Khamis, 15 Oktober 2015

SALAM MAAL HIJRAH@pindah ke Kg Biau

14/10/2015(Rabu):Selamat menyambut maal hijrah kepada pembaca semua. Sempena maal hijrah ini, aku dan juan beraksi buat kali terakhir bertolak dari Garaj Kg Seri Serbang. Selepas itu, bot teamlempayun akan terus bermastautin di jeti Kg Biau Bengawan. Tahun baru dan hidup baru kepada bot teamlempayun.
Silhoutte yang amat cantik ketika awal subuh. Suasana indah dan nyaman begini sebenarnya sentiasa menggamitku untuk turun ke laut
Jam 5:20 am, kami berdua singgah di stesen minyak Petronas Bengawan untuk membeli bekalan ais dan menambah sedikit petrol. Air sungai mulai surut ketika kami tiba di Kg Seri Serbang. Setelah bersusah payah memunggah segala peralatan ke dalam bot yang terhalang oleh pembinaan jeti, kami segera memecut menuju ke muara sungai.
Aktiviti remaja yang meluangkan masa sebegini jauh lebih bagus dari remaja yang berkurung di rumah ataupun sentiasa merayau tidak tentu hala
Laut kelihatan teduh ketika kami tiba dan muara sungai agak mudah dilepasi. Bekalan umpan pula tidak terlalu susah diperolehi memandangkan bagang amat banyak yang beroperasi. Sayangnya, ikan Pusu agak kecil dan kurang sesuai untuk umpan pancing. Ibarat menyucuk sate la ni. Rugi jika ikan tengah frenzy.
Berumbai@Sagai yang memberi cabaran di awal pagi
Aksi pembukaan di Bagang atas di antara Bengawan dan Mandahan agak sedarhana apabila hanya seekor Gerunggung dan Berumbai berjaya didaratkan. Sesekali ikan Kerisi mencelah namun tidak dapat mengubat kebosanan. Kami mulai berpindah ke bagang-bagang sekitarnya untuk mencuba nasib.
Rakan sepancingan di Lawa-Lawa
Keadaan arus agak lemah menyebabkan kami meninggalkan bagang untuk aksi jigging di bagang roboh sebelum bergerak ke tengah laut mencari Lawa-lawa. Aksi jigging sampai ketiak berpeluh agak menghampakan. Jangankan strike, missed call pun tiada. Kami mengambil keputusan untuk bergerak ke Lawa-Lawa/Unjam.
Respon penghuni yang dingin meningkatkan darjah kebosanan apatah lagi dalam keadaan panas terik sebegini
Beberapa buah bot rakan-rakan sepancingan telahpun berada di lawa-lawa. Komen mereka berkenaan aksi culas ikan menyebabkan semangat memancing di Lawa-lawa agak kurang. Namun, sesekali naik juga beberapa ekor ikan Kirung-Kirung/Gerut-Gerut bersaiz lengan budak untuk menceriakan suasana.
Mujurlah ada payung untuk berteduh. legaaaanyaaa..
Panas semakin terik apabila angin mulai berhenti bertiup. Perghhh..pijar juga rasanya. Perasaan pijar tersebut biasanya tidak akan terasa jika ikan rancak mematuk umpan. Untuk mengisi ruang kosong tersebut, aku dan Juan kerap melontar gewang tenggelam. Mana la tau ada Tenggiri melintas.
Tapak baru garaj bot teamlempayun di Kg Biau, Bengawan
Jam hampir menunjukkan angka 11 pagi apabila kami kembali semula ke bagang-bagang. Namun, sambutan penghuni dasar masih kurang rancak. Hanya beberapa ekor Kirung-Kirung dan Kerisi mengisi tong ais. Setelah berpindah randah dari bagang ke bagang, kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip ini apabila angin laut mula bertiup. Permukaan laut juga semakin kucah. Bah pulang bro!
Jiran-jiran
Aku menyinggahkan Juan dan semua peralatan di jeti Seri Serbang. Selepas itu, aku akan meneruskan perjalanan ke Pangkalan Sungai Biau dan Juan akan bergerak ke lokasi yang sama dengan mengggunakan keretanya. Air sungai baharu mulai surut ketika aku tiba di lokasi baru. Pelan-pelan laa bro. Garaj akan diusahakan tidak lama lagi.
Komuniti yang terdiri dari nelayan tulin dan kaki pancing. Setakat ini, aku gembira dengan lokasi baru.
Hati mulai senang dan tenang apabila berada di tapak baru untuk garaj bot teamlempayun. Dalam beberapa hari lagi, aku berharap agar pembinaan garaj bot yang baharu boleh dimulakan. Aku mengucapkan ribuan terimakasih kepada Puat Boi dan Otai/Kaka Patra kerana mempermudahkan perjalanan hidup bot teamlempayun. Semoga Allah akan mempermudahkan perjalanan kehidupan kalian berdua juga. Amin. Salam ikhlas dari teamlempayun


1 ulasan:

  1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

    BalasPadam