Sabtu, 16 Julai 2016

REMPUHAN GENG KAPAK Kuala Abai

15/07/2016:Killar Anglers kembali beraksi di Kuala Abai. Oleh kerana kesibukkan ahlinya, hanya kapten Killar Angler seorang sahaja meneruskan misi. Mujur juga trip ini disertai oleh pemancing lain. Jika tidak, kos sewa pasti melambung tinggi. Seawal jam 4 a.m, kami bertolak ke Kuala Abai, Kota Belud. Kami singgah di taman Sierra untuk menyertai kapten Killar, Dr.Juslee manakala seorang lagi rakan iaitu azley pula sedang menanti di Petronas Tuaran. Jam 6:30 a.m, kami tiba di jeti Deelagu..perghh..cantik cuaca bro!    
Teduh dan ratanya laut seolah-olah cermin membuatkan hati melonjak gembira
Khidmat tekong Deelagu ditagih lagi. Ruang bot memang agak luas apabila muatannya yang boleh menampung sehingga 8 orang pemancing diisi hanya kami berenam termasuk tekong dan Sifu Ong sahaja.  Selepas menikmati aroma kopi segar kampung, bot mulai bergerak meninggalkan jeti. Kelihatan di hadapan laut amat teduh dengan cuaca yang cantik.
Kupi-kupi dulu bro. Kasi panas badan untuk boost tu adrenalin. Memang terasa amat segar setelah menghirup kopi panas yang disediakan oleh Tekong Dee.
Kami singgah sebentar di takat batu untuk menduga kehadiran Tenggiri. Sesekali permukaan air boiling oleh aktiviti tongkol menghambat anak-anak ikan. Malangnya, Tongkol-tongkol ini tidak menghiraukan kelibat jig yang kami hantar dalam kawanan frenzynya. Hampir 20 minit tanpa sebarang sambaran, kami segera bertolak ke lubuk kapal karam. Kebiasaannya Tongkol galak menyambar jig ketika permukaan laut agak kucah.   
Ebek pembuka episode trip jigging menambah semangat kepada jigger lain untuk menggiatkan lagi unjunan jig.hehehehe..kerja bro kerja!
Keadaan arus bergerak amat perlahan manakala laut pula amat teduh. Situasi ini memberi peluang kepada kami untuk berhanyut di atas sisa kapal tenggelam dengan menggunakan jig ringan. Kami tidak menunggu lama apabila jeritan drag kekili menjerit memecah keheningan. Keadaan agak riuh apabila pemangsa melilau di bawah permukaan air. Ketenangan dan kesabaran pemancing sahaja yang banyak membantu dalam pertarungan ini. Tanpa di sangka, sang Kapak@ebek@Balong-Balong didapati sedang berkenduri di dasar laut…
Double hooked up di lubuk kilang dedak. Memang best apabila kekili menjerit bersilih ganti
Sesekali berlaku sambaran rabut di kalangan pemancing. Kaedah berhanyut mengikut arus memaksa tekong mengemudi bot ke arah kedudukan asal apabila bot tersasar jauh dari spot. Peluang hanya beberapa minit untuk menurunkan jig di hot spot amat dihargai. Ketika itu, tidak boleh berlaku sebarang kekusutan tali, pemilihan jig yang kurang digemari dan menukar perambut yang sudah calar..hehehe..masa itu emas bro.    
Anak Tenggiri yang membelasah jig di pertengahan air sebelum sempat sampai ke dasar.
Para pemancing juga sewajarnya sentiasa memastikan alat-alat penting seperti gunting dan playar sentiasa berada dalam kotak pancing masing-masing agar alat-alat ini boleh digunakan bila-bila masa tanpa menganggu rakan lain yang sedang sibuk jigging. Berkongsi alat-alat ini juga akan melambatkan proses menukar perambut dan jig. Sayang bro apabila bot berhanyut di atas hot spot tetapi anda masih terkial-kial mengikat perambut baru.    
Kerapu solo dalam trip ini oleh J-Run yang sememangnya diakui sebagai jigger bersemangat kental
Apabila suasana aktif ikan di dasar mulai reda, tekong mengajak berpindah lagi. Ini lah yang ‘best’ dengan perkhidmatan bot Deelagu. Beliau yang juga adalah seorang jigger sentiasa faham bila masanya untuk berpindah dan ke arah mana lokasi yang akan diteroka. Ketika bot bergerak menuju lokasi baru, inilah peluang kepada setiap jigger untuk memeriksa ‘kesihatan’ ikatan, assits hook, menukar jig dan perambut masing-masing.
Perggghhh..memang sedap giler tenggiri goreng oleh Tekong Dee. Goreng separuh masak dan disimbah dengan kicap bercampur lada.
Perjalanan ke takat Tunggul agak jauh dan kami mengambil peluang ini untuk merehatkan otot-otot yang telah berkerja keras dari pagi tadi. Keadaan matahari yang mulai menegak tinggi memang agak membakar. Mujurlah tiupan angin laut membantu menurunkan suhu badan. Pergerakan bot yang mulai perlahan menjadi isyarat bahawa bot telah tiba di lokasi. Sabar bro..hehe..pastikan kedudukan arus dan angin serta ke arah mana bot akan mula berhanyut. Setelah itu anda boleh lah menghantar jig secara horizontal ataupun menghulur jig secara vertical ke arah yang sesuai.
Sessi makan tengahari

Ketika itu semua pengunjun akan memberi tumpuan kepada pergerakkan jig sama ada di dasar laut mahupun di pertengahan air. Masing-masing menaruh harapan tinggi jig akan disambar padu oleh apa sahaja pemangsa. Jika tiada respon, jig ditukar kepada bentuk dan warna lain. Rajin-rajin lah mencuba bro. Tidak rugi kerana kerajinan anda mungkin akan berbalas dengan strike padu!
GT solo ole Sifu Ong. Ketika jigger lain sedang asyik menjamu selera, dia pula yang strike..tidak ngam ni bro.hehehehe
Jigging di takat agak mencabar kerana angin bertiup agak kuat menyebabkan bot berhanyut terlalu laju.Keadaan ini tidak mengizinkan penggunaan jig-jig ringan yang melayang diheret oleh bot. Jig seberat 80gm terpaksa diturunkan. Walau bagaimanapun sambutan agak kurang apabila hanya ikan Kerapu dan ikan Cicak menjadi penghibur. Tanpa dsedari, cuaca mulai berubah gelap. Suhu semakin rendah. Nampaknya ribut semakin menghampiri.
Ebek bagak yang terpedaya dengan unjunan jig Sifu Ong. Gambar ala iklan Scot Emultion ni yang  bikin tidak tahan ni.hehehehe
Suasana mulai dingin dan sepi. Lokasi kami berlabuh dikeliling oleh awan tebal, gelap dan berangin. Titis-titis hujan mulai turun. Bunyi guruh dan petir mulai memenuhi ruang langit. Mulanya kami tidak berapa menghiraukan situasi ini. jigging tetap diteruskan dengan lebih giat sehinggalah aku merasakan berlaku kelainan apabila joran yang diangkat tinggi mengeluarkan bunyi berdesing yang agak kuat kedengaran. Kami saling berpandangan dan riak risau mulai kelihatan di wajah masing-masing.
 
Closed up Ebek bagak sigh Ong..Kuning bro!!
Aku bertambah seriau apabila mendapati terdapat cas-cas eletrik di atas permukaan air. Ianya dapat dikesan apabila joran kami yang diperbuat dari Carbon composite berdesing ketika dijulang ke udara..alahai..merbahaya bro. Bahan ini adalah pengalir elektrik yang bagus. Sesekali kelihatan kilatan petir berlaku di kawasan berhampiran. Jika berlaku sambaran petir pasti akan berlaku tragedi yang melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.
Kira pecah tong lah ni ya..
Keadaan ini amat berisiko untuk meneruskan aktiviti memancing. Worse case senario boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Untuk mengelakkan kejadian buruk terutamanya sambaran petir, kami mulai berangkat pulang merempuh hujan lebat. Perjalanan pulang disambut dengan hujan lebat dan tiupan angin Timur Laut yang agak kencang. Basah kuyup bro!Tak mengapa, lain hari boleh mancing lagi bro..safety first!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan