04/05/15(Isnin):Memang tidak dirancang untuk
aksi bagang hari ini memandangkan ada kerja yang belum selesai. Namun, apabila
kerja tersebut boleh negotiated, hehehe.. ke laut laa sekejap sekadar untuk
mencari lauk makan tengahari dan melepas gian.
Awal pagi laut agak kucah dan alun juga agak rapat. Nasib baik laa cuaca semakin mesra dengan kami |
5:30 am, kami berdua sudah berada di pangkalan
dan bergegas memunggah peralatan ke dalam bot sepanjang 15 kaki milik rakan.
Keadaan cuaca agak gelap, berangin dan berawan tebal. Seperti diduga,
rakan-rakan memancing yang lain berhenti di muara sungai menantikan angin barat daya
menumpang lalu. Memang jelas angin kencang sedang melanda di tengah laut.
Foul-hooked Kerapu semasa berusaha mengimbangkan badan ketika jigging di dalam bot yang beroleng kuat |
Hampir 20 minit kemudian, keadaan cuaca buruk mula sedikit
reda ketika aku memecutkan bot menuju ke tengah lautan. Malangnya, alun agak
bagak, rapat dan kucah ketika bot kami menghampiri spot pertama. Kesukaran bot
yang agak rendah haluannya agak membahayakan dan aku mengambil keputusan untuk
berteduh di luar muara sungai yang agak terlindung dari angin.
Enjin tidak sporting ketika cuaca mula memberi laluan kepada kami untuk meneruskan aksi memancing |
Kira-kira 10 minit kemudian, kami kembali ke
arena dan berlabuh di bagang roboh pertama untuk aksi jigging. Keadaan
permukaan laut agak kucah dan alun juga rapat untuk menghoyang-hayangkan bot
kecil kami. Dalam pada itu, sempat juga aku strike seekor Kerapu dan rabut
seekor lagi. Apabila penghuni dasar mula tidak menunjukkan minat langsung terhadap
jig, kami segera beralih ke sessi cari lauk makan untuk orang rumah.
Kapten Badol |
Bot segera ditambat di bagang dan kami menurunkan appolo
untuk mendapatkan umpan memandangkan bagang-bagang sudah mula bercuti. Setelah
mengunjun appolo beberapa kali, kami berjaya juga memperolehi beberapa ekor ikan
Temenung/Selar Kuning untuk dijadikan umpan mem’bottom’.
amalan mulia di antara para pemancing di tengah lautan |
Tanpa disangka, ikan-ikan Kerisi agak galak mematuk umpan
hirisan isi ikan Temenung. Kerapu dan Kerisi bersilih ganti mendarat ke dalam
bot. Cuaca juga semakin baik apabila sinar matahari mula memunculkan diri.
Hampir 40 minit beraksi bottom, kami berkira-kira berpindah ke bagang roboh yang
lebih jauh ke tengah.
boat-towing |
Bot segera dipecut dan entah semena-mena, enjin Yamaha 15hp
secara tiba-tiba kehilangan kuasa. Alamak..apa telah terjadi ni?apabila
pendikit/throttle minyak dipulas, ia akan mati. Enjin tetap steady on dalam
keadaan natural. Adakah ini kerja 'ULTRON'?Beruntungnya apabila gear dimasukkan, ia masih mampu memutarkan
kipas ke hadapan. Cuma kuasanya langsung tidak boleh ditingkatkan..pasti
mati..alahai..laju lagi berkayuh bro!..yang penting bergerak..hehehe..
Pengalaman pertama ditunda menimbulkan rasa kesyukuran dan menanamkan semangat saling tolong menolong dalam apa jua keadaan cuaca di tengah laut…yang penting..hanphone jangan ditinggal ya. |
Lebih beruntung lagi apabila bot rakan sepancingan
berada tidak jauh dari lokasi kami. Aku segera roger mereka dan tidak lama
kemudian bot yang dinaiki oleh otromenz dan Tambarukai Tamba serta dikemudi
oleh Kapten Badol datang memberi pertolongan. Setelah diperiksa dengan ringkas oleh
Tambarukai Tamba, memang enjin bot menghadapi masalah. Tiada cara lain, bot
wajib ditunda ke muara..syukur laa…Kapten Badol dan rakan menghantar kami hingga ke dalam muara sungai.
Hari tidak selalu cerah. Positif bro..pasti ada hikmah disebalik peristiwa ini. Redha dan syukuri. |
Dari muara sungai, bot mula bergerak ke hadapan dengan amat perlahan
dan sesekali aku memainkan throttle enjin. Tidak semena-mena, kuasa Yamaha 15hp
kembali ke alam nyata. Memang ada yang suruh pulang ni. Jika tidak, entah apa yang berlaku di tengah laut. Bestnya, enjin boleh memecut pula..terlintas juga dalam benak
hendak kembali semula ke laut. Namun, keputusan telah dibuat, jangan ambil
risiko dan menyusahkan orang lagi. Laut
tidak lari ke mana bro.
Lega menghampiri muara sungai. Jika tidak, boleh tercabut bahu ni berkayuh |
Kami menamatkan trip singkat pada hari itu kira-kira
pukul 9:40 am. Angin laut mula bertiup awal dan menyegarkan. Kami singgah di bawah teduhan bakau untuk
menghabiskan bekalan makanan. Best pula makan nasi dengan ikan goreng
nih..hehehe..Sementelah, aku texting Fred Outboat di pekan lama Membakut..bro!…”aku
mau hantar enjin pagi ni untuk servis”..apapun happy wesak day bro!
Penyelamat kembali meneruskan aksi di laut..semoga berjaya dan dilimpahi rezeki serta kesihatan yang baik untuk meneruskan hobi memancing hingga akhir hayat.Aaamin! |
Pesanan: Jangan ambil risiko apabila enjin bot anda meragam.
Jika ia berjaya dihidupkan, ambil peluang keemasan itu untuk segera kembali ke pangkalan.
Hantar kepada pakar untuk pemeriksaan keseluruhan. Mana la tau ada bahagian
lain yang perlu diganti. Beringat sebelum kena..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamSalam bos. Ape punca enjen yamaha 15 hp tak mencapai kelajuan maksima... Jadi sebu sempot. Kaberater dh servis.enjen ok cuma sempot... Timing ok
BalasPadamAde bberapa perkara biassnya.. feul pump xberfungsi dengan baik.. tsumbat filter minyak petrol ..myk pelicir dan petrol x bancuh dgn betul.. plug x tukar ... Coil plug api dh xkuat... Lastttt... Enjin panassssss
BalasPadam