Satu-satunya gewang Storm thunder crank yang berjaya ku selamatkan di Geofish tempoh hari. Namun aksi pertamanya tidak mendapat sebarang sambutan. Mungkin ianya sesuai di sungai berpaya yang berwarna hitam.
Pengalaman tewas dengan teruk menyebabkan Tay tidak tidur semalaman. Untuk tidak mengecewakannya, trip mengilat dilanjutkan ke ahad pagi. Kali ini seorang lagi ahli teamlempayun turut serta. Pukul 5:30 am, aku dan Shafie bertolak dari rumah. Setibanya di jeti, peralatan terus dipunggah. Sejurus selepas itu, Tay datang dengan senyuman dan semangat yang berkobar-kobar. Keadaan air ketika itu surut deras dan tahap kejernihannya agak mengecewakan. Walaupun hujan tidak turun semalaman, air sungai lebih keruh berbanding kelmarin. Ianya berpunca apabila empangan dibuka untuk melepaskan kuantiti air yang melebihi paras dibenarkan. Apapun, sessi tetap diteruskan.Acara dimulakan dengan kaedah trolling menghimpit tebing.
Yehaaaa!!...lesen pertamaku untuk 2010!gewang Bakau berwarna biru kekuningan berbudi kali ini.
Gewang selaman cetek digunakan memandangkan keadaan air yang semakin surut. Sejurus melepasi himpunan nibung berhampiran muara, gewang Bakau biru kekuningan Shafie diterkam oleh ikan. Perlawanan berakhir agak pantas dan seekor Ungah menjadi lesen untuk tahun 2010. Trolling diteruskan, namun tidak berlaku sebarang sambaran.Kami beralih arah ke acara casting di lubuk Kerapu. Di lubuk ini, lontaran gewang kali kedua oleh Tay mendapat sambaran.
Memang sah lubuk ini rumah Kerapu. Masih lagi gewang yang sama digunakan kelmarin. Harga baru Rm 7.50 broooo.hehehe
Dengan drag yang ketat untuk mengelakkan pukul curi, identiti penyerang dengan mudah didedahkan iaitu seekor Kerapu. Oleh kerana air masih agak deras, kami beralih ke dalam sungai Padas yang kualiti airnya lebih jernih berbanding sungai utama. Di sini, Tay mendapat satu lagi sambaran dari seekor anak Ungah yang kemudiannya dilepaskan dengan senang hati.
Samseng cilik yang berani mengejar gewang. Inilah sifat tipikal Ungah yang perengus!
Tahniah atas catch and release!semoga Ungah ini cepat membesar dan pertemuan di sessi akan datang Ungah ni semakin tegap. Saiz besar tu, kasi lepas juga la bro..hehehe
Gewang Storm kelmarin tetap menjadi pilihan di dalam muara padas ini. Tidak lama kemudian, ianya berhasil dengan seekor Ungah bersaiz sederhana.Memang tidak pernah puas gewang ni dengan Ungah.Memang jelas, gewang ini hanya berkesan ketika air jernih.
Kejayaan mendaratkan Ungah itu dapat mengunci mulut Tay yang tidak henti-henti memberi tekanan.hehehehe.Namun begitu, sekali lagi gewang Surecatch rainbow Tay disambar terlalu hampir dengan bot.
Buat terperanjat Proboscis aja Ungah ni. hanya sekali karauan untuk mengangkat gewang ke dalam bot, ia tiba-tiba disambar.Memang agresif sungguh!
Kelam kabut mamat ni diperlakukan oleh sambaran nekad sang Ungah. Akhirnya ia berjaya dirakamkan oleh lensa kamera.Kami mula berpindah keluar setelah tidak tahan dengan serangan nyamuk yang memenuhi setiap anggota tubuh yang terdedah.
Memang hardcore mamat ni. Beliau sanggup meredah lumpur untuk menghanyutkan batang nibung yang merentangi sungai Padas ni.Batang nibung ini menganggu track renangan gewangnya.
Biar berbaloi. Setelah nibung ini dialihkan, terbentang cantik landasan untuk renangan gewang tanpa sebarang halangan. Sayangnya, akibat gangguan, Ungah telahpun bercempera lari awal lagi. Tidak mengapa, mereka pasti kembali ke lubuk ini.
asyik casting di lubuk Kerapu, namun tidak mendapat sambaran sejak awal lagi. Memang rezeki kau telah ditetapkan untuk trolling saja.hehehe
Acara casting disambung kembali di Lubuk kerapu. Di lubuk ini, Tay sekali lagi menunjukkan belangnya apabila gewang selaman dalam Hinomiya ditekan ganas dari bawah air. Kawalannya yang baik berjaya menewaskan seekor Kerapu bersaiz sedap.
Memang benar-benar menjadi kali ini!
Keadaan air yang semakin keruh menyebabkan kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip seawal 9:30 am. Perjalanan kembali ke jeti di isi dengan kaedah trolling yang tidak mendatangkan apa-apa hasil. Dalam trip ini, Tay berjaya menewaskan 2 ekor Kerapu dan 2 ekor Ungah, manakala Shafie seekor Ungah dan Lempayun sendiri hanya menewaskan seekor Ungah.Kesimpulannya, keadaan air yang keruh sememangnya merencatkan keaktifan ungah untuk aktif memburu mangsa. Hanya dah rezeki sahaja yang banyak membantu kejayaan dalam trip ini.Bila lah agaknya air benar-benar cun nih..
Selasa, 17 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Wah..ini pun sudah cukup karen...tahniah untuk ungah yg bagak2 hasilnya tu..
BalasPadam