Rabu, 14 Oktober 2015

TRAGEDI PENCEROBOHAN GARAJ TEAMLEMPAYUN SIRI AKHIR

10.10.2015(Sabtu): Setelah hampir seminggu menunggu jawapan dari pihak JKKK Seri Serbang, akhirnya aku mendapat sepucuk surat petang ini. Itu pun setelah aku menghubungi mereka untuk mengetahui keputusan mesyuarat mereka yang langsung tidak pernah menjemput aku sama ada untuk berbincang ataupun berdialog.
Surat rasmi dari Ketua Kampung Seri Serbang
Malas laa mau kasi panjang di native court. Redha saja la bro
Alhamdulillah, seperti yang telah aku jangka, kandungan surat tersebut berbunyi dukacita dan mengarahkan aku memindahkan garaj atas tanggungan sendiri. Lebih malang lagi apabila aku tidak diberikan lokasi baru untuk garaj bot atas alasan untuk pembangunan di masa depan. Permintaanku agar garaj dipindahkan atas tanggungan mereka bukan sahaja tidak dilayan, malah aku tidak diberikan lokasi baru untuk garaj ku.
Lantai yang kotor akibat kerja-kerja pembinaan mereka. Sisa-sisa simen melekat diseluruh badan bot!
Aku terasa seolah-olah 'terabai' dari kampung Seri Serbang. Pihak JKKK Kg Seri Serbang langsung berlepas tangan dari tanggungjawab bersama. Dalam hal ini, nilai keperihatinan, menghormati dan kemanusiaan telah diketepikan. Rasanya orang asing dilayan lebih baik dari aku anak jati Bongawan. Seperkara yang aku sedar, tapak garajku terletak dalam rezab sungai. Aku akan tanggung segala perbelanjaan pindah jika garajku terletak dalam tanah orang yang bergeran. Lu pikir laa sendiri bro!
Memang kotor dan langsung tiada perasaan hormat kepada harta benda orang lain.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Walau bagaimanapun, aku akur dan redha dengan kehendakNYA. Bagiku, memang ada hikmah di sebalik peristiwa ini. Hal ini telah mendidik aku untuk mengenal sifat-sifat manusia di alam nyata ini. Memang aku terasa  dizalimi dan dianiayai. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik hakim yang maha adil dan maha bijaksana. Hamba hanya hidup dalam dunia yang sementara. Kampung pikat/seberang si Kai Poh tidak pernah memilih siapa sahaja rakyat Bongawan untuk menetap sementara menuju ke alam yang satu lagi dan nyatanya tidak pernah pun mendapat kebenaran JKKK Kg Pikat mahupun ketua kampung Pikat.
Kalau ikut nafsu, memang kejadian amok sudah berlaku ni bro. Nasib baik masih waras dan rasional.
Akhir kata, aku ucapkan ribuan terimakasih kepada penduduk Kg Seri Serbang khasnya JKKK kerana memberi ruang untuk aku bergaraj selama ini. Aku cuma berharap mereka lebih banyak membuka mata terhadap etika dan dan mempelajari budaya masyarakat maju yang lebih bertoleransi dan hormat menghormati. Aku berharap semoga kampung mereka akan terus maju ke hadapan sama ada dari segi lahiriah dan etikanya. 
Tiang garaj aku digunakan sepenuhnya dalam pembinaan rangka jeti mereka..apa cerita ni bro?
Sekian dan salam ikhlas dari teamlemayun.


1 ulasan:

  1. As'kum bro.

    Serba sedikit saya memahami situasi dan perasaan anda. Saya juga merupakan seorang pemilik bot yang berasal dari Selangor. Saya tidak ingin memihak kepada mana - mana pihak tapi hakikatnya rezab sungai @ JPS merupakan tanah milik kerajaan dan sebarang pembangunan di kawasan tersebut akan diuruskan oleh pihak JPS dengan kerjasama JKKK atapun persatuan nelayan. Dari segi perundangan kita sebagai pengguna dan pemilik bot disitu tidak mempunyai kuasa dalam hal di atas dan sebarang kerja - kerja pengalihan struktur dan binaan sementara akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik. Cuma isunya mungkin tiada makluman awal diberikan kepada pemilik bot... Budi bicara memainkan peranan penting bagi mengelakkan sebarang bentuk salah faham dari berlaku. Sekarang bot parking kat mana bro? Bab2 parking bot ni memang isu sensitif.. Tempat saya pun sama. Semuanya mengaku ketua pengkalan..

    BalasPadam