Selasa, 19 April 2016

Jigging solo dan GT

16/04/16(sabtu): Aku bergerak secara solo menuju ke muara sungai Bengawan. Aku bermula dari jeti kira-kira jam 7:20 am kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Oleh kerana aku hanya berfokus 95% kepada acara jigging dan 5% bottom untuk cari lauk makan, aku tidak kisah sangat bertolak lewat. Tidak perlu sangat berkejar awal untuk umpan bilis yang memang tiada.
Kerapu bunga yang menghuni tiang bagang akhirnya terpedaya dengan unjunan jig perlahan
Pergerakan bot agak sedarhana kerana dipacu oleh enjin Tohatsu 8hp. Aku hanya mensasarkan sisa-sisa bagang yang separuh tenggelam ketika air sedang bergerak pasang ini. Seperti biasa, spesis sasaran adalah Giant Travelly, Kerapu atau apa sahaja spesis yang sudi menyambar jig di bagang-bagang roboh ini. Yang penting strike bro!
GT bersaiz boleh tahan amat menggerami jig berkilat ketika matahari semakin meninggi. 
Aksi solo sememangnya kurang digalakkan kerana bahaya boleh datang dalam pelbagai cara. Untuk mengelakkan tusukan batang nibung tenggelam ke badan bot, aku terpaksa menghampiri sisa tiang bagang roboh secara mengundur dengan perlahan. Sambil itu, mata melilau meneliti keadaan di bawah permukaan air. Mana la tau ada batang nibung atau batang bakau yang masih keras mampu menusuk badan bot. Nahas ni bro!
Fillet ikan Manyong ketika berhenti di muara sungai. Isinya yang tebal dan pejal amat sedap digoreng dengan tepung. Hotel-hotel dan restoran besar selalu menyajikan fillet ikan ini..orang saja tidak tahu.hehehe
Mujurlah keadaan laut yang tenang memberi ruang kepada retina ini untuk memastikan keselamatan di bawah permukaan air. Setelah bot ditambat, jig segera diturunkan ke dalam jerumun nibung-nibung tenggelam. Jig diturunkan sehingga menyentuh dasar dan segera dikarau dalam pelbagai variasi pergerakkan. Berhenti mengarau jig jika ia tersangkut dan hanya perlu longgarkan tali untuk menjatuhkan jig semula. Jika dipaksa juga, matakail akan semakin menancap ke dalam tiang nibung. Akibatnya..bye bye laa jig!
Sisa ikan menjadi habuan makhluk akuatik yang lain
Keadaan laut agak tenang dan jernih menyebabkan GT amat berhati-hati terhadap sebarang objek asing. Namun, kalau sudah rezeki, aku  berjaya strike seekor GT di lokasi tiang bagang tunggal. Jig yang turun ke dasar diterkam ganas setelah beberapa kaki di unjun. Keras lawan keras menjadi pilihan untuk menewaskan GT ini. Aku juga segera melepaskan tali yang menambat bot dan segera menghela GT keluar dari jerumun dengan kekuatan Tohatsu 8hp. Selepas itu, perlawanan berlaku secara bebas, seronok dan mengujakan. Larian-larian kencang GT akhirnya berjaya ditangani.Hehehehe..fresh from farm bro!

5 ulasan:

  1. bro klu laut dalam berapa pound tangsi yang bagus ah sama perambutnya?

    BalasPadam
  2. salam bro..apa kaedah pancingan tu? bottom?jigging?

    BalasPadam
  3. Saya syorkan pakai braided line bro.diameter halus dan mudah memotong air. 20 hingga 30 lb pun sudah cukup kuat untuk tugas-tugas tu bro.dapatkan braided yang berkualiti.perambut fluorocarbon digalakkan sebagai insuran.

    BalasPadam
  4. sebaiknya sediakan 1 set bottom dan 1 set jigging, sebabnya set jigging ada spesifikasi tersendiri.

    BalasPadam