Rabu, 13 April 2016

Lesen GT bagang roboh 2016

April:Pembakaran hutan yang berleluasa ketika musim kemarau ini menyebabkan pencemaran udara yang serius iaitu asap tebal. Ianya berpunca dari perbuatan manusia yang suka mengambil jalan mudah, tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima.
Tidak nampak muara bro, lepak dulu laa sambil cerita kosong
Kami terpaksa berhenti di muara sungai disebabkan asap tebal yang menutupi aluh sungai dan menghadkan jarak pandangan. Jika berjaya melepasi muara pun, kedudukan bagang agak sukar dijangka. Jika tersalah arah, pasti buruk akibatnya. Boleh sampai Vietnam tu bro.hehehe
Layan bottom di muara sementara menantikan jerebu berkurang dan menambahkan jarak visibiliti
Kami berhenti agak lama di muara sungai dan memancing dengan menggunakan umpan yang dibawa dirumah. Kami berharap angin yang bertiup dari laut akan menolak asap jerebu ke darat dan sekaligus membuka laluan ke laut. Kira-kira pukul 9:00 am, asap mulai berkurang dan kelibat bagang mulai kelihatan samar-samar. Apa lagi bro…pecut laaa..hehehe..acara bottom untuk cari lauk makan dan jigging untuk kepuasan bermula akhirnya.
Kerapu di bagang tunggal
Setelah memperolehi sedikit lauk untuk makan tengah hari, kami mulai menjarah struktur bagang-bagang roboh untuk acara light jigging. Seperti dijangka, keadaan agak beralun dan mengaktifkan selera pemangsa  di bawah permukaan air untuk meligan jig.
Satu-satunya GT yang berjaya ditewaskan dalam trip ini
Hasilnya, seekor Kerapu dan seekor GT berjaya didaratkan manakala beberapa lagi strike hanya menyaksikan GT menukunkan jig. Memang begitu laa bro jika jigging struktur bagang roboh. Peratus menewaskan ikan hanya 30 sahaja…tetapi janji ada strike pun sudah cukup mengujakan.hehehe..jig banyak di kedai bro. tahan poket saja..hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan