10/04/16)ahad):Musim sotong sedang kembali ke Teluk Kimanis. Panas berpanjangan menyebabkan permukaan laut menjadi panas dan membenarkan pembiakkan ribuan obor-obor. Dalam ribuan obor-obor itu, menyelit sekali saudaranya yang paling disukai ramai iaitu sotong..hehehe..
Sesekali melayan egiing pun seronok juga |
Sotong katak atau sotong mata hijau menyertai gerombolan obor-obor yang banyak bergerak bersama arus. Kebanyakannya bersaiz dewasa dan baru melepaskan telur. Kebiasannya, jika tidak berada di bawah rumpai air, mereka pasti akan berada di sebarang struktur lain seperti tiang-tiang bagang dan unjam/lawa-lawa.
Rumpair ini juga dikenali sebagai KanKam di kalangan penduduk tempatan. Jangan terkejut apabila melihat dibawahnya terdapat puluhan sotong yang bersedia menyerbu candat anda. |
Sotong ini bergerak bersama-sama rumpai hanyut. Mereka akan berada di bawah rumpai ini untuk berteduh dan mencari makam. Rumpai hanyut ini juga menjadi tempat berlindung ribuan anak-anak ikan dan udang yang sekaligus menyediakan makanan percuma kepada para sotong.
Mangsa Candat/udang-udang tiger di sebuah KanKam seluas 10x20. Seronoknya apabila menyaksikan sotong keluar menyerbu udang-udang ini dari bawah KanKam. Rakus sungguh! |
Egiing dengan menggunakan candat/udang-udang adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan sotong yang berada di bawah rumpai air ini. Anda cuma perlukan udang-udang seberat 3.5 gram tidak kira warna apapun. Udang-udang hanya perlu dihantar serapat yang boleh ke rumpai air. Udang-udang hanya perlu dikarau, sesekali berhenti dengan henjutan untuk menarik perhatian sotong. Ulangi proses ini sehingga Sotong naik geram.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan