Setelah membabitkan diri sekian lama dalam dunia
hanyir ini dengan bermacam pengalaman pahit maung, manis dan masam dirasai aku rasa
terpanggil untuk mencuba bidang yang agak baru iaitu custom rod. Selama ini
asyik membeli rod dan menghantar ke kedai pancing untuk membaiki guide yang
rosa, aku berbulat tekad untuk belajar custom rod. Jika tidak berjaya menyiapkan
sebatang rod, menukar guide yang rosak pun jadi laaa..Mana mau cari info ni ya?
Rod dryer dari Pacific bay Usa bro..hehehe..bukan alang-alang ni...datang dari jauh |
Mujurlah perkembangan teknologi yang berkembang pesat
membantu aku serba sedikit bagaimana untuk memulakannya. Kemahiran Orang barat,
jepun dan lain-lain dalam membuat custom rod dapat disaksikan melalui
youtube..hehehe..makasih internet!Sekurang-kurangnya aku dapat sedikit pencerahan.
Reel seat dan butt perlu diselesaikan terlebih dahulu |
Percubaan untuk lengkapkan reel seat |
Langkah pertama aku adalah mengumpulkan informasi dari
internet dan memuat turun video berkaitan dari Youtube. Beberapa hari aku
perlukan untuk mendalami kemahiran, kaedah, teknik, pengetahuan dan pengenalan
seperti alatan pembikinan, pemilihan
blank, susunan ring guide, reel seat, winding, epoxy, thread dan lain-lain
lagi.
wrapping masih belum sempurna....setakat boleh laa untuk beginner |
Salah satu alat yang amat penting untuk kerja-kerja ini
iaitu Rod dryer amat sukar dicari ketika itu. Aku mengeledah banyak kedai
pancing di Borneo dan Semenanjung namun masih gagal menemui Rod Dryer.
Akhirnya, langkah terakhir adalah dengan membuat pembelian melalui Ebay…apa
boleh buat bro.
Rod wrapper juga tidak kurang pentingnya kerana alat ini
amat membantu dalam proses mengikat ring guide di batang rod. Tanpa alat ini
memang aku akan terkial-kial dalam proses ini. Alat yang boleh D.I.Y ini tidak perlu dipesan
melalui ebay. Mujurlah K.O.B ‘menyedekahkan’ alat ini kerana beliau telah
memiliki alat baru. Ini lah maksudnya amal jariah..hehehe
Dah mula epoxy...seronok laa pulak! |
Seminggu Ramadhan berlalu aku memulakan proses ini
berpandukan video dan tips dari rakan-rakan. Melalui youtube juga lah aku
berjaya mengesan tulang belakang joran dengan mudah. Aku juga merujuk
laman-laman custom rod untuk mendapatkan ukuran jarak ring guide dan saiznya
yang sesuai dengan panjang dan fungsi joran. Setelah semuanya lengkap, barulah
proses ini dimulakan dengan sedikit keyakinan.
Biarkan alat ni berputar berjam-jam bro sehingga epoxy kering dengan aantik dan bersinar. |
Aku memulakan sessi dengan pemasangan reel seat
keluaran fuji dan getah EVA yang di modify/direka semula dengan menggunakan
kertas pasir dan electric drill. Pemasangan reel seat hanya menggunakan epoxy
clear 2 tone sudah cukup memadai. Proses seterusnya adalah meletakan setiap
ring guide ke posisi yang betul agar dapat menampung dan mengagihkan berat di sepanjang batang joran dengan betul.Tanpa segan silu aku meronda kedai-kedai pancing dan
meneliti joran-joran mahal yang disusun di rak pancing seperti Xoga, Storm
adajo dan lain-lain..hehehe..tengok rekaan, susunan guide dan aksesorinya
bro..baru la dapat idea…tapi..mana la sama dengan custom rod profesional yang
memang cari makan…janji boleh pakai..hehehe
naik juling biji mata bagi memastikan kedudukan guide lurus hingga ke tip |
Setelah siap mengikat ring guide pada batang joran, aku
memilih waktu malam untuk mengukuhkan ring guide dengan epoxy. Campuran 1:1
resin dan hardenar seperti yang ditunjukkan di dalam video benar-benar diikuti.
Proses ini tidak lah lama sangat dan mesin mesti sentiasa berputar agar epoxy
yang masih cair kekal dikedudukannya sehingga ia mengeras. Berapa lama bro? 5
hingga 12 jam..hehehe..asal jangan ‘black out’…memang musnah kerja-kerja ini!
siap juga akhirnya....hehehehe |
Lepas sahur, aku mendapati epoxy mengeras dengan cantik,
rata dan berkilat.pergghhh..puas hati bro..ni kali laaa..Tidak sangka aku
berjaya menyiapkan projek custom rod ini. Walaupun quality buatan custom tidak
seberapa dan memang tidak secantik joran yang dijual di kedai..aku rasa
berbangga..mungkin lengkap lah sedikit rasanya status sebagai pemancing ni. Namun masih
terlalu banyak yang perlu dipelajari. Pelan-pelan bro…yang penting mencuba.
assallamualaikum ...
BalasPadamRod dryer tu beli mcm mana...?