Isnin, 18 Mei 2015

Microlight jigging hujung minggu

17/05/2015(ahad): trip singkat bottom jigging di sekitar bagang Bengawan mendapati kaedah bottom yang langsung tidak memberi pulangan. Sebaliknya, kaedah jigging memberikan sedikit kegembiraan kepada kami berdua.
Praktikal assists hook yang mula membuahkan hasil.
Laut amat teduh, malangnya bekaln umpan pusu amat kurang. Arus laut juga agak deras dan air amat jernih menyebabkan ikan di dasar agak culas.
Boleh laa untuk juadah tengahari

Selasa, 12 Mei 2015

kursus singkat menyediakan assists hook

08/05/15(Jumaat): kursus singkat penyediaan assists hook untuk microlight jigging dikendalikan oleh teamlempayun. Dalam sessi ini, pengendali menerangkan peranan beberapa peralatan penting seperti kevlar, solid dan split ring, swivel, jenis ikatan, pemilihan perambut, pemilihan jig dan penggunaan rambu.
Perlu persediaan rapi sebelum trip Pelantar Weston diadakan nanti.
Persediaan rapi ini amat perlu sebelum melaksanakan beberapa trip jigging dan jigcast yang telah dirancang dalam team ini. Apabila pengetahuan telah dimiliki, hanya usaha pemancing yang akan meningkatkan kemahiran masing-masing.
salah satu contoh persembahan microlight jig yang sedia untuk digunakan.
Berkongsi ilmu memancing adalah perlu supaya persembahan masing-masing akan lebih adil. Hanya Tuhan yang akan menentukan siapa laa yang akan strike dulu ni...

Khamis, 7 Mei 2015

AKHIRNYA BERPISAH JUA

14/04/2015(SELASA):Setelah lama berkhidmat untuk teamlempayun, akhirnya bot sepanjang 21 kaki ini menamatkan perkhidmatan cemerlangnya. Bot yang amat stabil dan selesa ini telah banyak memberi kenangan manis kepada teamlempayun. Tuan baru bot ini berasal dari Pengalat Besar Papar. Semoga akan serasi dengan tuan baru.
Hari terakhir dalam garaj yang belum siap. Perasaan sayu timbul apabila menatap gambar ini.
Walaupun niat untuk melepaskan bot ini belum benar-benar kuat, namun jodoh pertemuan adalah kehendakNYA, akhirnya bot ini bertukar tangan juga. Pemilik baru amat memerlukan bot ini untuk aktiviti memukat. Aku juga belum punya perancangan jelas untuk mencari penghuni baru garaj ini.
Jantung baru yang akan menggerakkan bot teamlempayun ke rumah baru.
Bot ini telah menemani teamlempayun dalam setiap trip memancing di Teluk Bengawan, sungai Bengawan dan Sungai Membakut. Sepanjang masa itu, banyak kejayaan dicatatkan dan banyak juga peristiwa pahit dialami. Aku sebenarnya hendak memiliki sebuah bot sekurang-kurangnya sepanjang 17 kaki atau 19 kaki. Bot yang lebih pendek ini akan memberi kelebihan dari segi kelajuan apabila bergerak di permukaan air dan kemudahan penyimpanan.

Tuan baru(T shirt maroon) dan pembantunya sebelum berlepas dari rumah lama bot teamlempayun
Sejarah pemilikan bot bermula awal dengan bot sepanjang 23 kaki. Ia juga telah dijual kepada pemilik baru dari Kota Kinabalu. Selepas itu, teamlempayun memiliki bot 21 kaki dan akhirnya bertukar tangan juga.

detik-detik perpisahan
Pukul 2:00 pm, pembeli baru, encik Jamal datang bersama dengan enjin Yamaha 15 hp dengan seorang pembantunya. Kelihatan mereka tidak sabar untuk mengambil bot ini. Mungkin mereka risau aku akan berubah hati di saat-saat akhir iaitu tidak melepaskan bot ini pergi.

mula bergerak meninggalkan garaj
Tiba di jeti, setelah menyelesaikan sedikit urusan, enjin Yamaha 15hp yang tersimpan di dalam kotak selama hampir 5 tahun di pasang di haluan bot ini. Tanpa berlengah, enjin segera dihidupkan dan dibiarkan panas seketika. Sekejap lagi, detik-detik perpisahan akan berlaku. Hati semakin sayu.
Tiba-tiba hati berbelah bahagi.
Lambaian selamat tinggal dari tuan baru
Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlepas kata..teruskan sajalah. Apa yang penting, sentiasa memandang ke hadapan. Aku harap bot tersebut akan dimanafaatkan oleh tuan barunya sebaik-baiknya.
hati semakin sayu apabila bot bergerak perlahan meninggalkan garaj

Semakin menjauh

Selamat jalan dan semoga terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada tuan baru.
Buat sementara waktu, khidmat bot sepanjang 15 kaki digunakan sekali sekala untuk sekadar melepaskan gian memancing…So long bot teamlempayun.

