21/08/2016(ahad):Aku tidak menghabiskan penentuan sepakan penalti antara pasukan Brazil dan German untuk meraih emas olímpik Rio apabila aku dan sepupu bergerak ke sungai Mandahan kira-kira jam 6:45 am. Memang aku tidak menaruh sebarang harapan memandangkan hujan lebat dan angin kencang petang kelmarin mungkin menjejaskan selera Ungah.
|
Suasana pagi yang cantik dan redup di bawah jambatan kereta api Sungai Mandahan |
Sebaik kami tiba di lokasi, kelihatan ramai pengilat dan pemancing dasar sudah mula beraksi. Suasana agak meriah ketika itu. Malangnya, pergerakan arus terlalu perlahan dalam keadaan 'pasang alan'. Namun, apabila kaki sudah menjejak tebing, alang-alang turun Nangnak pasti diaksikan.
|
Kaki pancing di seberang sungai juga menaruh harapan besar mendapat sambaran Ungah ataupun Selungsung |
Seperti biasa, Nangnak menjadi taruhan apabila bermain Ungah di sungai Mandahan. Paras air sungai juga agak rendah dan jernih. Arus yang terlalu perlahan membantu spesis Buntal menguasai segenap ceruk sungai. Rabak Nangnak aku dikerjakannya bro!
|
Esbok tidak seperti dulu apabila tebing sungai di tambak dengan bongkan batu dan pondok Ko-Nelayan didirikan khas untuk para nelayan Bagang! |
Seperkara lagi, selepas 10 minit Nangnak berendam di dalam air, memang terasa suhu sejuk menyerap ke dalam badan Nangnak...alahai..sejuk la pula air ni bro!..patutpun sang Ungah tidak memunculkan diri walau begitu ramai caster beraksi.
|
Tebing berbatu diseberang sungai mengubah langsung landskap sungai berbanding beberapa bulan lepas |
Para Ungah dan Selungsung berkemungkinan besar masih berada di zon muara sungai ketika air masih surut. Keadaan pasang 'alan' ini tidak menggalakkan anak-anak ikan Kembura bergerak menghulu sungai. Jika anak ikan masih bermain di muara sungai, tiada sebab ikan-ikan pemangsa ini bergerak ke hulu.
|
Spot kegemaran juga tidak menghasilkan sebarang sambaran. |
Kami berpindah ke Esbok untuk mencuba nasib sebelum bergerak pulang. 8.17 am, kami mula bermain Nangnak di Esbok. Keadaan cuaca agak redup walaupun matahari sudah mula meninggi. Hampir sejam tanpa sebarang sambaran dan rasa bosan apabila asyik Buntal sahaja yang banyak mengerumuni Nangnak, kami mengambil keputusan untuk bergerak pulang.
|
Aksi hambar penulis yang lebih kepada aksi santai |
Pulang tangan kosong bro..hehehe..laporan dari para caster tadi, mereka banyak strike Ungah pagi dan petang kelmarin ketika suhu air masih hangat. Tiada strike pun ok aha bro asal rindu casting terubat!hehehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan