Gewang Storm Thunder Crank yang baru diaksikan tidak lama untuk pulang modal.
Boleh dikatakan selama beberapa bulan ini, tiada langsung aktiviti casting teamlempayun di muara Bongawan. Ini disebabkan oleh kehadiran awan yang sering menangis semahu-mahunya. Akibatnya, sungai keruh sepanjang masa malahan menyebabkan banjir dibeberapa buah kampong. Beberapa hari lepas, didapati hujan tidak kerap turun dan kalau adapun hanya bersifat renyai yang sementara. Keadaan ini telah memberi peluang kepada sungai untuk menyegarkan dirinya.
Aktiviti Teamlempayun direalisasikan setelah sekian lama tidak bersua gewang. Salah seorang darinya sedang mengikuti KPLI di maktab keningau. Hari ini sabtu 14.08.2010 merupakan acara membasahkan gewang buatnya setelah lama memeram di dalam kotak pancing.
Mangsa pertama gewang ini benar-benar mengujakan.Gewang tidak sempat dikarau apabila ia terus disambar.
Seawal 5:30 am, kami telah pun berada di jeti bot lempayun. Enjin Tohatsu 8 hp yang berhabuk dan bersarang laba-laba kerana sudah terlalu lama tidak digunakan, tetap mudah dihidupkan dengan hanya 2 kali sentapan. Matlamat casting hari ini adalah untuk mengetahui keadaan lubuk lama disamping mencari lubuk baru. Air agak jernih dan turun surut, namun suhunya agak sejuk akibat hujan lebat sekejap petang dan semalam. Untuk itu, tiada sasaran strike ditetapkan dalam trip ini.
Kami terus bertolak ke lubuk kegemaran beberapa bulan lepas, namun merasa agak hampa setelah mendapati bangkarnya telah reput dihanyutkan air. Oleh itu, tiada lagi struktur kayu di dasarnya sekaligus menjadikan Ungah homeless. Setelah berpuluh kali cast dilubuk ini, hanya seekor bulan bersaiz bagak sahaja yang sudi merampas gewang surecatch tiger.
Seterusnya kami berpindah ke hulu sedikit dimana terdapatnya beberapa dahan pokok bakau yang terjojol dipermukaan air. Gewang baru yang telah lama ditapau dari kedai dijadikan modal. Jatuhan gewang disambar kuat tanpa sempat dikarau. Drag awal-awal lagi diketatkan agar pemangsa bagak tidak sempat menyelinap ke dalam bangkar.taktik adalah secara bertahan semata-mata. Biarlah perambut dan joran memainkan peranan.
Akhirnya, ia berjaya ditarik keluar. Seekor Kerapu sungai menjadi penghias lantai bot. hotspot seterusnya dijadikan sasaran gewang kami bertiga selepas itu. Namun, gewang baruku tetap menjadi pilihan ungah dan kerapu yang mendiami bangkar. Seketika, gewang juan dirampas tanpa sempat dikarau. Tekanan yang kuat diandaikan seekor Ungah berskala bagak tidak berjaya dikekang. Ia terus berkampung ke dalam bangkar, namun gewang sempat diselamatkan.
Kami berpindah ke dalam sungai kecil Padas yang agak sempit namun dasarnya penuh dengan struktur kayu. Hanya beberapa kali lontaran, gewang juan diserkup ganas tetapi tak semena-mena putus. Apabila diperiksa, ia putus pada perambut dan disyaki perbuatan selungsung.
Akibat terlalu lama tidak casting, gewang selalu tersasar ke atas pokok. Jolok apa tu bang!!hehehehe
Gewang yang ku hantar ke celah bakau, bersambut lagi dengan seekor ungah bersaiz sedarhana menjadi mangsa.Selepas itu, segala-galanya senyap dan sunyi.
Kami kembali keluar ke lubuk Kerapu.disini, gewang ku tetap menjadi pilihan ungah dan kerapu.
Memang gewang ni benar-benar berkesan!
Disini juga tay berjaya memperolehi strike pertamanya iaitu seekor kerapu sebagai lesen. Yang berjaya mengelakkan status kumpau darinya.
Kerapu elak kumpau. Nasib baik brooo!!kalau tidak, tak berbaloi kau balik dari Keningau semata-mata untuk casting.hehehe.lagipun, sejak awal lagi Tay kerap bertindak sebagai jurugambar..hehehe..biasalah tu.
Apabila sambutan semakin kurang, kami mula trolling di sepanjang tebingan sungai. Seketika gewang ku sangkut didasar, Juan yang casting ke tengah sungai mendapat strike dari seekor ungah bersaiz sedarhana.
kerjasama ahli kumpulan untuk membebaskan gewang stormku yang sangkut di dasar amat dihargai.Ini lah yang dituntut dalam setiap aksi casting.
gewangku tengah sangkut, Juan tetap casting.Hasilny, seekor Ungah sedarhana meminati surecatch rainbow miliknya.
Trolling diteruskan tanpa sebarang sambaran lagi. Persinggahan terakhir dilubuk kerapu mendapat seekor lagi Ungah dan seekor kerapu.
Hari yang semakin panas benar2 menyebabkan leherku perit tanpa setitis air. Akhirnya kami menamatkan trip kira-kira pukul 10:00 am. Perjalanan kembali ke jeti di isi dengan aktiviti trolling.Oleh kerana keadaan air semakin surut dan cetek, gewang selaman cetek digunakan. Tidak disangka, gewang Juan menjadi pilihan Ungah ketika masa kecederaan.
Ungah terakhir didaratkan oleh Juan ketika melintasi kawasan berbatu.
Ianya menjadikan nisbah 6:2:1 iaitu 3 ungah, 2 kerapu, 1 bulan untuk lempayun, 2 ekor ungah untuk Juan dan 1 ekor kerapu untuk Tay. Nampak gaya, perhitungan terakhir pasti berlaku esok lagi.nantikan laporannya yang bertajuk Bukan giliran gewangmu.
Ahad, 15 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan