01/08/2015(Sabtu): Trip yang dirancang beberapa
minggu lepas akhirnya tiba pada tarikhnya. Aku agak cuak apabila memerhatikan
keadaan cuaca yang tidak harmoni sejak beberapa hari lepas. Hujan lebat pagi,
petang dan malam berserta angin kencang agak menggusarkan. Malam itu, aku, Dr
Juslee, Bonte dan 2 orang rakan jigger telah mengesahkan penyertaan dalam trip
ini.
Hasil awal pagi dari para pemancing bottom ketika kami tiba di jeti. Selungkang bersaiz lumayan. Ikan tetap ikan bro, yang penting adalah kalori. |
Sebelum tidur aku sempat menilik aplikasi ‘Rain
Alarm’ dan ia menunjukkan keadaan hujan lebat hampir keseluruhan Borneo.
Alahai..mana la tau esok berubah. Tidur nyenyak kejap lagi setelah mengemas
semua peralatan tempur untuk keesokkan hari.
Suasana tenang jeti yang tidak menggambarkan keadaan angin yang sedang mengamuk di tengah laut |
Jam 4:00 am, aku bergegas bangun setelah puas
‘alarm clock’ menjerit sejak jam 3:30 am tadi. Hehehe..biasala bro..suhu sejuk
kesan hujan lebat semalam. Setelah selesai mandi dan berkemas, peralatan segera
dipunggah ke dalam pick up. Aku bertolak dari rumah kira-kira jam 4:30 am.
Perjalanan agak selesa dengan laluan yang lapang tanpa banyak kereta. Sepanjang
perjalanan, aku menempuh beberapa kali hujan lebat dan sedarhana lebat
Kami disambut oleh ombak kasar sejurus melepas muara sungai. Trip kali ini pasti berbeza dari trip memancing sebelum ini |
Aku tiba di rumah Dr Juslee kira-kira jam 5:50
am dan kami menanti kehadiran Damian yang mendaftar di minit akhir. 40 minit
kemudian, dia tiba dan kami bergegas menuju Kuala Abai. Sebelum itu, kami sempat
singgah membeli bekal makanan dan minuman. Cuaca agak mendung dan terasa angin menerjah
keras ke wajah masing-masing. Ini kali laaa…
Bakal jigger yang akan beraksi tanpa mengetahui untung nasib di depan |
Pukul 7:40 am, kami tiba di jeti Bot Dee Lagu yang sedang berlabuh dan sedia menanti adalah 2 orang jigger iaitu Jigger Ong dan Jigger Jerry. Kedua-duanya
telah tiba awal dan nampak tenang dengan kehadiran kami. Sori bro..lambat. Aku
sempat menjengah keadaan laut di sebalik muara sungai. Alamak..langit nampak gelap dan
membiru..sah angin kencang tu bro.hehehe..apapun, trip tetap diteruskan terlanjur kaki mencecah bumi Kuala Abai.
dekat saja lokasi trip ini bro..takat batu tunggul ini menurut tekong selalu memberi kejutan kepada jigger |
Bot bertolak meninggalkan jeti kira-kira jam 8:05 am.
Keadaan air agak tinggi ketika itu apabila jumlah kapasiti air hujan yang banyak baru
turun dari hulu. Ianya agak keruh dan sejuk. Sejurus bot melepasi muara sungai,
kami disambut dengan deruan angin, alun rapat dan permukaan laut sedikit kucah. Kami
hanya mampu berdoa agar keadaan ini semakin bagus. Lokasi awal awal trip ini adalah sekitar Pelantar minyak. Ianya terpaksa diubah di saat akhir apabila peserta tidak mencukupi dan keadan cuaca tidak mengizinkan. Oleh itu, cukup la sekadar melepas gian sahaja.
Lesen buntal menggunakan jig seberat 40 gram. Lesen tetap lesen bro apa pun ikan, janji ada sirip! |
Ketika
kami berkira-kira menuju lokasi kapal karam, angin yang semakin kencang dan
alun yang bagak menidakkan rancangan ini. Akhirnya, kami memilih untuk beraksi
di takat batu timbul yang hanya beberapa minit dari muara sungai. Keselamatan tetap diutamakan bro.
Halangan
Aku amat maklum bahawa dalam keadaan cuaca sebegini pastinya
amat tidak sesuai untuk kaedah jigging. Angin yang bertiup kencang sudah tentu
akan menghanyutkan bot dengan laju di atas permukaan laut. Akibatnya, jig ringan yang digunakan dengan
mudah akan terapung di pertengahan air. Aku yang terpaksa mengggunakan jig
seberat 40 gm dan 60 gm juga mengalami kesukaran menghantar jig ke dasar.