Isnin, 4 Mei 2015

ENJIN MERAGAM feat Kapten Badol, Tambarukai Tamba dan Otromenz

04/05/15(Isnin):Memang tidak dirancang untuk aksi bagang hari ini memandangkan ada kerja yang belum selesai. Namun, apabila kerja tersebut boleh negotiated, hehehe.. ke laut laa sekejap sekadar untuk mencari lauk makan tengahari dan melepas gian.
Awal pagi laut agak kucah dan alun juga agak rapat. Nasib baik laa cuaca semakin mesra dengan kami
5:30 am, kami berdua sudah berada di pangkalan dan bergegas memunggah peralatan ke dalam bot sepanjang 15 kaki milik rakan. Keadaan cuaca agak gelap, berangin dan berawan tebal. Seperti diduga, rakan-rakan memancing yang lain berhenti di muara sungai menantikan angin barat daya menumpang lalu. Memang jelas angin kencang sedang melanda di tengah laut.
Foul-hooked Kerapu semasa berusaha mengimbangkan badan ketika jigging di dalam bot yang beroleng kuat
Hampir 20 minit kemudian, keadaan cuaca buruk mula sedikit reda ketika aku memecutkan bot menuju ke tengah lautan. Malangnya, alun agak bagak, rapat dan kucah ketika bot kami menghampiri spot pertama. Kesukaran bot yang agak rendah haluannya agak membahayakan dan aku mengambil keputusan untuk berteduh di luar muara sungai yang agak terlindung dari angin.

Enjin tidak sporting ketika cuaca mula memberi laluan kepada kami untuk meneruskan aksi memancing
Kira-kira 10 minit kemudian, kami kembali ke arena dan berlabuh di bagang roboh pertama untuk aksi jigging. Keadaan permukaan laut agak kucah dan alun juga rapat untuk menghoyang-hayangkan bot kecil kami. Dalam pada itu, sempat juga aku strike seekor Kerapu dan rabut seekor lagi. Apabila penghuni dasar mula tidak menunjukkan minat langsung terhadap jig, kami segera beralih ke sessi cari lauk makan untuk orang rumah.

Kapten Badol
Bot segera ditambat di bagang dan kami menurunkan appolo untuk mendapatkan umpan memandangkan bagang-bagang sudah mula bercuti. Setelah mengunjun appolo beberapa kali, kami berjaya juga memperolehi beberapa ekor ikan Temenung/Selar Kuning untuk dijadikan umpan mem’bottom’.

amalan mulia di antara para pemancing di tengah lautan


Tanpa disangka, ikan-ikan Kerisi agak galak mematuk umpan hirisan isi ikan Temenung. Kerapu dan Kerisi bersilih ganti mendarat ke dalam bot. Cuaca juga semakin baik apabila sinar matahari mula memunculkan diri. Hampir 40 minit beraksi bottom, kami berkira-kira berpindah ke bagang roboh yang lebih jauh ke tengah.
boat-towing
Bot segera dipecut dan entah semena-mena, enjin Yamaha 15hp secara tiba-tiba kehilangan kuasa. Alamak..apa telah terjadi ni?apabila pendikit/throttle minyak dipulas, ia akan mati. Enjin tetap steady on dalam keadaan natural. Adakah ini kerja 'ULTRON'?Beruntungnya apabila gear dimasukkan, ia masih mampu memutarkan kipas ke hadapan. Cuma kuasanya langsung tidak boleh ditingkatkan..pasti mati..alahai..laju lagi berkayuh bro!..yang penting bergerak..hehehe..
Pengalaman pertama ditunda menimbulkan rasa kesyukuran dan menanamkan semangat saling tolong menolong dalam apa jua keadaan cuaca di tengah laut…yang penting..hanphone jangan ditinggal ya.
Lebih beruntung lagi apabila bot rakan sepancingan berada tidak jauh dari lokasi kami. Aku segera roger mereka dan tidak lama kemudian bot yang dinaiki oleh otromenz dan Tambarukai Tamba serta dikemudi oleh Kapten Badol datang memberi pertolongan. Setelah diperiksa dengan ringkas oleh Tambarukai Tamba, memang enjin bot menghadapi masalah. Tiada cara lain, bot wajib ditunda ke muara..syukur laa…Kapten Badol dan rakan menghantar kami hingga ke dalam muara sungai.
Hari tidak selalu cerah. Positif bro..pasti ada hikmah disebalik peristiwa ini. Redha dan syukuri.
Dari muara sungai, bot mula bergerak ke hadapan dengan amat perlahan dan sesekali aku memainkan throttle enjin. Tidak semena-mena, kuasa Yamaha 15hp kembali ke alam nyata. Memang ada yang suruh pulang ni. Jika tidak, entah apa yang berlaku di tengah laut. Bestnya, enjin boleh memecut pula..terlintas juga dalam benak hendak kembali semula ke laut. Namun, keputusan telah dibuat, jangan ambil risiko dan menyusahkan orang  lagi. Laut tidak lari ke mana bro.
Lega menghampiri muara sungai. Jika tidak, boleh tercabut bahu ni berkayuh
Kami menamatkan trip singkat pada hari itu kira-kira pukul 9:40 am. Angin laut mula bertiup awal dan menyegarkan.  Kami singgah di bawah teduhan bakau untuk menghabiskan bekalan makanan. Best pula makan nasi dengan ikan goreng nih..hehehe..Sementelah, aku texting Fred Outboat di pekan lama Membakut..bro!…”aku mau hantar enjin pagi ni untuk servis”..apapun happy wesak day bro!
Penyelamat kembali meneruskan aksi di laut..semoga berjaya dan dilimpahi rezeki serta kesihatan yang baik untuk meneruskan hobi memancing hingga akhir hayat.Aaamin!
Pesanan: Jangan ambil risiko apabila enjin bot anda meragam. Jika ia berjaya dihidupkan, ambil peluang keemasan itu untuk segera kembali ke pangkalan. Hantar kepada pakar untuk pemeriksaan keseluruhan. Mana la tau ada bahagian lain yang perlu diganti. Beringat sebelum kena..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun.