14/04/2015(SELASA):Setelah lama berkhidmat untuk teamlempayun, akhirnya bot sepanjang 21 kaki ini menamatkan perkhidmatan cemerlangnya. Bot yang amat stabil dan selesa ini telah banyak memberi kenangan manis kepada teamlempayun. Tuan baru bot ini berasal dari Pengalat Besar Papar. Semoga akan serasi dengan tuan baru.
|
Hari terakhir dalam garaj yang belum siap. Perasaan sayu timbul apabila menatap gambar ini. |
Walaupun niat untuk melepaskan bot ini belum benar-benar kuat, namun jodoh pertemuan adalah kehendakNYA, akhirnya bot ini bertukar tangan juga. Pemilik baru amat memerlukan bot ini untuk aktiviti memukat. Aku juga belum punya perancangan jelas untuk mencari penghuni baru garaj ini.
|
Jantung baru yang akan menggerakkan bot teamlempayun ke rumah baru. |
Bot ini telah menemani teamlempayun dalam setiap trip memancing di Teluk Bengawan, sungai Bengawan dan Sungai Membakut. Sepanjang masa itu, banyak kejayaan dicatatkan dan banyak juga peristiwa pahit dialami. Aku sebenarnya hendak memiliki sebuah bot sekurang-kurangnya sepanjang 17 kaki atau 19 kaki. Bot yang lebih pendek ini akan memberi kelebihan dari segi kelajuan apabila bergerak di permukaan air dan kemudahan penyimpanan.
|
Tuan baru(T shirt maroon) dan pembantunya sebelum berlepas dari rumah lama bot teamlempayun |
Sejarah pemilikan bot bermula awal dengan bot sepanjang 23 kaki. Ia juga telah dijual kepada pemilik baru dari Kota Kinabalu. Selepas itu, teamlempayun memiliki bot 21 kaki dan akhirnya bertukar tangan juga.
|
detik-detik perpisahan |
Pukul 2:00 pm, pembeli baru, encik Jamal datang bersama dengan enjin Yamaha 15 hp dengan seorang pembantunya. Kelihatan mereka tidak sabar untuk mengambil bot ini. Mungkin mereka risau aku akan berubah hati di saat-saat akhir iaitu tidak melepaskan bot ini pergi.
|
mula bergerak meninggalkan garaj |
Tiba di jeti, setelah menyelesaikan sedikit urusan, enjin Yamaha 15hp yang tersimpan di dalam kotak selama hampir 5 tahun di pasang di haluan bot ini. Tanpa berlengah, enjin segera dihidupkan dan dibiarkan panas seketika. Sekejap lagi, detik-detik perpisahan akan berlaku. Hati semakin sayu.
Tiba-tiba hati berbelah bahagi.
|
Lambaian selamat tinggal dari tuan baru |
Tapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlepas kata..teruskan sajalah. Apa yang penting, sentiasa memandang ke hadapan. Aku harap bot tersebut akan dimanafaatkan oleh tuan barunya sebaik-baiknya.
|
hati semakin sayu apabila bot bergerak perlahan meninggalkan garaj |
|
Semakin menjauh |
|
Selamat jalan dan semoga terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada tuan baru. |
Buat sementara waktu, khidmat bot sepanjang 15 kaki digunakan sekali sekala untuk sekadar melepaskan gian memancing…So long bot teamlempayun.
adat dunia tangahnya...ada pertemuan pasti ada perpisahan...patah tumbuh...hilang berganti....hobi tetap diteruskan dengan pelbagai cara .....
BalasPadammakasih tangahnya
BalasPadam