pergerakkan yang boleh menerbitkan bunyi bising. Bot dikayuh dan kami mula cast. Tidak lama untukku menerima sambaran seekor ungah juvenile yang dilepaskan semula ke dalam air. Gewang killerku, Storm Thundercrank ditekan ganas lagi. Aku bertahan agar ia tidak menyelinap ke dalam bangkar.
Budak-budak lagi dah samseng!tak padan dengan saiz Ungah ni.
Akibat, tekanannya yang agak kuat, treble hook gewang ku terbuka/laka/langkang. Tidak terlalu terkilan, aku meneruskan cast di lubuk yang sama. Selepas beberapa kali, gewang ku ditekan lagi. Kali ini tekanan yang diterima agak ganas. Namun, aku tidak sempat mengarau banyak, kerana ia sempat menyelinap ke dalam bangkar. Ia terlepas setelah aku memaksanya keluar. Sekali lagi, treble hook ku terbuka.
Dia pun dilepaskan dengan seikhlas hati juga ke habitat asalnya. Ini adalah pelaburan untuk masa hadapan.
Kami keluar dan menjadikan arena lubuk Kerapu sebagai port terakhir. Lontaran bertalu-talu ke rah sasaran akhirnya berjawab dengan terkaman ganas dari bangkar. Nasib baik,drag sedia ku ketatkan awal lagi. Akhirnya, seekor Kerapu table size menjadi tambahan koleksi ku.
Memang sah lubuk ini, lubuk Kerapu. Sehingga kini, hampir sepuluh ekor telah didaratkan dilubuk yang sama. Sedap di masak sweet and sour!
Oleh kerana cuaca yang semakin panas, kami berkemas pulang dan menjadikan acara menunda sebagai pengisi masa perjalanan pulang. Aku mempertaruhkan Gold storm Thundercrank manakala Tay pula lebih percaya dengan Bakau hijau gelapnya. Sejurus melepasi tebingan berbatu, tidak semena-mena gewangku disambar oleh Ungah.
Akhirnya Gewang Gold Storm Thudercrank membalas kepercayaan tuannya.
Perlawanan hanya sekejap dan kurang mengujakan namun, saiznya yang agak besar menyebabkan ia dibawa pulang untuk hidangan berbuka puasa. Alahai, memang perit leher, namun tetap puas hati dengan persembahan hari ini.salam dari lempayun
Selasa, 31 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
berapa kilo bro?
BalasPadam