Malahan Dr Juslee yang menggunakan jig seberat 80 gm juga mendapati jig hanyut
secara horizontal. Apatah lagi Jerry
yang hanya menggunakan jig seberat 30 gm. Ibarat bermain layang-layang.hehehe
Beraksi dengan lesen buntal milik orang lain pun sudah cukup menceriakan.hehehe |
Keadaan permukaan laut yang beralun dan ‘bungalapang’
menyukarkan karauan jig yang kerap kehilangan rentak apabila jig turut diangkat
oleh alun ombak. Kelajuan bot bergerak beberapa knot menyebabkan jatuhan jig
hanya mencapai dasar setelah dilepas sejauh 50 hingga 60 meter. Keadaan bot
yang beroleng hebat juga menyebabkan jigging secara berdiri tidak stabil dan
merbahaya. Apalagi bro..duduk aja la sepanjang masa..
Jerry dengan lesen buntal miliknya. Tahniah bro…kau memang seorang jigger yang bersemangat cekal. Memang cerah masa depan sebagai jigger yang sukses nanti. |
Tekong bot Dee yang tidak mengenal penat
menggunakan teknik berhanyut di atas takat berulang-ulang kali tetap tenang
mengendalikan bot. Beliau terpaksa memperbanyakan air di dalam perut bot agar
ia lebih berat dan tidak terlalu ringan apabila dilambung ombak. Kami
bergantung sepenuhnya kepada tekong berpengalaman ini dalam menentukan halatuju
trip ini.
Kerapu yang berjaya mengagalkan Dr Juslee dalam usahanya merampas kedudukkan.hehehehe. Teruskan berusaha kapitan! |
Hari semakin meninggi namun keadaan cuaca tidak berubah,
malahan semakin teruk apabila angin menderu semakin kencang tanpa henti
menyebabkan permukaan laut mula memutih. Keadaan ini amat mendera bot dan para
jiggernya sekali. Sesekali apabila bot melintang atau selari dengan ombak
besar, perghhhhh..rasa gayat apabila dijulang ombak tinggi.hehehe
Closed up Kerapu takat yang pada mulanya disangkakan sangkut di batu |
Hanyutan bot di atas takat batu tunggul yang terlalu laju
menyebabkan jig mudah tersangkut di dasar. Jig yang melayang hanya beberapa
kaki di bawah permukaan air menidakkan sebarang sambaran. Tekong Dee sesekali
menggunakan kuasa enjin bot untuk menetapkan kedudukan bot dengan melawan arah
angin membolehkan kami menghantar jig ke dasar yang dikatakan sebagai lokasi
tukun. Apapun, suasana jigging tetap muram tanpa sebarang strike.
Dunia jiggernya diselamatkan oleh lesen Kerisi ini. Jelasnya, jig yang digunakan lebih menyerlah berbanding ikan Kerisi ini. Oh ya, Kerisi ini adalah ganti kepada jig Asari yang telah lebur di tukun |
Kami berbincang sesama sendiri untuk menamatkan
trip selewatnya jam 12:00 tengahari. Tiupan angin yang semakin deras dan
permukaan laut semakin memutih menjadi alasan untuk mengakhiri trip. Namun,
Tekong Dee terlebih dahulu menamatkan trip ini apabila beliau mengajak kami
pulang tepat jam 11:00 am. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, kami serentak
setuju sekaligus memberi kelegaan kepada Jerry yang agak ‘struggle’ sejak pagi
tadi. Apalagi bro, peralatan dikemas, jig disimpan dan kekili juga ditanggalkan
dari rod untuk mengharungi perjalanan pulang yang pastinya ceria dengan
lambungan ombak.
Suasana jigging yang agak hambar dengan sambutan dingin dari penghuni takat tidak mengizinkan kami untuk bertahan lebih lama |
Sebenarnya trip ini tidak dianggap gagal secara total. Ianya nampak digagalkan oleh keadaan cuaca yang tidak mesra pancing. Namun, disebalik itu, masih ada kejayaan yang menyelit iaitu pertemuan kami dengan 2 orang rakan baru iaitu Ong dan Jerry. Kami berharap agar akan bertemu semula dalam trip jigging yang akan datang dengan cuaca yang amat baik.
Selamat kembali, lain hari boleh datang lagi. Jangan serik ye bro! |
Cuaca telah berjaya menumpaskan kami dalam trip ini. Tidak
kira apapun reputasi seorang jigger, masih wajib akur dengan kehebatan dan
kegagahan yang maha kuasa. Cuaca sebegini juga mengajar kita agar sentiasa merendah
diri dan menjadi ingatan bahawa kejayaan sesuatu trip memancing itu adalah
dibawah kuasaNYA. Oleh itu, utamakan keselamatan dan kembalilah kepada orang
tersayang yang sedang menunggu di rumah dengan penuh harapan. Salam ikhlas dari
Lempayun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan