03/06/2016 Ahad: trip penutup Ramadhan 2016
diadakan ketika air pasang besar. Memang kami tidak memberi harapan besar
terhadap hasil yang bakal dituai memandangkan air besar menyebabkan pergerakkan
ikan agak meluas. Walaubagaimanapun, keadaan laut yang teduh dan cuaca redup
memberi kelebihan untuk kami menikmati sedikit keseronokkan memancing dalam
bulan Ramadhan ini.
|
awal pagi dapat jackpot Berumbai |
Kira-kira
jam 5:15 am, Juan sudahpun terpacak di depan rumah. Tanpa berlengah, kami mula
memuatkan semua peralatan ‘pembagangan’ ke dalam pick up miliknya. Kami hanya
menambah petrol sebanyak rm 15 memandangkan tong masih banyak berisi minyak.
Setelah memuatkan ais ke dalam tong ikan, kami segera bergerak ke Kg Biau,
garaj bot diparkir.
|
Spesis ini memang suka datang berkumpulan. Kena pada kumpulannya, pasti strike bersilih ganti |
Keadaan
air pasang memudahkan aku menolak bot ke pangkalan untuk set up enjin dan
memunggah peralatan ke dalam bot. Kami tidak mengambil masa yang lama dan
segera memecut ke mura sungai. Memang teduh bro..perghhh..air sungai bertaut mesra
dengan air laut!.Situasi laut yang sentiasa didambakan oleh setiap pemancing.
|
Spesis Ambong-ambong juga mencelah merebut umpan pusu/bilis |
Hari
masih lagi kelam ketika bot membelah laut menuju bagang untuk mendapatkan
umpan bilis. Kami memilih untuk ke bagang paling hampir dengan pantai Kenangan.
Memang umpan bilis pun agak banyak..lumayan. Lagipun tidak ramai pemancing yang
ke luar ke laut disebabkan hari raya semakin menghampiri. Agaknya mereka tengah
sibuk melakukan persiapan raya bro.
|
Ikan Putih Table size yang amat cantik untuk hidangan berbuka. |
Kami mengambil keputusan untuk menduga kewujudan
sebarang penghuni bagang paling hampir ini. Bot ditambat ke bagang dan kami
memulakan pancingan appolo. Appolo Omega dan Samurai seahawk bersaiz 14 dan 12
menjadi pilihan. Umpan bilis dicangkuk dimatanya dan diturunkan sehingga ke
dasar. Kami tidak nenunggu lama untui mendapat sentapan apabila kami bersilih
ganti mendaratkan pelbagai ikan seperti Temenung, Rumahan, Kerisi dan paling mengujakan adalah ikan putih ambong-ambong dan Berumbai..perghhhh..tarik makan taruk makan.
|
Set pancing ringan yang terkena dengan pemangsa bagak memang agak perit melayannya. |
Sesekali
berlaku strike kuat dari pemangsa bagak dan ketika itu, penggunaan drag kekili
adalah seminima mungkin. Perambut appolo yang agak rapuh tidak membenarkan
perlawanan secara paksa. Drag kekili dilonggarkan dan hanya membiarkan ikan
melarikan diri. Tali dipam masuk dengan memegang drag kekili sambil cuba
mencuri tali dengan pantas. Drag dilepas apabila ikan melarikan diri dan ketika
itu jeritan nyaring drag kekili disambut dengan perasaan puas…yeeehhaaa!!!
|
Lingkuh yang malang apabila satu matakail bersaiz 12 melekat ditepi bibirnya manakala 5 lagi matakail melilit badannya yang panjang. |
Kerjasama di antara kami adalah perlu iaitu
menaikkan pancing masing-masing untuk memberi ruang selesa kepada pemancing
yang strike bertempur dengan ikan bagak. Jika amalan ini tidak dipraktikkan,
pemancing pasti akan rugi kerana ikan akan membelitkan tali pancing sesama
sendiri. Risiko untuk ikan terlepas memang amat tinggi dan tali terbelit di antara
satu sama lain akan mengambil masa yang lama untuk dileraikan..jika ‘kulutan’
terlalu kronik, potong saja laa bro..kerugian lagi..hehehe..sapa suruh!
|
Berumbai yang tewas di bagang yang sama |
Sambutan
yang mula lengang mendorong kami berpindah lokasi dan masih terlalu awal untuk
bergerak ke lawa-lawa. Kami hanya berpindah ke sebuah bagang sahaja. Tiupan angin
timur agak kuat dan menyebabkan permukaan laut agak kucah. Arus laut juga masih
lagi bergerak dan sudah tentu ikan masih aktif merebut umpan. Kali ini, ikan
Titir, Lingkuh dan ikan-ikan putih menjadi penghibur..memang meriah ooo..
|
Lumading yang menghentam jig berhampiran bot memang agak mengejutkan |
Pukul 9.20am, sinaran matahari masih lagi
dihalang oleh awan tebal ketika kami mulai bergerak menuju lawa-lawa Otai.
Sebelum itu, kami sempat jigging di bagang roboh namun langsung tiada respon.
Permukaan laut mulai teduh dan membantu melancarkan lagi pergerakkan bot. 20 minit
kemudian kami telahpun tiba di Lawa-Lawa dan kelihatan Otai beraksi secara
solo.
|
Seekor lagi Berumbai tewas ketika tempoh 5 minit berakhir sebelum berpindah lokasi |
Sambutan
penghuni Lawa-Lawa memang rancak dengan pelbagai spesis seperti Gerunggung,
Sulit, ikan putih, Kirung-kirung dan lain-lain lagi mulai memenuhi lantai
bot.hehehe..memang rezeki akhir Ramadhan bro…betul-betul taruk makan taruk
makan.sesekali appolo full house dengan ikan Sulit dan Pisang-Pisang. Gerunggung
pun bersaiz kuda bro.
|
Syukur dengan hasil banyak sebegini, tak lah asyik makan daging sepanjang hari raya ini.hehehe |
Jam 11.30 am, sinar matahari mulai terik..leher
semakin perit dan mata pun berkunang-kunang sebagai tanda trip ini perlu
ditamatkan segera. Kami segera bergerak pulang dan sempat singgah di 2 buah
bagang terakhir. Tak tahan panas bro, ikan pun tiada dan air mulai surut deras.
Bot dipacu laju menuju mura sungai. Selamat menyambut ketibaan Syawal. Maaf Zahir dan Batin.
Tn inda bawa pemancing ke bagang ka
BalasPadamTn inda bawa pemancing ke bagang ka
BalasPadamok.kawan-kawan saya memang bawa pemancing ke bagang dan lawa-lawa.bot pun lebih besar,seles dan muat utk 8 pemancing..boleh call put 0195811032 atau badol 0168049091
BalasPadamboleh call puat 0195811032 dan badol 0168049091
BalasPadamThanks tn
BalasPadamno problem
BalasPadam