Sabtu, 10 Oktober 2015

TRAGEDI PENCEROBOHAN GARAJ TEAMLEMPAYUN siri 1

03/10/2015(Sabtu):Awal subuh lagi aku bergelut menurunkan enjin dan peralatan memancing ke dalam bot. Puncanya adalah pembinaan jeti yang benar-benar di hadapan garaj milikku. Aku  terpaksa berhati-hati apabila terdapat banyak serpihan papan yang terdapat paku-paku tajam. Jika tersilap pijak, pasti paku-paku ini akan menembusi tapak kaki.
Bucu tajam tapak tiang yang diperbuat daripada simen berpotensi membocorkan badan bot.
Aku menyokong sebarang bentuk pembangunan di kampung ini. Malangnya, pembangunan tersebut telah mengenepikan nilai-nilai kemanusiaan yang sepatutnya ada pada individu yang mengaku bertuhan. Tanpa sebarang makluman, perbincangan dan keizinan dari saya, kontraktor telah mengarahkan pekerjanya meneruskan projek membuat jeti tersebut. Lebih malang lagi, apabila mereka menggunakan tiang garaj dan membuka sebahagian atap spandec sesuka hati. Perbuatan bangsat ini hampir menaikkan kemarahan ku.
Sesuka hati mereka apabila bahagian atap ini dibuka sesuka hati tanpa kebenaran
SEPATUTNYA, mereka perlu berunding terlebih dahulu dengan aku sebagai pemilik garaj. Apabila garaj telah dipindahkan, mereka boleh sesuka hati meneruskan kerja mereka. Mujurlah aku masih boleh berfikir dengan waras. Aku segera bertemu dengan individu yang incharge berkenaan perkara ini. Aku juga telah menyatakan permintaan aku sebaiknya. Aku akur dan sedia berpindah ke tempat lain agar pembinaan jeti tersebut boleh diteruskan.
Kayu pemegang casing tiang simen dipaku ke tiang garajku. Sejak bila mereka boleh menggunakan sebarang struktur garajku  dengan izin?
Cuma, aku hanya meminta agar pihak mereka memindahkan garajku ke tempat yang telah aku tunjukkan dengan kos tanggungan mereka. Garaj yang baharu sahaja siap dibina beberapa bulan lepas telah menelan belanja lebih RM 1300 ke atas perbelanjaan pembelian Spandec second hand, Tiang kayu belian, kayu-kayu bakau dan upah pekerja menyiapkan.
casing simen yang dipegang oleh tiang garajku.
Adalah tidak wajar jika aku memindahkan garaj tersebut atas perbelanjaan sendiri sedangkan tanah tersebut adalah rezab sungai. Aku juga tidak pernah tahu sebarang blueprint plan pembangunan kawasan tersebut 10 atau 20 tahun ke hadapan. Apa yang aku mahu adalah penyelesaian berkonsepkan win-win situation agar keharmonian dan hubungan sesama manusia dapat dikekalkan.
Kontraktor orang Bongawan dan terdapat 15 orang ahli dalam JKKK Kg Seri Serbang, malangnya seorang pun tidak memaklumkan dan mengajak berbincang kepadaku terlebih dahulu.
Oleh itu, tanggungjawab aku iaitu akur dan mengizinkan garajku dipindahkan sudah aku laksanakan. Tinggal sahaja pihak mereka yang sepatutnya memindahkan garajku ke tempat yang telah aku pilih. Terpulang kepada mereka sama ada menggunakan tenaga sendiri atau mengarahkan kontraktor memindahkannya.
Struktur garaj yang dicerobohi sesuka hati. Perbuatan kurang ajar ini dipandang sepi oleh penduduk Kg Seri Serbang yang terbabit.
JIKA pihak mereka tidak menunaikan tanggungjawab mereka iaitu merobohkan garajku ataupun memaksa aku memindahkan garaj atas perbelanjaan sendiri maka aku boleh menganggap perbuatan tersebut adalah ZALIM. Zalim yang disangka hanya berlaku di Palestin apabila Israel merobohkan rumah-rumah orang Palestin sesuka hati rupanya tidak mustahil boleh berlaku di sini.
Tapak pembinaan yang dibina tanpa memakmumkan pemilik garaj bot.
Apa lagi yang aku boleh katakan. Sesungguhnya Allah membenci hambaNya yang berlaku zalim dan menyukai mereka yang berlaku adil. Jika ini pun tidak dipertimbangkan, bersoal lah kita 'di sana' nanti. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan