Pekan Menumbok terletak sebahagiannya dalam
ekosistem lembangan Weston dan juga menjadi pintu keluar kepada sungai Klias.
Ia juga menjadi pintu masuk kepada para penduduk dari Labuan. Terdapat sistem anak sungai yang berselirat menghubungkan sungai ini dengan sungai lain seperti sungai Padas dan
sekaligus menyediakan banyak lokasi pancing kepada para penggemar aktiviti ini.
salah sebuah dari 2 buah bot yang boleh disewa untuk memancing |
Cuaca cantik cuma agak panas dan berangin. |
Pelbagai spesis dan gred ikan boleh ditemui seperti Ikan Yu, Pari, Jenahak/Tambong, Ungah, Selungsung, GT, Kurau
dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, aku
dan Adam telah mengadakan satu trip tinjauan potensi light jigging di kawasan
docking kapal-kapal kontena di laut Weston. Bertolak se awal jam 8:30 am, kami
disambut oleh alun laut yang agak kasar. Perjalanan yang perlahan mengambil
masa hampir 40 minit untuk tiba di salah sebuah kapal besar yang sedang
berlabuh.
Berteduh sambil mem'bottom' sekadar santai menikmati keindahan alam semula jadi |
Keadaan laut yang kurang mesra untuk bot fiber kami
menyebabkan kami tidak boleh menghampiri tiang pelantar. Cukuplah sekadar jigging di
belakang kapal yang sedang berlabuh. Walaupun begitu, berlaku beberapa kali
miss hooked yang disyaki angkara Tenggiri. Hanya dalam tempoh lebih 30 minit, kami mengambil
keputusan untuk kembali ke dalam sistem muara. Sementara menantikan waktu
pulang, kami mengisi masa santai dengan pancingan dasar sambil berbual-bual
kosong.Tujuan asal untuk menduga potensi jigging
pelantar terpaksa ditunda ke tarikh akan datang apabila keadaan cuaca
benar-benar mengizinkan. Kesimpulannya, sistem muara di sungai ini amat
berpotensi memenuhi selera para kaki pancing.
Jigging di dalam sungai telah berjaya memikat anak Kerapu yang menghuni struktur sisa sangkar ikan di dasar sungai ini..hehehehe |
SILA HUBUNGI: ALFIAN SIBI di 0109411708
Tiada ulasan:
Catat Ulasan